488 : Program Beronok-Ronok Di Paka Terengganu Dan Kuantan Pahang 2012 - Hari Kedua

Lena tido di kawasan kampung. Sejuk dan nyaman walaupun tak menggunakan air-con atau kipas bagai. Pagi itu kami dijamu dengan laksam, nasi kerabu, nasi dagang dan kuih muih untuk bersarapan. Terima kasih kepada tuan rumah. Selepas sarapan kami bersiap2 dan meninggalkan Felda Kerteh 5 lebih kurang pukul 10 pagi menuju ke Kuantan.


Geng Buaya Sungai Pahang

Kami singgah sebentar di kawasan pantai Paka (tak tahu la plak nama pantai ni ape) untuk melihat2 permandangan kawasan pantai di situ. Pantainya bersih dan boleh mandi kalau nak, tetapi semasa kami berada di situ, takde sorang pon yang mandi, hehehe. Kami mampir di sebuah gerai untuk tujuan minum air kelapa membasahi tekak tetapi akhirnya kami termakan keropok lekor dan ketupat sotong. Huh.. first time makan ketupat sotong, sedap rupenye. Kene singgah Paka lagi lah nampaknye next time.. hehehe.


Permandangan pandai di Paka, Terengganu


Ketupat sotong yang penak, RM5 seekor

Perjalanan kami diteruskan ke Kemaman untuk berjumpa seorang rakan kepada sahabat kami yang tinggal di Kemaman. Tiba di Kemaman lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Belum sempat keluar kereta, rakan kepada sahabat tu pon tiba. Kami dibawa ke sebuah kedai bernama Hai Peng Kopitiam. Katenya popular, tapi aku tak pernah dengar pon, siap ade plak JJMC lagi tu. Kami hanya minum dan makan makanan ringan sahaja memandangkan perut masih kenyang melantak keropok lekor dan ketupat sotong tadi.


Suasana Hai Peng Kopitiam, Kemaman


Menu pilihan aku, ice blended coffee dan
toasted bread with peanut butter, honey and banana


Borak punya borak, minum dan makan, akhirnya kami meminta diri lebih kurang pukul 2.30 petang. Perjalanan kami masih jauh rupenya. Kami tiba di hotel penginapan kami lebih kurang pukul 4.00 petang. Malangnya kami yang jejaka2 ni tak dapat check in lagi memandangkan bilik sedang dikemas. Terpaksalah kami lepak di lobby sementara menunggu. Setengah jam kemudian, barulah kami boleh check in. Biliknya bersih dan selesa. Siap dengan kemudahan asas laen seperti tv, cerek dan peralatan mandi. Tandas juga bersih. Kami berehat sebentar kemudian makan tengahari dengan nasi dagang yang dibekalkan oleh ibu sahabat kami, Siti. Selera betul makan, makin sedap plak nasi dagang tu, licin semuanya.


Greenleaf Hotel, Kuantan


Menunngu bilik dikemaskan

Kami keluar kembali lebih kurang pukul 5.30 petang menuju ke UIAM Kuantan untuk mengambil adik kepada salah seorang sahabat kami kerana dia nak ikut percutian kami ni. Destinasi kami seterusnya adalah ke Tanjung Lumpur, Kuantan. Katanya ikan bakar di sini sedap, kurang periksa plak, tu yang kami nak try. Tanjung Lumpur tak jauh dari pusat bandar Kuantan, kurang 30 minit sudah sampai bergantung kepada keadaan trafik. Banyak kedai2 makan yang menyediakan hidangan makanan laut bakar, tom yam dan sebagainya. Tak tahu yang mana sedap, semuanya penuh. Kata seorang abang sahabat kami, Marina Tom Yam paling best. Tapi sekitar Tanjung Lumpur tu ade 2-3 restoran bernama Marina, tak pasti plak restoran mana yang dimaksudkan. Akhirnya kami memilih untuk makan sahaja di Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Kami telah memilih untuk makan hidangan2 seperti dalam gambar di bawah.


Tom yam seafood dan kailan ikan masin


Ikan merah bakar petai dan sotong celup tepung


(1) Ketam 3 Rasa (2) Keadaan meja selepas makan..

Ermm... ok ok aje lah makanan di restoran ni, takde la sedap sangat. Servis pon agak lambat dan dua kali salah hantar makanan yang kami tak order. Kalau berminat, boleh la cube sendiri.


Suasana Ana Ikan Bakar Petai

Program kami malam itu diteruskan ke Telok Cempedak. Ramai sungguh orang di sini walaupon takde aper pon yang menarik, hehehe....


Suasana malam di pantai Telok Cempedak


bersambung ...

You Might Also Like

9 comments

  1. Assalamualaikum Afeezz

    belum pernah cuba ketupat sotong tu...
    kata sedap yer...nanti nak cuba la...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam atuk : bg sy sedap jugak. Tapi org kata terengganu ngan kelantan nye laen. Nnt nak rasa yang kelantan nye plak.. Nyam3

    ReplyDelete
  3. salam


    jelezz tengook afeez pi jenjalan dgn geng gituu,,,

    ReplyDelete
  4. Salam

    Mama suka tgk pantai yg pasirnya bersih...

    Ketupat sotong kelantan rasanya manis,klu tak pandai buat rasanya hanyir sikit,pernah cuba tapi tak jadi sgt!

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam CM : jangan la jelezz... program cuti2 kite camner? jadi ke tak? heheheh....

    waalaikumsalam mama ju : betul, pantai yang bersih mmg mendamaikan, lagi damai kalau tak ramai orang.. tenang jiwa dan raga kan. sedap ketupat sotong tu rupenye. baru first time rasa. kat tmpt laen tak tau la sedap ke tak...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum bro..

    ketupat sotong???? perghhh..mesti mantop rasanya coz mmg ia takde kat belah cini kans

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam sahrom : mantop gak la pasal first time aku rasa dah sesedap itu..

    ReplyDelete
  8. Kim salam kat abg yang pakai baju Malaysia tu boleh x?

    ReplyDelete
  9. hai anonymous : abg baju malaysia tu dah berpunya lah...

    ReplyDelete