309 : Catatan Perjalanan - Melaka

Jalan-jalan hujung minggu kali ini telah membawa aku ke Tangkak dan Melaka. Tujuan utama aku ke selatan tanah air pada hujung minggu lepas adalah untuk memenuhi undangan perkahwinan adik kepada sahabat baik aku yang dilangsungkan pada 20 November 2010 yang lepas. Kemudian aku bercadang untuk sekadar bercuti dan berehat di Melaka pada hari berikutnya.

Aku pergi dengan seorang rakan dan telah bertolak dari Selayang lebih kurang pukul 10.30 pagi. Perjalanan kami bukan sahaja santai malah mematuhi peraturan halaju lebuh raya. Kalau halaju maksima 90km/j, maka aku akan drive selaju 90km/j sahaja. Lagi pun bukan nak mengejar ape2 pon kan, tak perlulah kite menyepeed. Perjalanan kami berhenti di dua hentian sahaja, pertama di Shell selepas Tol Sungai Besi, sekadar membeli jajan bekalan perjalanan dan kedua di Tol Tangkak untuk membuang air yang terlebih dalam badan. Kami tiba di tempat yang dituju dalam pukul 1.30 petang tanpa mengalami sebarang kesesatan.

Kehadiran kami disambut oleh sahabat baik aku tu dan kami terus dibawa untuk menjamu selera. Rasanya dah lama kami tak makan nasi pengantin, terasa sedap plak hidangan semalam, terutama ayam goreng nya. Simple tetapi tetap penyelerakan. Kami makan semua yang dihidangkan sambil bertanya kabar dan berbual kosong. Kami menunggu sehingga kehadiran mempelai lebih kurang pukul 2.00 lebih. Kedua mempelai begitu tampan dan cantik mengenakan baju berwarna putih dan hitam. Kami lepak2 di situ dan meminta diri lebih kurang pukul 3.30 petang.


Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati


Kami meneruskan perjalanan kami ke Bandar Melaka dan tiba lebih kurang pukul 5.00 petang. Kami meronda2 mencari kediaman memandangkan kami tidak membuat ape2 tempahan bilik. Kami menuju ke Bandar Hilir dan akhirnya kami berhenti di sebuah hotel bernama Hotel Tower. Nasib kami baik kerana kami berjaya mendapatkan bilik terakhir yang masih kosong dengan bayaran RM98. Lokasi hotel ini juga agak baik berhampiran dengan Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan Menara Taming Sari. Jadinya, nak cari tempat makan takde masalah di kawasan ni. Kami berehat sebentar dan keluar semula dalam pukul 6.00 petang. Tujuan utama kami adalah untuk menonton wayang filem Harry Potter and The Deathly Hollow Part 1. Dalam perjalanan keluar itu kami dapati ada pasar malam berhampiran hotel kami menginap. Jadi kami bercadang untuk membeli makan malam di pasar malam sahaja dan makan di bilik. Kemudian kami menyusuri Dataran Pahlawan itu menuju ke GSC dan kami bernasib baik mendapat tiket untuk waktu tontonan 6.40 petang. Tapi malangnya, filem kali ini agak hambar dan membosankan tidak seperti filem2 sebelum ini yang begitu teruja untuk ditonton. Kurang adegan aksi dan banyak membebel jer. Aku berikan 1.5 / 5 bintang untuk filem ini.


Berlatar belakangkan Menara Taming Sari


Sebahagian suasana Bandar Hilir di waktu petang dan malam

Filem ini tamat dalam pukul 9.00 malam dan kami berjalan2 pula di sekitar pasar malam atau lebih kelihatan macam uptown jer. Untuk dinner kami malam ni, kami telah membeli nasi lemak ayam dara goreng berempah, jagung cawan dan air kelapa. Makan di atas katil sahaja menandangkan tiada meja makan disediakan. Malam itu dihabiskan dengan menonton tv, layan cerekarama jer.


(1) Menu makan malam kami - Nasi lemak ayam dara goreng berempah
(2) Menu sarapan pagi - kek oren dan blueberry dan agar2 merah


21 November 2010, kami check out lebih kurang pukul 9.00 pagi untuk ronda2 bandar Melaka. Memula kami menuju ke tempat bangunan merah2 tuh, aper ke nama ntah, Stadhuys. Takde wat aper pon, sekadar berjalan2 melihat gelagat orang ramai. Kemudian kami mendaki Bukit St. Paul untuk melihat panorama Kota Melaka dari atas. Penat gak mendaki, dah le pagi itu sangat terik pancaran mataharinya. Kemudian dek kerana penat dan peluh mencurah2 membasahi badan, kami duduk pekena cendol di tebing Sungai Melaka di hadapan Stadhuys itu. Hilang dahaga dan peluh di badan.


(1) Permandangan popular negeri Melaka - Stadhuys
(2) Permandangan Menara Taming Sari dari Bukit St. Paul



(1) Runtuhan Gereja St. Paul dari bawah
(2) Melepaskan lelah sambil berposing istimewa depan kamera



Cendol yang paling popular di Melaka - Depan Stadhuys

Kemudian, kami telah menaiki Melaka River Cruise untuk menikmati permandangan Kota Melaka di pinggiran sungai pula. Bayaran RM10 dikenakan untuk seorang dan perjalanan pergi balik mengambil masa dalam 45 minit. Perjalanannya santai sahaja. Niat di hati selepas itu nak menaiki Menara Taming Sari, tetapi melihatkan queue amat lah panjang dan cuaca amat panas terik, kami batalkan niat kami itu. InsyaAllah, satu hari nnt akan kami naik juga Menara Taming Sari itu. Tidak tahan dengan cuaca, kami bercadang ke McD Dataran Pahlawan untuk makan tengahari kemudian meneruskan perjalanan pulang ke KL.




Permandangan dari Melaka River Cruise

Perjalanan balik juga santai ditemani terik mentari sepanjang perjalanan. Mata amat berat dan sepanjang perjalanan aku berdoa untuk keselamatan kami. Berhenti di sebuah hentian sebelah untuk berehat dan aku sempat melelapkan mata. Lebih kurang 1 jam berhenti di sana dan perjalanan diteruskan. Sampai di Selayang lebih kurang 4 petang.


Menu makan tengahari kami hari itu - McDonald's

Terasa sangat seronok walaupon badan terasa penat. Sedang merancang untuk Jalan-Jalan Hujung Minggu akan datang. Ke mana?


~Salam Sayang~

You Might Also Like

4 comments

  1. Cantik dah Melaka Maju nih.. lama tak gi Melaka. mesti bestkan jln2 makan anginbercuti2 nih.

    ReplyDelete
  2. sesuailah dengan namanya Melaka Negeri Maju 2010. Byk tempat menarik, yg bersejarah dan yg moden. klu jalan2 makan angin, pi mane2 pon best...

    ReplyDelete
  3. pasal masa ko g melaka mcm best jer.. aku g hampes... penat panas plus bosan... ceh... xpatut xpatut...

    wah sakan berjalan kan... aku g stakat ayer keruh je ari tu....

    ReplyDelete
  4. ed eron : masa aku pegi pon panas dan penat tp best. tu la ko ed, laen kali ajak2 le aku, mesti best... aku pon setakat bandar melaka jer..

    ReplyDelete