408 : Seminggu Di Hari Raya
Menjelang Hari Lebaran
Menjelang hari lebaran aku masih lagi bekerja. Di pejabat masih ramai lagi kawan2 yang belum bercuti. Makanya agak meriah jugaklah opis pada hari itu. Mood nak buat kerja mmg dah takde. Semua dah tak sabar nak balik tengahari nnt. Telah diumumkan hari ni bekerja separuh hari saje. Dek kerana malas nak buat kerja, sempat gak kami bermain ping pong pagi itu untuk mengisi masa. Hehehe.. boss plak cuti, jadi bermaharajalela lah kami pagi itu.
Pukul 1.30 petang aku terus balik ke rumah. Kakak dan familinya telah pon sampai dan telah memulakan operasi masak memasak juadah hari raya bersama ibu. Aku cume membantu sekadar yang boleh, bab masak memasak tu aku serahkan kepada mereka yang lebih pakar. Menjelang waktu berbuka semuanya telah siap, nasi impit, rendang daging, kurma ayam dan kuah kacang. Dan telah menjadi tradisi kami, berbuka terakhir kami akan makan juadah hari raya.
Juadah Hari Raya
Pada pukul 10.30 malam, jemaah surau datang untuk bertakbir. Telah menjadi tradisi di sini, setiap kali hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, jemaah surau akan pergi dari rumah ke rumah untuk bertakbir hari raya dan berdoa.
Hari Raya Pertama : Beraya Bersama Keluarga
Aku bersembahyang sunat Idul Fitri di surau berhampiran umah aku. Jemaah tersangatlah ramai sampai melimpah ruah ke luar surau. Khemah yang didirikan di jalan juga penuh sesak dengan jemaah. Ermm.. nampaknya ramai juga yang tak balik beraya di kampung atau pon mmg kampung mereka di sini kot.
Selesai solat, kami bersarapan bersama dan kemudian bersalam2an memohon kemaafan dengan ibu dan ayah serta ahli keluarga yang lain. Beri2 duit raya dan bergambar.
Gambar Famili untuk Aidilfitri 2011
Tahun ni rasanya ramai plak tetamu tapi semuanya dikalangan budak2. Ntah anak sape pon aku tak kenal. Dah nama pon hari raya kan, kite kene la layan tetamu tuh, duit raya kene la beri.
Tetamu pertama kami tahun ni -
kawan aku
Hari Raya Kedua : Berhari Raya Di Rumah Abang
Hari Raya Ketiga : Berhari Raya Di Rumah Kakak dan Ikea
Hari Raya Keempat : Berhari Raya Di Klinik
Hari Raya Kelima : Berhari Raya Di Panggung Wayang
(1) The Smurf
(2) Final Destination 5
Raya kedua saudara dari Johor Bahru sampai ke rumah. Rasanya inilah kali pertama orang Johor turun berhari raya di KL. Selalunya kami orang KL yang akan turun berhari raya Johor. Memandangkan nenek aku telah meninggal, ini bermakna telah tiada lagi orang tua di kampung. Dan ibu dan ayah aku pula mengambil peranan sebagai orang paling tua dalam keluarga. Setelah berhari raya di rumah aku, kami terus menyerang ke rumah abang pula yang lebih kurang 20 minit memandu dari rumah kami. Di rumah abang kami dijamu dengan mee kari. Sedap la pulak, dah lama rasanya tak rasa mee kari yang sedap macam tuh. Makan sampai tak bole masuk lagi. Heheheh... Tetapi, orang Johor nak cepat2 balik. Malam itu juga mereka bertolak pulang. Lebih kurang waktu Isyak, abang sulung aku dari Pontian pula tiba di rumah abang. Malam ni mereka akan bermalam di rumah abang dan esok mereka aku ke rumah aku plak.
Hari Raya Ketiga : Berhari Raya Di Rumah Kakak dan Ikea
Pagi2 lagi abang dah sampai kat umah aku. Menjelang tengahari kami semua menuju ke rumah kakak di Puchong. Di rumah kakak, kami di jamu dengan nasi minyak, ayam masak merah, kurma telur, salad dan pengat pisang dengan jagung. Nyam2.. sedap. Kakak aku mmg pakar memasak.
Pada malam itu memandangkan tiada ape2 perancangan, kami adik beradik telah pergi ke Ikea. Saje nak bawak orang Pontian berjalan2. Dah terlanjur sampai sini, takkan nak dok umah jer. Membeli belah jugak mereka di Ikea, kate nak tengok2 jer... isk3...
Hari Raya Keempat : Berhari Raya Di Klinik
Dok asik makan jer masa raya, makanya terus tidak sihat pada hari raya keempat ni. Pagi2 lagi dah messege kawan aku mintak tolong dia bawakkan aku ke klinik. Klinik melayu semuanya tutup. Uish.. masih beraya lagi mereka. Nasib baek ade satu klinik cina bukak, pegi je lah. Alhamdulillah, aku dah beransur sihat. Terima kasih kepada kawan aku tu kerana sanggup bawak aku ke klinik.
Hari Raya Kelima : Berhari Raya Di Panggung Wayang
Hari ni entah aper ke tebiatnye, pi tonton 2 movie sekali back to back. First start kol 3.30 petang then the other one kol 6.15 petang. Aper2 pon, dua2 movie tu best. Nnt aku wat entry preview kedua2 movie tu yer. Movie yang kami tonton adalah....
(1) The Smurf
(2) Final Destination 5
Hari Raya Keenam : Berhari Raya Di Selayang Mall
Hari Raya Ketujuh : Telah Mula Bekerja Semula
Hari ni takde aper2 perancangan. Hanya tengahari itu menemankan seorang kawan yang nak mencari barang di Selayang Mall.
Hari Raya Ketujuh : Telah Mula Bekerja Semula
Esok dah start keje. Uish... sekejap benar rasanya masa berlalu. Tak puas lagi berhari raya.
~Salam Sayang~
8 comments
Assalamualaikum Afeezz
ReplyDeletewahhhh
bila beransur sihat terus pi panggung yerrr...he he
Wassalam
waalaikumsalam abg rozali : kalau ke panggung tak banyak bergerak pon, duduk jer smbl layan movie. tak penat pon
ReplyDeleteSalam anakanda
ReplyDeleteBagus betul diari tu, lengkap..
Tentu dah sihatkan , boleh makan lagi..
sedara2 mama pun klu ke KL tpt yg diaorang suka tu IKEA lah apa lagi.
Selamat berhari raya lagi. maaf zahir batin.
waalaikumsalam mama ju : alhamdulillah dah sihat dah skrg. famili abg sy tu tak pernah pegi ikea, tu yg bawak tu. dtg dr jauh takkan nak dok kat umah je kan, bawak la jalan2. selamat hari raya pada mama sekeluarga
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletesalam aidilfitri afeezz..meriahnya raya tahun nie kan...
ke panggung pun masuk jadual ke?? heheehheee
waalaikumsalam sahrom : meriah gak lah drp tahun2 lepas. ke panggung tu tak masuk jadual pon. juast mengisi masa lapang dengan kawan2
ReplyDeleteSalam dekk afezz
ReplyDeleteN3 ni dapat dirasa kemeriahannya hari raya yang disambut tu..nampak sedap menu yang dihidangkan tu
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..
MAAF ZAHIR BATIN
waalaikumsalam kak shami : alhamdulillah, thn ni meriah gak nampak nyer. happy sgt. selamat hari raya pada akak sekeluarga
ReplyDelete