486 : Happy Birthday To You
Minggu lepas aku telah menerima dua undangan sambutan hari lahir keluarga dan sahabat. Undangan yang pertama adalah 'prank' birthday party kepada seorang sahabat bernama Fred yang telah dirancang oleh mastermind, Ed pada 26 April 2012. Perancangan yang hanya dibuat melalui aplikasi whatsapp telah berjaya mengumpulkan pelakon2 handalan seramai 4 orang yang lain. Perjumpaan telah diadakan di sebuah restoran di TTDI.
Lakonan bermula apabila pemegang watak utama, Fai telah dengan sengaja menjatuhkan kek birthday Fred itu. Lakonan yang berkesan bukan sahaja kami terkejut malah pelanggang2 laen juga terkejut dan ade yang mula mengata2. Tapi lebih ramai yang mentertawakan kami terutama pelanggan meja sebelah. Hehehe... Kami tak tau nak wat aper lagi, tutup muka dan gelak sampai ke sudah. Akhinya, terpaksa la si Fred meniup lilin pada kek yang dah jatuh itu.
(1) Fred sedang meniup lilin pada kek yang dah penyek tuh ..
(2) Begitu lah rupe kek yg penyek itu.. tahniah Fai..
Kami pon terpaksa lah makan kek yang dah jatuh itu untuk menyambung drama kami itu. Setelah semuanya selesai dan kami pon dah kenyang makan malam pada hari itu yang dibelanja oleh birthday boy, baru la kami surprise Fred lagi dengan kek birthday yang sebenar. Makanya malam itu, 2 kali lah si Fred tiup lilin dan buat wish... Happy Birthday Fred.
Kemudian pada 28 April 2012 aku sekali lagi telah diundang ke majlis sambutan hari lahir anak buah aku yang diadalah di Subang Parade. Sambutan diadakah kecil-kecilan dan hanya keluarga sahaja yang dijemput.
Happy Birthday pada Leia.... Muah...
~Salam Sayang~
8 comments
alamak... entry ni rosak plak.. nnt lah aku betulkan... harap maaf
ReplyDeleteSalam dekk afezz
ReplyDeleteIngatkan kreatif menulis di lapisan gambar heheh...
Aper pun selamat ulang tahun buat kawan tu dan istimewa utnuk adik liea tu..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...berjaya hidup didunia dan diakhirat...
waalaikumsalam kak shami : bukan kretiviti, tp tak reti guna format blogger yg baru tuh, terus jadi macam tu. terpaksa guna yang lama gak...
ReplyDeletewow kek itu saya yang beli
ReplyDeleteeh belikan
ReplyDeletesedap kek yg dunhill guy belikan tuh.... nyam3
ReplyDeleteAssalamualaikum Afeezz
ReplyDeleteselamat hari jadi untuk mereka
waalaikumsalam atuk : selamat hari lahir kepada mereka...
ReplyDelete