329 : Jalan-Jalan Tanpa Hala Tujuan

Selalunya kalau kite hendak keluar rumah, kite mesti ada tujuan masing2 macam nak pergi ke pasaraya membeli barang, kemudian hendak ke bank dan seterusnya ke rumah mak mertua untuk makan tengahari. Jarang sekali kite akan keluar rumah tanpa arah. Kata orang, kalau keluar tanpa hala tujuan yang khusus tu membazir dari segi wang ringgit, masa dan minyak. Tetapi ingat lah... Makan, rm34.50. Minyak petrol, rm50.00. Masa bersama insan tersayang..... Priceless.... hahaha...

Hari Sabtu lepas itu lah yang aku lakukan. Jalan-jalan tanpa hala tujuan. Perancangan pertama nak ke Taman Rimba Komanwel di Rawang tetapi akhirnya kami telah ke Klang dan seterusnya ke Mid Valley Megamall.

Memula tu memang nak lepak2 kat Taman Rimba Komanwel tu, ambil angin segar sambil merehatkan minda, tetapi terlepas plak pintu masuk ke taman tuh. Terpaksa berpatah balik. Agak jauh jugak nak membuat u-turn. Dalam pada mencari u-turn tu kami merancang plak nak ke tempat lain. Akhirnya, tidak lah nampaknya kami melepak di taman rimba itu. Perjalanan kami diteruskan menuju ke Klang. Perancangannya nak ke Bukit Tinggi Klang. Ada ke Bukit Tinggi Klang? Setahu aku Bukit Raja Klang adalah. Bukit Tinggi kat Pahang, tak pon kat Indon saner pon ade Bukit Tinggi. Perjalanan kami melalui MRR2 ke Lebuhraya Guthrie ke NKVE dan ke maner lagi pon aku dah tak ingat. Sampai 3 kali kene bayar tol dan akhirnya kami berhenti di Giant dekat ngan Klang Sentral. Ingatkan nak makan, tetapi tiada aper yg menarik di sana. Perut pon terasa lapar, yang pada itu dah pukul 3.00 pon. Kami keluar dari Giant untuk ke Tesco berhampiran, tetapi salah masuk jalan la plak. Kami teruskan perjalanan sahaja dan akhirnya kami berhenti di KFC Setia Alam. Makan KFC je lah kami petang itu. Perjalanan ke Bukit Tinggi Klang terhenti di situ sahaja.

Perancangan baru dibuat. Next place, Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Hehehe... Malangnya di tengah perjalanan, bateri GPS kong plak. Perjalanan diteruskan berpandukan papan tanda arah yang akhirnya membawa kami ke Pusat Akuatik Shah Alam. Huh... ini dah nak keluar ke Federal Highway dah ni. Perancangan itu terbantut lagi. Kami terus masuk ke Federal Highway menuju ke ibu kota. Akhirnya, kami berehat di pejabat aku sahaja sambil bermain facebook.

Perut terasa lapar kembali. Kami ke Mid Valley untuk makan malam. Nyam3.. kenyang perut dan kami pon beransur pulang.

Ok... Jauh perjalanan luas permandangan...


~Salam Sayang~

You Might Also Like

12 comments

  1. Salam Afeezz,

    Bukit Tinggi ada gak kat Klang harap maklum.
    Dalam erti kata lain perjalanan anda itu ialah Dating itu sbb jalan2 tanpa hala tujuan pun tarak hal punya hoho~xoxo

    ReplyDelete
  2. Salam afeez.

    ada dua kemusykilan:

    1. Macam orang Selangor tak tahu Bukit Tinggi kelang sedang orang luar selangor tahu.

    2. ........ada tujuan masing2 macam nak pergi ke pasaraya membeli barang, kemudian hendak ke bank dan seterusnya ke rumah mak mertua untuk makan tengahari.


    Bila masa afeez ada mak mertua? oooo afeez kahwin masa az g Mekah baru2 ni yer, padanlah az ketinggalan zaman.

    ReplyDelete
  3. salam

    afeez..kami tu maknanyer afeez dgn seseorang sapa eeek???...pi dari taman ke taman,,, dating yarr..

    ReplyDelete
  4. wsalam cik syima : noted, bukit tinggi klang... ade aper kat saner? hehehe... dating erk...

    wsalam AZ : tak semua orang tau nama tempat kan, selayang ngan klang tu bukannya dekat. selangor ni besar. AZ, yg no. 2 tu sy bg contoh jer... bukan kisah benar..

    ReplyDelete
  5. wsalam CM : hehehe... ermm... tau takpe...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Afeezz

    pendik cerita, tujuan nya dating dlm perjalanan...
    he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. wsalam abe rozali : hehehe... tau takpe. senyap2 sudeh...

    wsalam dek madey : nnt aku wat jalan-jalan tanpa hala tujuan ke JB plak...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum afeezz...giant setia alam tue dah nak dekat dh dekat uma mak aku..lg 3 km je..next week aku balik..insyaAllah..ingat nak tgk bola selangor lwn kelantan kat shah alam stadium..jom la roger huhuhuhhu

    ReplyDelete
  9. wsalam sahrom : hahaha.. klu aku tau umah mak ko kat maner sure aku singgah makan tengahari... selangor lawan kelantan ker? go go selangor

    ReplyDelete
  10. motif dating pusing2.. xpenat ke? wow pusing2 terus g office ko? buat ape dekat office ko tu? ehem2... ops

    ReplyDelete