274 : Sepetang Di Alamanda

Ape aktiviti hari sabtu lepas? Duduk2 rumah jer bosan jugak di bulan Ramadhan ni. Bertambah lesu plak klu tak wat ape2. Nak tido, pening kepala asik tido jer. Nak masak untuk berbuka, tak pandai le plak. Kemudian, kawan call ajak berbuka bersama. Aku terus setuju tanpa berpikir panjang memandangkan mmg takde ape2 aktiviti yang telah terjadual hari sabtu tu.

Pukul 6.00 petang aku keluar, singgah di rumah kawan aku tu dan terus menuju ke Serdang. Dan menjadi tabiat agaknya kiteorg ni, bile keluar tak rancang langsung nak ke mana. Akhirnya kami ke Bazar Ramadhan Sri Serdang membeli sedikit juadah berbuka puasa. Untuk berbuka puasa petang itu kami hanya makan murtabak dan air buah sahaja di UPM. Kami lepak di tempat meletak kenderaan berhampiran UPM-MTDC Server Farm dan berbuka puasa ala2 piknik gitu, siap bawak tikar lagi. Cume kami jer yg ade di situ ketika itu, keadaan pun tenang aman dan damai.

Selepas menunaikan kewajiban masing2 kami menuju ke Alamanda untuk makan. Kami makan western style malam itu. Kemudian kami decided untuk menonton wayang. Hehehe... menonton wayang?? Cerita aper yang ditonton hari itu?


The Last Airbender

Alamak... Pengarah dia M. Night Shyamalan lah. Klu cerita arahan dia ni berat sikit, kene berfikir sambil menonton. Klu tak mungkin tak faham cerita dia. Tp aku boleh dikatakan suka gak cerita2 arahan M. Night Shyamalan ni macam cerita The Sixth Sense, The Sign, The Village, Lady In The Water, The Happening sekadar menyebutkan beberapa filem arahan beliau.

The Last Airbender diadaptasi dari cerita kartun Avatar : The Legend of Aang (agaknya lah) mengisahkan bagaimana Aang yang dilahirkan dikalangan Airbender tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau adalah sorang Avatar, seorang yang akan menyatukan suku2 bumi dan menghubungkan dunia nyata dan dunia spiritual. Di bumi terdapat puak2 yang dapat menguasai element2 alam iaitu angin, air, tanah dan api. Dalam masa yang sama puak api cube untuk menguasai bumi dengan menyerang kota2 kecil dalam masa yang sama menghapuskan bender2 lain. Dalam masa yang sama cube mencari waris avatar dan menghapuskannya. Kemuncak cerita ini menyaksikan puak api menyerang kubu kuat puak air untuk membunuh roh bulan yang menjadi sumber kekuatan puak air. Dapatkan Aang membantu puak air untuk menumpaskan puak api? Saksikan di pawagam2 berhampiran anda.

Hahaha... Rasanya macam tak best plak ringkasan cerita aku ni. Takpe... saksikan lah sendiri baru korang tau camner ceritanya. Bagi aku cite ni best... Suka binatang besar yang bole terbang tu... So cute....


~Salam Sayang~

You Might Also Like

7 comments

  1. salam afeez,

    ermm, g tengok wayang ye

    ReplyDelete
  2. Salam Afeezz,

    Bulan pose pun tengok wayang gak ker? :)

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan afeezz..tempat yang hang lepak tue adalah tempat aku lepak maser zmn kampus dulu..mmg sunyi tempat tue..tp, klu hang gi bukit ekspo lagi sunyi tau huhuhuh...byk kenangan aku kat citu afeezz..klu nak di story mory, leh buat novel huhuhuhuh...
    p/s: ape citer sahabat kita madeyz???..dgr kata tangan dia terkena something..kne jumpe tok moh tue huhuhuh

    ReplyDelete
  4. wsalam AZ : ye.. pi tgk wayang. lagi mau tanya ker?

    wsalam tikah : ye.. pi tgk wayang. jgn jadikan puasa sebagai alasan takleh gi tgk wayang... hehehe

    ReplyDelete
  5. wsalam sahrom : kat bukit ekspo tu bole ehem2 ker? next time aku pi.. hahaha. tp lepas raya lah, bulan2 pose camni kene cuti sebulan...

    entah ler. si madey tu takde cite aper pon. dgr2 macam kene comething camtu lah...

    ReplyDelete
  6. salam..

    hmm..patut nmpk cam afeez jer tgh beli pop corn,,kt Alamanda tu,,aiik camner leh nmpk cm tgk wayang gak ker,,,takkkk arr cm pi semejit,,

    ReplyDelete
  7. salam CM : patut le terasa macam ade sepasang mata memerhatikan sy tempoh hati. kak mas rupenye. awat tak pow cheq pop corn??

    ReplyDelete