491 : English Placement Test

Setelah beronok2 bercuti selama 1 hari, semalam aku masuk semula ke opis. Masuk2 jer terus staf opis aku bagitau yang aku kene pergi ke Kursus Bahasa Inggeris. What?? Aku pon membuka surat yang aku terima. Alamak, petang nanti kene pi Ujian Penempatan Bahasa Inggeris plak. Kenapa la short notice sgt, tak sempat nak wat ulang kaji. Ahak3...

Rupe2nya satu opis kene pergi sampai opis kene tutup petang itu. Anda bole bacalah surat dalam gambar atas tu untuk mengetahui tujuan sebenar semua staf sokongan kene mengambil ujian berkenaan. Sesiapa yang tidak mencapai tahap tertentu terpaksa mengikuti kelas2 Bahasa Inggeris yang telah ditetapkan oleh universiti.

Ini merupakan kali kedua aku mengambil ujian ini. Kali pertama tak ingat pulak tahun berapa, mungkin ade la dalam 3-4 tahun lepas. Dalam ujian yang lepas, Alhamdulillah, aku merupakan salah seorang daripada 3 orang staf di opis aku yang dikecualikan daripada menghadiri Kursus Bahasa Inggeris. Bermakna, aku telah mencapai tahap kompetensi yang baek dalam Ujian Penempatan Bahasa Inggeris yang lepas. Syukur.

Tahun ni plak agak takut kalau tak mencapai tahap yang ditetapkan. Malas betul kalau kene hadir kelas bahasa inggeris ni. Ape2 pon aku dah buat yang terbaek dalam ujian semalam..


~Salam Sayang~

You Might Also Like

6 comments

  1. salam

    wahh ada ujian lak yer,,cikgu2 tak pernah lak ada ujian gituu...kalau cm yes,no jer tahuuu

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam CM : tu lah... igtkan dah keje ni takyah le nak amik2 exam.. tgk2 kene gak...

    ReplyDelete
  3. sALAM SEJAHTERA ANAKANDA,
    kompem mesti beres punya...
    Mentang2lah UM tu tpt org belajar, dia nak semua org belajar sama..

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam mama ju : smlm wat rasa cam ok je. Tp soalan lebih mencabar dr yg lepas punya. Insyaallah....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Afeezz

    yang dulu boleh...Insyaallah kali ini lulus ujian tu...

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam atuk : insyaAllah, boleh buat ari tu.. harap2 bole lulus

    ReplyDelete