522 : Aidilfitri 2012
Rasanya masih belum terlewat untuk mengecapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Raya kan sebulan, maka masih sempat memberikan ucapan selamat.
Seperti tahun2 sebelum ini, aku berhari raya di Kuala Lumpur sahaja. Siapa kata beraya di KL tak seronok? Seronok ke tidak itu terletak kepada hati masing2. Kalau kite dicampak ke Mogadishu, Somalia sekalipun, kalau kite berasa seronok, maka seronok lah kita berhari raya di Mogadishu. Yang penting kita dapat menyambutnya bersama keluarga yang tercinta dan rakan2 yang kita senangi.
Menjelang Hari Lebaran
Tahun ini kakak dan adik berhari raya di sini. Gamatlah juga rumah dengan anak2 mereka yang lima orang itu. Sebelum ni, rumah sunyi jer, bila datang mereka... waduh... macam tongkang pecah dibuatnya. Ape2 pon aku terhibur dan kadang2 bingit gak mendengarnya. Sehari sebelum raya tu, persiapan juadah hari raya rancak dilakukan oleh kakak dan adik, seperti biasa mak menjadi supervisor nye. Menu kami untuk hari lebaran adalah nasi impit, kurma ayam, kuah kacang dan sambal tumis udang petai. Rendang pula akan disediakan oleh kakak ipar. Menjelang berbuka, semuanya sudah sedia. Menjadi tradisi, kami berbuka dengan juadah yang telah disediakan itu. Malam hari pula, ada rombongan takbir oleh jemaah2 dari surau berhampiran.
Hari Lebaran Pertama
Bersolat Sunat Aidilfitri di surau berhampiran. Jemaah begitu ramai seperti tahun2 sebelumnya sehingga ada yang bersolat di tempat yang disediakan di atas jalan raya. Ramai rupanya penduduk asal Kampung Selayang Indah ini. Selesai solat, aku terus balik... malas pulak nak mendengar khutbah Hari Raya, opss...
Di rumah aku bersarapan dengan apa yang ada, kemudian aku mengambil tugas hakiki aku pabila raya, iaitu memotong nasi impit. Dah menjadi tugas aku, maklumlah, aku sahaja yang bole memotong nasi impit itu dengan cun dan comel sekali. Hehehe... Kami kemudian bersalam2an seluruh keluarga, memohon maaf dan memberi duit raya kepada yang layak menerima, dan mengambil gambar kenang2an.
Tetamu datang agak ramai, budak2 anak siapa ntah, jiran2, sahabat handai dan juga saudara ku. Alhamdulillah.
Hari Lebaran Kedua
Hari Raya kedua ni aku tak ke mana2. Duduk di rumah sahaja. Budak2 nak datang beraya pon aku tak layan... har har har....
~Salam Sayang Lebaran~
6 comments
Salam sejahtera
ReplyDeleteSelamat menyambut lebaran juga dr mama, maaf zahir batin.
hehe bukan sembhyang raya tu berkawan sekali dgn kuthbah?
Apa2 pun selamat bergembira.
salam sejahtera mama
Deleteheheheh... selamat hari raya aidilfitri wat mama sekeluarga
maaf zahir juga batin
Assalamualaikum..
ReplyDeleteMoga masih belum terlewat mngucapkan Salam Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin...
p/s; tak buat open house ker? hehe
Atikah
waalaikumsalam cik atikah.
ReplyDeleteselamat hari raya, maaf zahir dan batin segala kasalahan
klu sy buat nnt, insyaAllah akan dijemput
Salam.. wow ku lihat hijau.. :) .. besar juga keluarga piz, bila nak membesarkan nyer lagi.
ReplyDeletewsalam... hijau tu baju melayu terbaru. tak pernah pakai lagi. hehehe... pic ni satu keluarga lagi takde, keluarga abg yg sulung
Delete