492 : Program Beronok-Ronok Di Pulau Pinang 2012 - Hari Pertama

Hujung minggu yang lepas aku dan geng2 buaya seramai 4 orang telah pergi ke Pulau Pinang. Tujuan utama kami ke Pulau Mutiara itu adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan kepada sahabat kami di Balik Pulau. Majlis sebelah perempuan telah diadakan awal bulan ini, tetapi memandangkan kami berada di Kuantan pada tarikh tersebut, maka kami bercadang untuk ke majlis sebelah lelaki seterusnya membuat perancangan untuk program beronok-ronok kami di Pulau Pinang. Dah terlanjur sampai ke mari, takkan nak terus balik je kan.. huhu...

Kami bertolak dari Selayang lebih kurang pukul 7.30 pagi dan memasuki lebuhraya di Rawang. Perjalanan kami santai sahaja dah kami telah berhenti rehat di R&R Sungai Perak. Kami bersarapan pagi dengan cucur ikan bilis dan popia goreng sumbangan buaya2 wanita geng kami. Kenyang perut, kami meneruskan perjalanan.

Kami tiba di Jambatan Pulau Pinang tatkala matahari tegak di atas kepala. Perjalanan kami diteruskan dengan bantuan pepijat GPS. Walaupon menggunakan GPS tetapi kami masih juga tersalah tempat. GPS telah membawa kami ke alamat dan jalan yang sama seperti di kad undangan, tetapi tiada majlis di situ. Dua tiga kali pusing kawasan tu, tetapi masih tiada tanda2 ade majlis keramaian di situ. Kemudian kami keluar dari kawasan perumahan itu, dan cube mencari di kawasan perumahan sebelah. Baru nampak ade sign board ke rumah pengantin. Kami ikut arah sign board itu, tetapi masih tiada tanda2 ada majlis keramaian di situ. Kami bertambah konfius, nama jalan dah betul tapi kali ni no. rumah plak takde... ermmmm.... Kami memasuki pula kawasan kampung berhampiran. Ternampak makcik2 yang macam baru balik dari kenduri kawen jer. Kami meneruskan perjalanan, terjumpa satu majlis kenduri kawen, tengok alama rumah dah betul. Kami keluar dan berjumpa dengan tuan rumah, alhamdulillah... jumpa juga rumah yang dicari.


Buah tangan dari pihak pengantin
Selamat Pengantin Baru kepada Acit & Eppa

Hari dah tinggi, perut pon sudah lapar. Berselera pula makan nasi kenduri tengahari itu. Majlis sederhana sahaja tetapi ramai undangan yang hadir. Susah gak lah nak mendapatkan kerusi dan meja. Kami menunggu sehingga pengantin tiba.

Kami kemudian meminta diri dan menuju ke bandar Georgetown untuk check in penginapan. Kami telah memilih untuk menginap Huttonlodge yang terletak di Jalan Hutton. 5 minit berjalan kaki ke Chowrasta Market dan lebih kurang 10 minit berjalan kaki ke Prangin Mall dan Komtar. Huttonlodge berkonsepkan rumah zaman kolonial. Bilik dan tandas yang bersih, lengkap dengan kemudahan asas pada harga RM100 semalam beserta sarapan pagi. Tapi, takde tv di dalam bilik ya. Who need a tv when u have the whole Penang to enjoy. Kami berehat seketika dan keluar semua selepas asar ke Chowrasta Market untuk membeli sedikit buah tangan. Kemudian berjalan2 ke kawasan sekitar melihat2 barangan jualan kedai2 di situ.


Hotel penginapan kami, Huttonlodge


Shopping kat area Chowrasta Market

Selepas mendapat aper yg dihajati, kami pulang ke hotel penginapan, menyimpan barangan yang dibeli dan keluar semula. Destinasi kami berikutnya adalah ke Gurney Drive untuk makan malam. Macam biasa, memang meriah kawasan ni dengan penjual dan pelanggan. Malam itu kami telah makan Penang Char Kuay Teow dan Pasembor. Nyam3.. sedap.. Ade orang tu siap tak cukup lagi katanye. Hehe...


(1) Penang Chow Kuey Teow (2) Pasembor


Gurney Drive

Kami seterusnya menuju ke Batu Ferringi untuk melihat2 kawasan perjualan yang ada di sana. Bersedialah untuk berjalan kerana kawasan perjualan ini terletak sepanjang jalan di pekan Batu Ferringi ini. Kebanyakkanya menjual pakaian dan barangan perhiasan. Kami sekadar berjalan dan menjamu mata, tiada aper yang dibeli.



Kawasan Batu Ferringi

Oleh kerana semua dah penat, kami pulang ke penginapan kami. Berehat dan tidor....


... bersambung

You Might Also Like

3 comments

  1. Salam Sayang...


    Wow begitu seronok dan indah percutian Kalian....membacanya pun seronok,...apa tah lagi kalau join...mesti bertambah ceria kan....


    Salam
    Pemuda BBS

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera anakanda,

    Banyak betul duit hang, jalan sana sini seluruh Malaya!

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam dan salam sayang pemuda BBS : memang seronok. Klu dpt join lagi lah seronok. Yg tak seronok... Sangat panas penang masa ni... Hehehe..

    Waalaikumsalam mama ju : percutian bajet je ni. Pi ramai2 share ramai2 so jadi murah lah. Bajet kami lebih kurang rm 150 je sorang tak termasuk makan dan belanja2 sdn bhd

    ReplyDelete