430 : Mengikut Budi Bicara Bukan Salah Guna Kuasa
Selepas kejadian memaki 'makcik2' tu di FB beberapa minggu lepas, sampai sekarang 'makcik2' tu tak tegor aku. Sehinggakan 'makcik' yang tak terlibat pon tak menyapa aku. Ntah apalah 'makcik2' yang laen tu dah meracun sampai yang tak terlibat pon terpaksa berkongsi dosa mereka. Kasihan. Kalau tegor pon berkaitan kerja pejabat jer, itu pon kerana mereka terpaksa. Tapi aku tak kesah pon, aku wat bodo je lah. Aku tak rugi, korang pon tak rugi kan.
Sebentar tadi aku ade menerima satu panggilan telefon. Kabarnya ade satu aduan mengenai boss yang dilakukan oleh kakitangan pejabat aku sendiri ke peringkat atasan. Aku rasa2, aku dapat mengagak saper yang bertanggungjawab itu. Kalau tak dia tu, dia ni... dan 'makcik2' tu pon mungkin terlibat juga. Tapi pada padangan aku, dalam perkhidmatan awam, sesuatu yang tidak dibenarkan itu, boleh dibenarkan mengikut budi bicara dan situasi. Dan aper yang boss telah lakukan itu adalah mengikut budi bicara beliau sebagai pegawai tertinggi di pejabat. Tiada salah guna kuasa di situ. Kalau itu adalah salah guna kuasa, beliau juga telah menyalahgunakan kuasanya terhadap kalian juga dan kalian juga bersalah kerana menggunakan kuasa yang telah disalahguna itu.
Oleh yang demikian, jangan lah terlalu mudah melemparkan aduan itu dan ini. Kalau aper yg korang lemparkan itu hanya terkena kepada dia, itu tak mengapa, tetapi lemparan korang itu terpalit kepada orang lain juga. Bukan senang nak jadi boss. Semua yang betul dan salah tertanggung di bahu dia, orang2 bawah ni hanya tau order itu dan ini, kalau tak dapat, mulalah mengata.
Walaupon ade banyak sebab yang membuatkan aku tak suke boss aku tu, tetapi dalam kes2 macam ni, kite pon perlu pertahankan dia untuk sesuatu yang betul.
7 comments
Salam dekk afezz
ReplyDeleteSetiap yg berlaku itu ada hikmahnya...
kalo kita berani menegakkan kebenaran..kita juga mesti sanggup mengharungi semua tentangan...
insyallah kalo kita benar...kita tetap berada dalam kemanisan mengecapi nikmat sabar dan kebenaran yang akan tertegak nanti.
waalaikumsalam kak shami : insyaAllah... selalunya kebenaran akan menang dalam aper jua situasi
ReplyDeleteaz tabik la kat afeez.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletetu lah dia politic pejabat,,,
assalamualaikum AZ : nak tabik aper nyer AZ... mungkin AZ pon penah mengalaminya kan.... heheh
ReplyDeletewaalaikumsalam CM : betul3.. i hate politic
assalamualaikum afeezz...
ReplyDeleteaku tak berani citer hal opis kat laman blog..takut woo....huhuhuh
budi bicara itu penting kan...
waalaikumsalam sahrom : takpe lah... sekadar memberikan pendapat dan melepaskan aper yg terbuku di hati
ReplyDelete