512 : Selamat Berpuasa - Hari Pertama

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa dan yang tidak berpuasa pada hari ini. Semoga kita semua dikurniakan semua berkat yang dianugerahkan Allah swt sempena bulan yang mulia ini.

Semalam kite semua telah berjaya menempuh Ramadhan pertama pada tahun ini. Alhamdulillah, Ramadhan pertama jatuh pada hari sabtu, oleh yang demikian, tidak terasa keletihan berpuasa semalam sebab hari cuti. Tambahan lagi cuaca semalam sangat baek, tidaklah begitu panas macam hari ini.

Sempena Ramadhan pertama semalam, aku telah dikurniakan tahap kerajinan yang tinggi tidak seperti hari2 sebelumnya Ramadhan. Banyak kerja yang aku lakukan. Perkara pertama yang aku berjaya lakukan semalam adalah mencuci dan membersihkan akuarium aku setelah lebih 3 minggu tidak dicuci. Kesian plak tengok anak2 ikan aku tu berenang2 di dalam keadaan air yang kurang bersih. Membersihkan akuarium bukan perkara mudah, terpaksa mengerah banyak tenaga. Siapa yang ada akuarium dia tau lah. Nasib baek lah akuarium aku bukan bersaiz 4 kaki panjangnya. Sekarang, akuarium aku telah bersih dan aku telah dekoratekannya dengan cantik sekali.

Kemudian, aku telah dengan rajinnya mengemaskan kotak2 yang terdapat di atas almari di dalam bilik aku. Di mana baru aku sedari bahawa kebanyakkan kotak itu hanyalah kotak kosong yang aku tak tahu buat ape aku simpan. Akhirnya, semuanya aku buang dan sekarang bahagian atas alamari itu telah tersusun dengan rapi.

Kerajian masih ade, aku seterusnya membersihkan bilik ku dari segala dosa dan noda. Pakai vacuum cleaner jer nak membersihkannya. Hahahah...

Oleh kerana tahap kerajinan yang melampau semalam, pukul 3.00 petang aku dah keletihan yang amat. Rasa macam nak berbuka pon ade, tetapi aku gagahi juga hingga ke penghujung. Hahaha... Alhamdulillah, selamat.

Semalam adik dan kakak sekeluarga berbuka di rumah. Seronok sangat rasanya. Adik masak kurma ayam dengan sambal sotong manakala kakak pula menyediakan ikan masak cili dan sayur goreng. Nyam3....





~Salam Sayang dan Salam Ramadhan~

You Might Also Like

16 comments

  1. salam

    wahhhh mmg sungguh ghajiin incik afeez,,kagumm cm ni hah,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam CM : unfortunately, semalam je rajin, hari ni dah bermalas2an kembali seperti sedia kala...

      Delete
  2. carilah suri yg dpt membantu adik mengemas rumah..

    ReplyDelete
  3. salam.. nanti dah ada isteri kena rajin gak tau.. jgn dah ada isteri goyang kaki jerk.. Hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer : hari tu jer rajin, selalunya malas ...

      Delete
    2. woo .. ok la tu, Manjer pernah gak tolong abang bersihkan aquarium. Letih woo.. afeezz berbuka mesti kena makan nasi walau skit ke? ada org camtu..

      Delete
    3. tau takpe... itu baru akuarium kecik. klu besar tak tau la camner....
      kite ni perut melayu, mane2 pon cari nasik gak...

      Delete
    4. Wo.. patut la adik akak afeezz semua bawak lauk pauk. Manjer ngan suami tak kesah kalau takde nasi.. perut cina + jepun + bugis + org kg .. hehehee..

      Delete
    5. kami berbuka sekali jer... lepas tu takde ulang2 macam sesetangah orang. sebab tu kami makan terus kenyang... hehehe

      Delete
    6. Wo.. Manjer berbuka skit jerk dulu.. selalu masak mesti ada satu yg ringan satu berat.. macam SOTO dan KUIH KETAYAP .. berbuka makan kuih ketayap, Kurma, air dulu.. lepas terawih nanti baru makan soto.. Tido dengan perut kenyang.. senang hati lalalaa.. Hee..

      Delete
    7. hahaha.... macam tu ker...

      Delete
  4. Salam Ramdhan Afeezz

    terima kasih tuan ku.....(saya mewakili drp ikan tu)..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk : sama2 anak2 ikan ku... hehehe

      Delete