483 : Mari Menonton - 2 Filem Dalam 1 Minggu

Dalam minggu ni jer dah tiga kali berpeluang menonton wayang. Menonton dua buah filem terbaru di pawagam.

Filem pertama yang telah ditonton sebanyak dua kali adalah filem Battleship. Filem ni terbaru di panggung tapi aku tak penah tgk pon preview filem ni di mana2. Tibe2 ade member ajak tengok, maka aku pon follow je lah. Aku tonton filem ni pertama kali pada 12 April 2012 di Wangsa Walk dan kali kedua pada 13 April 2012 di AEON Cheras Selatan.

Battleship mengisahkan bagaimana sekumpulan anggota tentera laut terpaksa berdepan dengan angkatan makhluk asing yang telah datang ke bumi setelah para saintis bumi menghantar gelombang komunikasi ke arah sebuah planet asing. Makhluk2 asing ini kemudiannya berjaya menewaskan angkatan tentera laut bumi dan cube untuk menguasai satelit pemancar bumi untuk menghantar gelombang komunikasi balik ke planet asal mereka.

Dapatkah pasukan tentera laut itu menewaskan angkatan makhluk asing itu daripada menguasai bumi setelah armada mereka ditewaskan? Jawapannya boleh... tetapi bagaimana? Saksikan di pawagam2 berhampiran anda.

Bagi aku, teknologi pembikinan filem untuk filem ini sangat baek sehebat filem seperti Transformers dan filem2 fiksyen yang lain dewasa ini. Jalan cerita yang tidak kurang hebat diselitkan dengan adegan2 lucu dan separa lucah. Sesuai untuk tuntunan kanak2 dengan bimbingan orang dewasa.


**************************************************************

Filem kedua yg berpeluang aku menontonnya adalah filem Mirror Mirror lakonan pelakon handalan Julia Roberts sebagai seorang permaisuri yang jahat dan Lily Collins yg sangat cute. Aku menonton filem ini pada 16 April 2012 yang lepas di Alamanda.

Filem Mirror Mirror mengisahkan bagaimana seorang puteri raja bernama Snow White terpaksa hidup sebatang kara dan dijaga oleh ibu tirinya, permaisuri yang jahat itu di dalam istana. Pada suatu hari, Snow White telah menyelinap keluar dari istana dan mendapati rakyat jelatanya hidup melarat tidak seperti semasa pemerintahan ayahnya. Snow White kemudiannya berdepan dengan ibu tirinya dan meminta agar ibu tirinya itu melakukan sesuatu untuk mengembalikan keamanan negaranya. Ibu tirinya menjadi murka dan mengarahkan agar Snow White dibunuh. Tetapi, Snow White tidak dibunuh sebaliknya ditinggalkan di dalam hutan dan kemudiannya Snow White telah bertemu dengan 7 orang kerdil. Bagaimanakah kisah seterusnya? Dapatkan Snow White merampas kembali negaranya dari permaisuri yang jahat itu. Saksikan di pawagam2 berhampiran anda.

Kisah Snow White ini tak sama macam cerita2 Snow White yang kite pernah tahu. Walaupon ade kesamaannya, tetapi perbezaannya membuatkan cerita ini lebih menarik. Terdapat juga unsur2 lucuh yang membuatkan filem ini tidak membosankan, disamping Snow White itu yang sgt2 cute....

Rating aku untuk filem2 ini.. 3.5/5 untuk Battleship dan 3/5 untuk Mirror Mirror.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

2 comments

  1. assalamualaikum..

    thanks for d synopsis..battleship mmg tak wajar dilepaskan khusus utk peminat transformers mcm aku nie hihihhhh

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam sahrom : pergi lah tgk... sebagai peminat filem uang macam tu, aku syok kan ko pi lah tonton...

    ReplyDelete