449 : Catatan Perjalanan - Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu Ke Kuala Terengganu Ke Kuantan Dan Ke Kuala Lumpur Semula (Hari Kedua)
30 Disember 2011
Bukak2 jer langsir hotel terpandang suasana pasar pagi di luar. Penduduk tempatan telah giat menjalankan aktiviti jual beli. Tak tau plak kami ade pasar pagi hari ini. Senang lah bagi kami nak mencari sarapan pagi. Dari kejauhan dah nampak gerai2 yang menjual pelbagai jenis makanan, sayur2an, buah2an dan barang2an basah serta kering. Plan hari ni nak jalan2 kat Rantau Panjang sambil bershopping, tapi sebelum tu kite jalan2 cari makan dulu kat pasar pagi di bawah tuh.
Kami berjalan dalam hujan renyai2 dari satu hujung ke hujung yang satu lagi, belok ke kanan dan kiri kemudian berpatah balik. Macam2 ade dijual di sini tapi perhatian kami cume bahan2 makanan sahaja. Takkan nak beli ikan plak kan, maner nak meletak nyer nnt. Tak tau nak pilih yang maner, rambang mata dibuatnya, semua jenis makanan nak dibeli dan nak dimakan, tapi kami menahan nafsu itu, beli aper yang perlu sahaja.
Suasana di pasar pagi Wakaf Che Yeh
Yang laen daripada yang laen mengenai pasar ini berbanding pasar2 pagi di KL dan di tempat aku adalah, kat sini pagi2 dah ade orang menjual sate, ayam percik, burger, ayam goreng, murtabak sekadar menyebutkan sebahagian daripadanya. Macam teruja plak aku tengok bende2 ni, maner nak dpt di tempat lain kan, pagi2 dah makan sate. Tapi kami hanya membeli sarapan pagi yang sinonim ngan kami, mee goreng, kuew teow goreng dan sedikit kuih. Yang laen sket, kami beli ayam goreng wat lauk. Makan kat dalam bilik.
Kami kemudian check-out dan terus menuju ke Rantau Panjang. Tiba di Rantau Panjang dalam keadaan hujan renyai2. Tak best plak rasa jalan2 dalam keadaan macam ni, tapi aper boleh buat, masa ni kan musim tengkujuh. Kami meronda2 ke setiap ceruk yang boleh. Hanya membeli beberapa helai t-shirt yang berharga RM10 sehelai. Kawan plak membeli barang2 untuk majlis perkahwinannya tak lama lagi. Setelah puas meredah kedai2 di situ, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.
Perjalanan ke Kuala Terengganu agak selesa berbanding perjalanan ke Kota Bharu. sepanjang perjalanan kami dapat melihat keindahan kampung, pekan, bandar dan kawasan pantai Terengganu. Perjalanan kami juga ditemani cuaca hujan renyai2. Kami tiba di bandar Kuala Terengganu lebih kurang pukul 4.00 petang. Tidak susah untuk mendapatkan bilik penginapan di sini. Kami telah bermalam di Citi Point Hotel berhampiran Pasar Payang dengan harga RM98 semalam. Biliknya juga bersih, moden dan selesa. Signal tv di sini lebih baek dari bilik kami di Kota Bharu.
Kami berehat sebentar dan bersolat kemudian lebih kurang pukul 6.30 petang kami keluar semula untuk ke Masjid Kristal. Cadangnya nak bersolat maghrib di sana. Pada mulanya, ku sangkakan nak ke Masjid Kristal kene naek bot, jadi kami menapaklah nak cari jeti bot ke Masjid Kristal tuh. Jalan punya jalan tak jumpe pon aper yg di cari, makanya kami berpatah balik ke hotel dan bertanyakan kepada pekerja hotel tu. Rupenye2 nak ke Masjid Kristal boleh memandu kereta je, ikot jer signboard ke Taman Tamadun Islam atau pon Muzium Negeri Terengganu (sape la yg cakap kene naek bot tuh!!). Memandangkan hari telahpon lewat, maka Taman Tamadun Islam tu telahpon ditutup, jadi kami hanya ke Masjid Kristal. Kami bersolat jamak Maghrib dan Isya' di situ. Masjid Kristal cantik tapi penyelenggaraannya macam tidak dilakukan dengan baek. Tandas agak kotor dan tempat berwuduk nampak macam banyak yang rosak. Sayang banget, rumah Allah dan tempat tumpuan pelancong ini tidak dijaga dengan baek.
Kami meninggalkan Masjid Kristal sebelum Isya' menuju ke pusat bandar. Kami berhenti di Taman Shahbandar untuk berjalan2 di kawasan perjualan yang ada di sana. Malangnya hujan turun tiba2 dengan ribut yang kuat sampai melayang2 kami dibuatnya. Nasib baek lah gerai2 yang ade di situ tak terbang sekali. Kami hanya menjamu mata sahaja di sana dan kami membeli makanan untuk makan malam di bilik sahaja.
... bersambung
2 comments
assalamualaikum afeezz..
ReplyDeletealhamdulillah dpt juga solat di masjid kristal kan...
pasar payang di terengganu mesti best..tunggu entri seterusnya dr bro...
waalaikumsalam sahrom : itu lah, dapat gak solat kat masjid kristal tuh. pasar payang memang best, datang la nnt... hehehe
ReplyDelete