270 : Berita Kematian
Apa lagi yang boleh diperkatakan setelah menerima berita pemergian seorang insan kembali kepada Penciptanya. Banyak berita kematian aku terima kebelakangan ni sehinggakan kadang2 aku berasa takut. Takut kerana amalku belum cukup sebagai bekalan ke kubur nanti.
Berita kematian pertama aku terima pada 30 Julai lalu bila seorang pelajar UM dikatakan telah terjatuh dari tingkat 5 hanya beberapa langkah dari pejabat aku. Walaupun aku tidak menyaksikan saat2 hembusan nafas terakhir allahyarham tetapi aku tetap berasa sedih dan sebak dihati. Aku hanya dapat melihat sekujur tubuh yang telah ditutup dan aliran darah yang banyak di longkang berhampiran.
Berita kematian kedua aku terima dari sahabat Syima tentang berita pemergian sahabat beliau akibat kemalangan jalan raya. Walaupon aku tidak mengenal beliau, tetapi titipan luahan rasa Syima dalam blog beliau membuatkan aku sebak. Aku turut menumpang sedih membaca coretan2 itu.
Kemudian aku menerima berita kematian Tok Long aku sendiri pada hari Jumaat, 6 Ogos yang lepas dan menyebabkan aku bersama ayah dan ibu bergegas pulang ke Johor pada petang Jumaat itu juga. Setibanya kami, jenazah telah pon disemadikan dan talkin dibacakan selepas itu. Allahyarham telah lama sakit dan ayah dan ibu sempat menziarahi allahyarham di Hospital Sungai Buloh seminggu sebelum allahyarham meninggal dunia.
Semalam, Ahad 8 Ogos, dalam perjalanan pulang dari Sungai Tua, aku telah melewati satu kemalangan di antara sebuah motor berkuasa tinggi dengan sebuah kereta. Penunggang motorsikal itu terbunuh di tempat kejadian dan ketika itu mayat hanya ditutup dengan suratkhabar. Sepanjang perjalanan aku berdoa agar perjalanan aku selamat dan dilindungi Allah. Minta dijauhkan dari kejadian2 seumpama itu kepada aku, ahli keluargaku dan mereka yang aku sayang.
Hari ini, seorang kakitangan aku menelefon. Meminta izin untuk pulang awal kerana datuknya telah meninggal dunia. Aku mengizinkan tanpa banyak bicara..
Al-Fatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita. Semoga mereka berada dikalangan mereka yang diredhai Allah s.w.t. Amin...
~Salam Sayang~
5 comments
Salam Afeezz,
ReplyDeleteAl-fatihah utk arwah Tok Long awak. Smg roh arwah dirahmati dan ditempatkan bsama org yg beriman.
Lately ini, sy jua sering dikejutkan dgn berita kematian spt awak dan yg lbh mnyedihkan pastinya dgn kehilangan sahabat sy. Namun, kita yg hidup perlu meneruskan hidup ini dan mpersiapkan diri kerana bila2 masa kita akan dijemputNya.
Salam Ramadhan dan ampuni salah silap sy.
P/s: sekadar bkongsi benda yg baru sy tahu, cara kita mati itu penyebab, utk mngelakkan mati di dlm kecelekaan kemalangan atau mengejut, perbanyakkan bersedekah..wallahualam..
wsalam syima : terima kasih, semua mereka semua ditempatkan disisiNya. Thanks for sharing, sharing is caring...
ReplyDeletesalam afeezz..semoga awak dan keluarga dilimpahi rahmat dr Ilahi dan dijauhkan dr segala bala bencana..selamat menymbut ramdhan erk....
ReplyDeleteSalam dekk afezz..
ReplyDeleteYa hari tu berita kematian ari blog syima, hari ni dari blog mu..juga cerita detik kematian bagi umat islam..dalam n3 hj arshad...
Rasa insaf bila tau tentang berita kematian..apatah lagi kala usia makin meningkat...
Jom kita tingkatkan iman dan takwa kita padaNya..mudah-mudahan kita berjaya didunia dan akhirat...terlalu banyak yang belum sempurnakan tanggungjawab kita dalam hidup sebagai umat islam dekkk...sama2 kita perbaiki diri kita..moga Allah beri petunjuk..dan hidayahnya berterusan..pada kita..
wsalam sahrom : InsyaAllah, untuk awak dah keluarga juga. Salam Ramadhan...
ReplyDeletewsalam kak shami : semoga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang mendapat rahmat Allah swt. Salam Ramadhan