588 : Aku Terima Nikahnya ...
Hujung minggu lepas dengan hujung minggu ni nampaknya aku menerima tiga jemputan ke majlis perkahwinan. Alhamdulillah, tiga hari makan free nampaknya. Huhu ...
Hujung minggu lepas aku telah menerima jemputan majlis perkahwinan seorang kawan kepada sahabat di Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Oleh kerana tiada program berjimba-jimba yang dirancang untuk hari itu, aku dengan beberapa orang sahabat pon memenuhilah jemputan itu. Perjalanan kami ke Batu Pahat santai sahaja. Kami bertolak dari Selayang lebih kurang pukul 10.30 pagi dan tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 1.30 petang tanpa mengalami sebarang kesesatan. Tepat pada masanya pengantin sedang makan beradap. Majlis nampaknya agak mewah, dengan menu daging, kambing, ayam, acar dan buah-buahan. Itu tak termasuk cenderahati yang diberikan kepada tetamu. Sebagai kawan, kami dapat lebih. Huhu ...
Terlanjur kami sampai di BP ni, takkan nak terus balik kan. Kami memanjangkan langkah kami ke bandar BP sekadar nak berkunjung ke sebuah kedai milik rakan FB aku yang baru dibuka. Susah gak nak cari kedai dia, maklumlah tak dapat cari dalam GPS. Kami kemudian berhenti di tepi jalan dan terus surf FB beliau, cari alamatnya, set GPS dan terus ke tempat yang berhampiran dengan alamat yang tertera. Akhirnya sampai juga ke Cuppacake B'licious itu. Kami telah menikmati Laksa Johor. Terima kasih kepada tuan punya kedai kerana telah belanja kami.
Laksa Johor
Hujung minggu ni plak aku ade dua lagi jemputan. Pada hari Sabtu, aku menerima undangan ke majlis perkahwinan abang kepada sabahat aku bertempat di Taman Bukit Jalil dan pada hari ahad pula aku akan memenuhi undangan kawan sepejabat di Kolej Kediaman Tuanku Khursiah, Universiti Malaya.
Aku ucapkan kepada semua, Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia ke akhirnya. InsyaAllah.
~Salam Sayang~
8 comments
Salam.
ReplyDeleteWah, nampak mcm dah dekat je....nak ada majlis sendiri...
Batu Pahat tu tpt kelahiran mama. bukit Jalil tu dekat dgn rumah mama.hehe
waalaikumsalam
Deletehehehe... uish, tak lah. tak dekat pon, masih jauh lagi, masih mencari.
klu dah dekat, bole la singgah umah mama nanti..
Assalamualaikum afeez...
ReplyDeletelama tak jalan2 umah kengkawan...
Mula2 tgk tajuknya ingtkan hang yang kawin... ropanya kengkawan hang...
Moga selepas ini hang pula yang menyusul ya...
waalaikumsalam cik anonymous
Deletetu la hang, rajin2 kan la diri tu laen kali jenguk2 rumah kengkawan
klu aku kawen pon hang tak tau kan... hehhe
hehe... kalau hang kawin, Insyaallah cheq tau dr kengkawan kita... tp tak berjemput tu mungkin kot... hehe.. so, bila majlisnya? cam terbau jer nasi minyak... :)
Deletedah lepas dah... hahahah
DeleteSalam.. Laksa Johor ek.. sedap ek.. :)
ReplyDeletewaalalikumsalam
Deletesedap... hehe