479 : Perjuangan Telah Selesai Di Arena Bola Tampar Lelaki

Perjuangan aku bersama team bola tampar lelaki Zon 6 telah berakhir semalam setelah menerima kekalahan ke tiga berturut-turut di peringkat kumpulan. Perlawanan pertama adalah pada hari Isnin minggu ini. Aku tak dpt turun pada hari pertandingan itu memandangkan aku cuti dan ade urusan yang tidak dapat dielakkan. Tetapi perjuangan pada hari pertama itu diteruskan oleh rakan2 yang laen. Dan kami menerima kekalahan pertama.

Kami turun ke gelanggang kemudiannya pada hari Selasa untuk perlawanan kedua dan pada hari Rabu untuk perlawanan ke tiga. Kami sekali lagi menerima kekalahan untuk kedua2 perlawanan ini.

Kekalahan adalah dijangkakan. Pada peringkat awal, Zon 6 tidak menghantar pasukan untuk Bola Tampar Lelaki. Tetapi setelah menerima permohonan dan ade kakitangan yang sanggup menguruskan pasukan, maka permohonan untuk menyertai pertandingan ini dihantar walaupon telah lewat. Tiada latihan yang dibuat sebelum pertandingan, masing2 tidak mengenali sesama ahli pasukan. Maka dengan itu, tiada komunikasi semasa pertandingan. Walau bagaimanapun, kami bermain dengan baik dan kami kalah dengan memberikan cabaran kepada pihak lawan. Pihak lawan tidak menang mudah.

Apa2 pon, tahniah kepada pasukan Bola Tampar Lelaki Zon 6.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

6 comments

  1. Aslkm anakanda,

    Kalah bermaruah! Tak apa, dpt juga tambah kenalan.

    ReplyDelete
  2. Salam afeez
    utk sesuatu kejayaan memsng prrlukan strategi dan latihan. Namun tahniah kerana masuk pertandingan bola tampar itu

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam mama ju: betul tu, sekurang2nye kami tidak kalah bukan kerana kami tak melawan. Dan betul gak... Dpt berkenalan ngan staf laen dan dpt jumpe kawan lama

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam AZ: memandangkan takde perancangam strategi dan latihan lah kalah. Kalau tidak rasanya ade harapan gak nak ke semi, silap2 final pn bole....

    ReplyDelete
  5. Kalah ker? Kalah? Ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete