563 : Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Dah lama rasanya tak makan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Terlalu lama sampai tak ingat bila last time aku makan masakan istimewa ni. Seingat2 aku masa tu zaman budak2 lagi. Masa tu maen makan jer, tak ingat la sedap ke tak, tapi kalau Masak Lemak Cili Api masak ape pon mesti sedap kan, especially my fevret, Ketam Masak Lemak Cili Api. Hehe...
Walau bagaimanapon, dewasa ini kalau dihidangkan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api ni, rasanya aku tak makan kot. Hahaha... "segan" plak melihat dan nak menyedutnya. Kepada yang suke dengan hidangan ni, makan lah, aku tidak memandang ape2 pada kalian. Aku ada seorang kawan yang tak boleh pandang pon si siput sedut ni. Geli geleman dia dibuatnya, ape tah lagi memakannya. Kadang2 sampai dia marah aku kerana mengacau dia dengan siput sedut ni. Hehehe...
Tujuan sebenar menulis entry ni bukannya nak cerita pasal siput sedut bagai. Itu sebagai mukoddimah jer. Sabtu lepas sempat la aku mencuci akuarium di rumah aku setelah lebih kurang 2 bulan tidak dibersihkan. Kesian aku tengok anak2 ikan aku tuh. Dalam proses membersihkannya, aku telah mengutip dan membuang begitu banyak siput. Tak tahu lah siput dari spesis aper dan dari mana mereka datang. Mula2 dulu aku ada lah nampak seekor, tetapi aku biarkan sahaja. Kemudian nampak seekor lagi, dan seekor lagi dan seekor lagi. Sampai la diaorang beranak pinak di dalam akuarium aku tuh. Nampak tak camtik dah. Makanya, sabtu lepas aku rasa adalah dalam 50 ekor kesemuanya dari yang besar sampai lah yg kecik. Aku buang semuanya, tidak meninggalkan walau seekor. Musykil aku, dari mana dia datang sampai bole berkeluarga mereka di situ. Ermmm...
Bole buat Masak Lemak Cili Api tak?
Bole wat Masak Lemak Cili Api ni kan... ada bran?
~Salam Sayang~
11 comments
Salam,
ReplyDeleteSiput spesis aper tu...heheh, cam laen jer rupa ngan siput sedut yang dah di masak tu...
waalaikumsalam kak shami
Deletetak tau la spesis aper ni, tp yg pastinya bukan jenis yg org selalu wat siput sedut tuh...
pernah nampak kat pasar ada org jual siput jenis ni.. tapi tak pernah makan la siput jenis ni.. mana dtgnya benih siput ni sampai leh masuk ke dlm aquarium apiz ek.. rumah dekat ngan paya ke? hee..
ReplyDeleteentah la manjer. makin banyak plak hari tu. tu yg terus buang jer. klu ternak ni bole wat bisnes agak nyer
DeleteLama juga 2 bulan tu tak bersihkan.. dah bz menjaga pokok bunga plak ye piz.. Hee.e...
DeleteTime kecik dulu ada gak makan tapi tak pandai sedut. tak keluar isi nyer .. time tu rasa nak amik anak lesung ketuk biar kuar isi.. Hheheee.. Kalau ketam masak apa pun Manjer suka gak tapi lebih kurang la mcm siput sebab kulitnyer keras, tak brape gemar nak mengopek nanti pinggan penuh kulit dari nasi Hee..
Deletelama tak bersihkan sebab malas. klu nak bersihkan akuarium tu mau 2 jam gak walaupon akuarium tu tak la besar mana. heheheh...
Deleteketam kalau nak makan, kena ratah dia jer, baru sedap dan heven. klu makan ngan nasi tak sedap jadinya... heheheh
Assalamualaikum Afeezz
ReplyDeleteboleh jual balik siput tu kan kedai ikan.....
(hendak ke tauke tu,....)
waalaikumsalam atuk
Deleteboleh ke? aler.. dah buang la plak...
Hey, rajin pulak skrg , bersihkan aqurium, bela bunga, kemas rumah dll. NAK ADA majlis besar ke nanti..
ReplyDeleteape pon yg saya buat sekarang takde kene mengena dengan nak kawen. (if that what you mean).
Delete