425 : Jalan-Jalan Cari Perabot Baru
Dah lama mak tanya, 'Bile ko nak tukar sofa ni?'. Hehehe... Mak suruh aku beli sofa baru nak tukarkan sofa lama yang aku lanyak selalu sambil menonton tv. Dah naek lunyai sofa tu, siap koyak2 lagi, dah tak rupe sofa lagi dah.
Makanya, ahad lepas aku pon keluarlah jalan-jalan cari perabot baru. Tambahan pulak, pada hari sabtunya, aku nampak macam ade sale jer kat kedai2 perabot berhampiran Tesco Extra Selayang dekat Bulatan Batu Caves tu. Jadi aku pon pergi la survey2 aper yang patut.
Keluar masuk, naek turun beberapa kedai perabot di situ, memang banyak pilihan sofa dari yang secantik2nya hinggalah ke seburuk2nya. Tapi semuanya agak mahal melampaui bajet aku walau pon katenye ade sale hari raya. Yang murah plak, tak berapa berkenan di hati aku. Aku nak cari yang simple design sesuai dengan rumah aku yang menerapkan konsep zen dan modern kontemporari (perghhh... iyo lah tu). Akhirnya aku berjumpa dengan design yang aku suka yang masih dalam lingkungan bajet aku. Malangnya, tak dapat pakai masa raya, pasal delivery nya selepas raya. Ermm... beraya dengan sofa lama jugak lah nampaknya.
~Salam Sayang~
10 comments
assalamualaikum afeezz...
ReplyDeletekalau dpt b4 raya mesti lg meriah kan huhuhhuhu..takpela, raya haji bukan utk bersofa-sofa hihihhhh
comel weh sofa berwarna warni...nak tumpang tdo atas tu la..buleh ke? heheheh
ReplyDeletewaalaikumsalam sahrom : tu lah pasal, mesti lagi meriah raya ini tahun. tp takpe lah, beli bukan untuk raya pon... heheheh
ReplyDeleteassalamualaikum daddy : gambar tersebut sekadar hiasan sahaja, hehehe...
aku suka sofa yg kaler2 tu, cam vintage inspire
ReplyDelete:D
assalamualaik asrul : aku pon suke gak, tp kalau nak letak kat umah aku tak sesuwai rasanya...
ReplyDeleteAssalamualaikum Afeezz
ReplyDeletemak haiiiii
banyak kalerrrr
Wassalam
Salam dekk afezz
ReplyDeletekreatif betul sofa warna warni tu...cam dijahit cantuman perca kain ...hehehhe
waalaikumsalam atuk : cantik kan... kat maner nak dapat sofa camtu??
ReplyDeletewaalaikumsalam kak shami : mmg kreatif... kalau dpt tu, sure glemer umah saya... hehehe
Aslkm anakanda,
ReplyDeleteSAEBENARNYA MAK tu berkias, maksud ayat disebalik tu ialah....bilalah ko ni.....
Raya ni pegi mana?
waalaikumsalam mama ju : hehehe.. mak saya takde nyer nak berkias2, dia cakap direct jer... raya nnt beraya kat umah mertua... :P
ReplyDelete