450 : Catatan Perjalanan - Dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu Ke Kuala Terengganu Ke Kuantan Dan Ke Kuala Lumpur Semula (Catatan Terakhir)

31 Disember 2011

Di pagi hari ketiga pengembaraan kami, di bandar Kuala Terengganu kami telah mendapat saman pakir. Cis!!.. Bangun awal tapi camner plak boleh terlupe nak letak syiling kat meter pakir. Nak wat camner, terima je lah. Nak dijadikan cerita, untuk mengelakkan dari disaman lagi, aku pon memasukkan syiling 50 sen ke dalam meter pakir itu, pastu terus meter itu menunjukkan tanda 'FAIL'. Aku masukkan lagi seposen, masih macam tu jugak, duit sangkut agak nyer. Then aku hentak sekali dengan harapan duit tu akan jatuh tapi tak berjaya gak. Ahh... sialan, nak kene ni. Aku pon terus gerakkan kereta aku untuk dipakirkan di petak kosong di sebelah. Masukkan syiling bagi tempoh 2 jam, sib baek meter tu ok.
Saman pakir yang diterima...
Pagi ini kami merancang untuk menjalankan aktiviti shopping di Pasar Payang Kuala Terengganu yang terletak tidak jauh dari hotel kami menginap. Tapi sebelum itu kami bersarapan di sebuah gerai di hadapan hotel itu. Pagi itu, kami makan nasi lemak dengan gulai ikan tongkol. Ermm... berbeza sket dengan nasi lemak belah sini yang makan dengan sambal ikan bilis. Ape2 pon, not bad gak lah nasi lemak ikan tongkol tuh, layan. Sambil itu aku membelek2 saman pakir tu. Kalau bayar dalam masa 3 hari, saman yang perlu di bayar hanya RM5. Belek2 lagi, boleh buat pembayaran di bangunan tempat meletak kenderaan bersebelahan dengan Pasar Payang. Ini sudah senang, boleh pergi situ dulu then baru bershopping, then nak komplen pasal meter pakir yg rosak tuh.
Sarapan pagi - nasi lemak gulai ikan tongkol
Kami kemudian ke tempat yang dimaksudkan. Masuk lif, button dia ade sampai tingkat 4 jer, tapi pejabat tu kat tingkat 9, camna tuh? Konfius kami. Tekan jer smpi tingkat 4. Keluar drp lif kami menapak naek tangga plak, akhirnya sampai gak kat pejabat tuh. Kami terus bertanyakan mengenai meter pakir yang rosak tu. Kakak yang menjaga kaunter tu terus suruh kami mengisi borang aduan dan memaklumkan kepada kami yang kadang2 meter tu mmg sangkut kalau letak syiling 50 sen. Ermmm... selesai mengisi borang, kakak tu terus ambil borang ngan surat saman tu dan berkata yang urusan kami telah selesai. Kami konfius lagi... tak payah bayar ke saman tu? Konfius untuk kali yg berikutnya....
Kami terus ke Pasar Payang. Hajat di hati nak mencari baju batik untuk dipakai setiap hari khamis ke pejabat dan mencari barang2 lain yang berkenan di hati. Pusing, pusing dan pusing jumpa juga baju batik yang aku berkenan dan murah. Selain tu kami juga ade membeli kain pelekat sehelai sorang, beberapa cenderahati dan sehelai seluar corak kain pelekat untuk aku. Kemudian kami turun ke tingakt bawah untuk mencari sedikit bahan makanan. Kami telah membeli keropok kering dan serunding daging. Kawan aku pulak membeli 2 botol budu, ermmm... makan budu gak ko yer, baru aku tau. Ape2 pon, budu itu tidak seteruk aper yang orang katakan, in fact.. sedap, nyam3..
Suasana di dalam Pasar Payang
Kami meninggalkan bandar Kuala Terengganu lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan menuju ke bandar Kuantan. Cuaca petang itu amat baek. Perjalanan petang itu juga santai sahaja sehingga lah kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas hampir 1 jam yang disebabkan pembinaan jalan raya. Bertambah malang, bila kami tersalah masuk jalan, berpusing semula dan menempuh kesesakan itu sekali lagi. Dah la cuaca panas, hati pon dah panas ketika itu. Bertambah panas lagi bile ade sebuah kereta berpemandu bongok yang sengaja melanggar side mirror kereta aku. Bukan sekali, tapi dua kali. Cermin tingkap diturunkan dan kata2 *^%0j6babi%4v^# disemburkan. Sib baek kereta ko cume Wira buruk, tak berbaloi kalau aku nak langgar kereta ko tu dengan Cik Siti aku.
Permandangan Pantai Cherating
Kami berhenti sebentar di satu tempat di Pantai Cherating untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan. Tiba di Kuantan lebih kurang pukul 5 petang dan kami berpusing2 sekitar Berjaya Megamall untuk mencari penginapan. Agak susah untuk mendapatkan penginapan bajet di sini. Kebanyakkanya agak mewah kalau ade yang bajet pon ala2 rumah tumpangan gitu. Oleh kerana telah penat dan tidak larat lagi mencari hotel, kami terus sahaja menyewa di Hotel Pavilion dengan bayaran RM128 semalam. Rasanya, ini lah bilik hotel yang paling cantik yang pernah aku menginap. Selesa, moden dan bersih siap dengan kelengkapan laen seperti hair dryer dan iron (tak gune pon) dan weight scale (alamak naek 2kg plak). Kami berehat sebentar.
Hotel Pavilion Kuantan
Dalam pukul 6.30 petang, kami keluar menuju ke Berjaya Megamall untuk mencari makan tengahari cum malam malam. Kami masuk ke Restoran Ayam Penyet AP untuk mengisi perut yang telah sedia lapar. Dalam pada itu, di luar telah pon hujan dengan lebat nya. Tak dapat rasanya nak pergi jalan2 kat pasar malam berhampiran. Selesai makan kami balik semula ke hotel, mengambil kereta dan terus menuju ke UIAM kerana kawan aku nak jumpe adik dia. Kami dibawa makan sekali lagi oleh adik kawan aku tuh di Restoran Padi. Yang makan adik dia jer, kami cume minum dan makan sate jer memandangkan kami telahpon makan sebelum itu.
Oleh kerana malam masih muda, kami menuju ke Telok Chempedak. Khabarnya, malam2 kat sini happening. Memang betul seperti yang dikatekan, ade sambutan Program Pusat Seni Setempat 2011 dan sambutan tahun baru di sini malam itu. Susah nak dapat pakir memandangkan terlalu ramai pengunjung malam itu sampai jem jalan nak masuk ke Telok Chempedak. Kami berjalan2 di kawasan perjualan di sana mencari aper yang berkenan di hati. Kami hanya membeli beberapa cenderahati di sini. Malangnya hujan turun dan membantutkan hasrat kami nak menunggu sehingga detik 12 malam. Kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja memandangkan tiada tanda2 hujan akan reda dan adik kawan aku tu terpaksa pulang sebelum pukul 12 malam (lepas kol 12 malam dia akan jadi buruk macam Cinderella, hehehe...).
Suasana malam di Pantai Telok Chempedak
1 Januari 2012
Tiada aktiviti yang dirancang untuk hari ini. Hari ini kami akan pulang semula ke Kuala Lumpur. Sebelum meninggalkan bandar Kuantan, kami telah singgah di pasar pagi yang kebetulan ada berhampiran tempat kami menginap. Sekadar berjalan2 mencari sarapan pagi. Kami berlepas meninggalkan Kuantan lebih kurang pukul 11 pagi. Perjalanan pulang agak selesa dan mudah menggunakan lebuhraya. Berhenti di RnR Temerloh untuk makan tengahari dan kami selamat tiba di Kuala Lumpur dalam pukul 4.00 petang. Alhamdulillah.
~Salam Sayang~

You Might Also Like

8 comments

  1. Assalamualaikum Afeezz

    saya terpikat dgn gambar yg akhir tu..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam atuk : hehehe... ada banyak lagi signboard seumpamanya di bandar kuantan ni....

    ReplyDelete
  3. Salam dekk

    Bestnya jenjalan cuti2 Malaysia..heheh

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam kak shami : tgh ade wang, ade masa ngan ade peluang ni, kite pergi2 berjalan2. ambil peluang yang ade kan... hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Afeezz,

    Rindu nak balik ke Kelantan...

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam mieza : saya pon rindu nak balik kelantan.. hehehe

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum afeezz...

    hotel pavilion tue ada bath tab tak???

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam sahrom : haha.. peminat bath tub ye.. takde lah, dia gune shower jer

    ReplyDelete