322 : Mari Menonton

Semalam berpeluang menonton sebuah filem terbaru di panggung iaitu filem komedi Gulliver's Travels. Kurang pasti pulak sama ada filem ini diadaptasi dari buku karya Jonathan Swift dengan tajuk yang sama atau tidak kerana aku tidak pernah pulak membaca buku tersebut.

Filem ini mengisahkan bagaimana Gulliver, seorang pekerja bilik surat di Manhattan telah menipu untuk mendapatkan tugas sebagai seorang pengulas perlancongan. Tugasan pertama beliau adalah untuk mengulas mengenai Segi Tiga Bermuda. Perjalanan beliau ke Segi Tiga Bermuda telah dilanda ribut dan akhirnya beliau telah terdampar di sebuah pulau di mana terletaknya kerajaan Liliput, yang dihuni oleh manusia kecil. Beliau telah dipenjarakan dan dikerah untuk melakukan kerja2 berat di Liliput.

Gulliver akhirnya mendapat kepercayaan dan disanjung tinggi oleh penduduk Liliput tetapi telah mempermainkan kepercayaan penduduk Liliput terhadap beliau dan akhirnya memakan diri beliau sendiri. Bagaimanakan Gulliver mendapatkan semula kepercayaan penduduk Liliput dan apakah adventur2 yang terpaksa dilalui Gulliver sepanjang beliau di Liliput. Saksikan filem ini di pawagam2 berhampiran anda.

Bagi aku filem ni ok. Tidak membosankan dan banyak adegan2 komedi. Visual effect yang menarik walaupon ade kadang2 ternampak macam animasi. Ape2 pon aku berikan 3.5/5 bintang kepada filem ini. Selamat menonton.




Beberapa snapshot dari filem Gulliver's Travels

You Might Also Like

8 comments

  1. salam afeezz...misteri kan segitiga bermuda tue...ada yg kata kne telan lah..mcm2 kan..ape pandangan ko mengenai segiitiga tue???

    ReplyDelete
  2. wsalam sahrom : no komen, pasal aku pon tak tau bende ini. penah gak dgr yg segi tiga bermuda tu HQ kpd setan2 sedunia.. wallahualam

    ReplyDelete
  3. Salam Afeezz,

    Lor pi tgk semalam ke? apsal tak jumpa pun huhu
    Gulliver seorang yg cakap berkobar2, pandai nasihatkan Haratio (betul ke spell eks) tapi bila berdepan dgn Darcy kelu lidah huhu
    Sy terhibur dgn cerita nie..rating? up lagi dari rating HKLBR huhu

    ReplyDelete
  4. wsalam syima : lor... pi tgk gak ke semalam? tgk kat maner? klu awak pi tgk kat mid valley mmg le tak jumpe.. hehehe... betul2, cakap berkobar2 tp sendiri takut nak buat..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Afeezz

    lama betul saya tak tenguk wayang

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. wsalam abg rozali : sesekali bawak le isteri dan anak2 menonton wayang.

    ReplyDelete
  7. Aslkm anakanda

    Kalau orang tua tenguk suka tak?
    tERINGIn tgk bermuda tu....

    ReplyDelete
  8. wsalam mama : filem ni tuntunan umum, tak salah klu org tua pon tgk. ramai jer saya nampak org dewasa yg tgk, siap bawak anak2 lagi. nak tgk bermuda kalu, kene pi bermuda la mama

    ReplyDelete