330 : Baru Ku Sedar, Esok ...
Semalam pagi dalam perjalanan aku ke tempat kerja seperti biasa aku ditemani dengan lagu2 dan celoteh dj di radio. Perjalanan yang membosankan ditambah dengan kesesakan jalan raya bermula dari Pasar Borong Selayang hingga ke persimpangan Batu Caves. Perjalanan yang dekat mengambil masa yang lama untuk sampai. Ntah saper lah engineer jalan ni yang mendesign jalan sedemikian rupa sehingga tiap2 pagi akan berlaku kesesakan. Orang kanan nak ke kiri dan orang kiri nak kekanan pastu ade trafik light dihujung jalan ke kiri itu. Bodoh sungguh adanya.
Dalam melayan diri tu, terdengar plak dj tu berkata sesuatu. Katanya, hari khamis nnt (a.k.a esok lah tu) adalah Hari Thaipusam. Huh!! Bile masa plak Thaipusam jatuh hari khamis ni? Tak tahu pon aku. Macam mana aku bole tak tahu. Dalam kalender takde tulis pon. Kalau khamis Hari Thaipusam, ini bermakna khamis nnt cuti lah.. Yahoo... Best nyer!!! Thanks to Hari Thaipusam. Bole la merehat2kan badan dan minda di rumah.
Menyebut pasal Hari Thaipusam ni, KL baru 3-4 tahun yang lepas (klu tak silap lah) mengisytiharkan Hari Thaipusam sebagai cuti umum. Sebelum tu, Selangor sahaja yang bercuti, jadi orang yang dok di Selangor tetapi bekerja di KL terpaksa bertugas. Jeles betul kami pada orang Selangor ketika itu. Disebabkan itu, kami terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas yang disebabkan dek para penganut agama Hindu berarak ke Batu Caves. Sekarang tidak lagi... kami pon akan turut bercuti esok... yippie!!! Sib baek aku dengar radio, klu tak, silap2 aku datang keje plak esok.. huhu...
Walaubagaimanapun, pagi tadi aku telah menempuh kesesakan jalan raya yang maha dahsyat. Dari Selayang ke Batu Caves mengambil masa 45 minit!!!... Sepatutnya 45 minit tu aku dah sampai ke opis.... Ape nak wat, sib baek esok cuti.... hehehe...
~Salam Sayang~
13 comments
Salam dekk afezz
ReplyDeleteSejak 2 menjak akak ni menumpang anak kawan ke ofisnya di medan batu caves...jalan memang sibuk menghala kl....tapi ari ni lagi sibuk sbb esok thaipusam....kiri kanan jalan smpai jln ipoh ada khemah2 diaorang...ada yg berjalan ada yang menari..mendung ja sepanjang jalan..hehehhe
huhuhhuu...aku pun cuti gak..kiter cuti2 1malaysia..hehehehehh..
ReplyDeletela ni semua kene ada 1 malaysia kan?? nape erk hahahaha
wsalam kak shami : akak lalu jalan tu gak ker. teruk kan sekarang jem nyer. pagi2 dan tensi... hehehe.. sabar jer lah
ReplyDeletesalam sahrom : nogori pon coti ko? mmg kito ni 1malaysia. kat batu caves tadi pon ade gambar najib, bosar gilo, smpi nampak le dr jalan raya..
salam
ReplyDeletecuti yer boleh sambung jumaat sabtu ahad...selamat berehat..
salam dik afeezz..
ReplyDeleteorg bekerja bila bercuti terasa nikmatnya....
esok cuti yer??? alamat ler gamat rumah nie , dah semua berkumpul tak gi sekolah , aduh pening kepala umi nya...
wsalam cm : sy jumaat kerja. lepas raya cina nnt sy cuti.. dpt lagi panjang... hehehe
ReplyDeletewsalam kak ummi : mmg nikmat sekali klu sekali sekala dpt cuti macam ni. hehehe.. takde plan aper2 ke esok kak ummi? anak2 tak sekolah semuanya
salam mr afeezz. tak pi pecah kepala ke? haaha
ReplyDeletewsalam abe : dah ramai dah yg pi, so aku tak payah le nak join same... hehehe
ReplyDeletesalam Afeezz,
ReplyDeleteaiyark workaholic kah anda, sehingga tlupa cuti Thaipusam? Huhu
salam afeez:
ReplyDeletesuka baca bila afeez tulis, bodoh sungguh engeneer ni ......... hehhe
lain kali guna kalender kuda, detail. segala cuti ada ......
wsalam AZ : nak kate aper lagi kan.. mmg dah macam tu, kesesakan disebabkan oleh system jalan raya..
ReplyDeletethn ni tak dpt kalender kuda lah... tu yg termiss.... ape2 pon kalender kuda rock!!!
dengar citer PM nak wat cable car kat batu cave tue..lagik meriah ler kat situ nanti.
ReplyDeletesalam singgah dik.
salam kak shi3la : dengar2 nya macam tuh lah. sekarang pon dah meriah, klu ade cable car nnt, lagi lah meriahnya. mau jem setiap hari... hahaha
ReplyDelete