306 : Sembilan Tahun Telah Lalu

15 November 2001 merupakan hari pertama aku melaporkan diri di pejabat di mana aku bertugas sekarang. Ini bermakna sudah 9 tahun aku berkhidmat di sini. 9 tahun juga aku memegang jawatan yang telah diamanahkan kepada aku. Masih ingat lagi pada pagi itu, hujan turun renyai2 menyebabkan aku lewat melapor diri pada hari pertama aku sepatutnya bertugas. Pukul 9.30 pagi aku tiba di pejabat. Aku dibawa terus berjumpa Ketua Jabatan dan aku diberikan taklimat ringkas mengenai tugas2 aku. Kemudian aku diperkenalkan kepada kakitangan lain yang akan menjadi kawan baru dan rakan sekerja aku.

Walaubagaimanapon, ini bukanlah pertama kali aku bertugas di Universiti Malaya. Sebelum ini aku telah bertugas secara kontrak selama 2 tahun di Institut Pengajian Siswazah & Penyelidikan. Dalam tempoh 2 tahun ini sahaja aku telah ditempatkan di 2 unit yang berbeza, bukan kerana aku mempunyai masalah, tetapi aku ditawarkan untuk bertugas di unit yang cocok dengan kelayakan akademik aku. Aku gembira kerja di sini, kerja banyak tapi best dan kawan2 semua sporting. Aku berpindah ke tempat baru setelah ditawarkan jawatan yang lebih tinggi. Atas desakan kawan2 aku akur dan memohon jawatan tersebut dengan berat hati. Alhamdulillah, aku dipanggil temuduga dan berjaya. Berat hati nak meninggalkan IPSP.

Sepanjang 9 tahun itu, aku telah berkhidmat dengan 3 orang Ketua Jabatan yang amat berbeza karekter cara pentadbirannya. Sorang tegas, semua kerja nak cepat, teliti dan ditakuti oleh semua kakitangan. Sorang lagi kalut, semua kerja nak cepat last2 dia buat sendiri dan sorang lagi hampeh, buat kerja sorang2, taknak orang lain tahu, kemudian menyalahkan orang lain. Ape2 pon itu semua adalah pengalaman yang bernilai. Yang penting aku akan cube menyelesaikan tugas2 aku sesempurna yang mungkin dan mematuhi arahan yang dikeluarkan. Walaupun aku tahu, aku ade juga kadang kala melakukan kesilapan.

9 tahun bukan satu jangkamasa yang pandang. Kakitangan datang dan pergi dan aku merupakan salah seorang kakitangan senior di pejabat. Banyak pengalaman yang ditimba banyak cerita menjadi ingatan. Tidak dinafikan, kadang kala aku merasa bosan. Pernah terfikir beberapa kali untuk meminta agar ditukarkan. Dan kala itu juga aku turut berfikir perkara2 yang menghalang aku berbuat demikian.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

12 comments

  1. Assalamualaikum Afeezz

    tahniah
    moga selamat maju jaya dlm perkhidmatan

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. wsalam abg rozali : terima kasih.

    ReplyDelete
  3. salam

    abg afeez

    semoga terus maju jaya.. harus kuat ye

    ReplyDelete
  4. Salam Uncle,

    Happy Anniversary as a government staff..Kalau kahwin 9 tahun dah ada anak 3 dah hehe ooppss

    Btw, dimana bumi dipijak disitu langit kita junjung..dan ular menyusur akar tidak hilang bisanya ooppss aura BTN hehe

    ReplyDelete
  5. salam ziarah afeezz...mmg ya..kalau dah terlalu lama rasa bosan gak..nak gak ditukarkan ke lokasi lain..sabah sarawak ke? hehehehe..

    tapi tempat ko takde branches kan? just tukat unit je la kan...

    ReplyDelete
  6. wsalam azie : terima kasih. mmg kene kuat lebih2 lagi klu keje dengan boss skrg ni...

    wsalam syima : klu kawen bukan setakat 3 jer... silap2 9 org dah anak (setahun sorang... hahaha). amboi2.. macam nak memBTNkan org laen plak dia yer. bagus2 sekurang2nya terkesan gak lah BTN tu pada awak.

    ReplyDelete
  7. wsalam sahrom : UM mmg tak banyak branch. dulu ade gak terfikir nak mintak transfer ke kampus Nilam Puri Kelantan.. hehhe, alang2 mintak transfer... mintak yg jauh terus kan... hahahha

    ReplyDelete
  8. Salam tuan...syukran...seronok cerita. Simpan buat kenangan ya.

    ReplyDelete
  9. wsalam encik musafir : semua yang baek jadikan tauladan dan kenangan yang kurang baek jadikan sepadan...

    ReplyDelete
  10. Salam... awak di UM? Ade tak staff yg nama Iskandar Ahmad?

    ReplyDelete
  11. wsalam anonymous : klu ada pon saya tak kenal. maaf, UM tu besar, lebih 4000 orang kakitangan...

    ReplyDelete
  12. wah 9 thn.. tahniah2... semoga naik pangkat lalu bole belanja aku starbucks! yeeehaaa

    ReplyDelete