410 : Mari Menonton - The Smurfs dan Final Destination 5



Seperti yang telah diwar2kan dahulu, minggu lepas aku telah berpeluang untuk menonton dua buah filem terbaru di pawagam iaitu filem The Smurfs dan Final Destination 5.

Bagi sesiapa yang membesar sezaman dengan aku, siri kartun Smurfs menjadi siri kartun kegemaran kite. Filem Smurfs ini mengisahkan pengembaraan Papa bersama beberapa Smurf yang lain ke alam nyata setelah mereka tersedut masuk ke dalam sebuah vortek dalam usaha untuk menyelamatkan Clumsy. Kehadiran mereka ke alam nyata telah diburu oleh Gargamel dan Azreal yang berusaha untuk menangkap mereka untuk dijadikan ramuan penyediaan posyen awet muda yang kekal abadi. Di alam nyata, Papa dan Smurf yang lain telah mendapat bantuan dari keluarga Winslow yang mana kehadiran mereka telah mengundang beberapa masalah kepada keluarga tersebut. Dapatkan keluarga Winslow membantu Papa dan Smurf lain untuk kembali ke perkampungan Smurf? Bagaimana pula Gargamel dan Azreal merancang untuk menangkap Smurf2 tersebut? Saksikan di pawagam2 berhampiran anda.

Bagi peminat2 filem Final Destination, anda mesti menonton filem Final Destination 5 ini kerana ia adalah siri terakhir dalam siri filem Final Destination. Bagi mereka yang pernah menonton salah satu daripada empat filem ini sebelum ini, jalan ceritanya adalah sama sahaja cume cara dan situasi sahaja yang berubah. Kita boleh mengagak aperkah yang akan berlaku seterusnya membuat andaian siapakah yang akan menemui maut selepas itu. Oleh kerana jalan cerita yang hampir sama, ia membuatkan filem ni kurang menarik. Kepada peminat2 filem Final Destination anda boleh saksikan di pawagam2 berhampiran anda.

Bagi aku, filem The Smurfs aku berikan 4/5 bintang dan filem Final Destination 5 hanya 2.5/5 bintang. Ape2 pon, anda boleh buat penilaian sendiri.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

2 comments

  1. assalamualaikum afeezz...

    mesti best kan citer nie sampai hang setia menontonnya...

    klu tak best, konfem hang dah angkat kaki kan hehehehee

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam sahrom : kalau tgk kat panggung takde le aku angkat kaki, paling tak pon aku tido jer..

    ReplyDelete