202 : Catatan Perjalanan - Satu Perjalanan Yang Tidak Dirancang

Sesuatu yang tidak dirancang. Bermula daripada proses pow mengepow dan ia berakhir di Cyberjaya. Tidak ada dalam perancangan untuk ke Cyberjaya. Mengikut perancangan awalnya hanya hendak bersarapan pagi bersama di Pasar Tani Shah Alam.

Seperti yang dijanjikan, aku sampai di Batu Tiga, Shah Alam tepat pada masanya malah lebih awal daripada yang dijanjikan. Mungkin kerana tiada kesesakan lalu lintas menjadi faktor keawalan aku tuh. Aku terpaksa menunggu rakan2 laen, Hanis dan Syima. Pukul 10.30 pagi kami dah berada di tapak Pasar Tani Shah Alam tuh. Rasanya dan lama gila aku tak pergi sini, masa aku pergi dulu takde lah sehebat ini. Kami tak berjalan sangat, sekadar berlegar2 di tempat yang menjual pelbagai jenis makanan, memang niat suci kami yg utama adalah untuk makan di situ. Lagipon cuaca amat panas pada pagi itu, dah bermandi peluh dah, hilang bau Escada yang disembur pagi tadi, membantut kan niat suci kami untuk meronda lebih lama.


Kambing Golek

Setelah memilih juadah yang hendak di makan, kami memilih port yg sesuwai untuk melantak makan. Juadah kami amat mewah pagi tu, meatball soup noodle (speaking london ko..), ayam golek dan murtabak. Itu tak masuk lagi pelbagai jenis kuih yang telah dibeli. Memang kenyang gila lah, terima kasih kepada Cik Hanis.

Selesai menjamu selera, kami bertiga menuju pulak ke KLIA. Tiada dalam perancangan hari ini untuk ke KLIA, tetapi memandangkan ade seorang rakan blogger, iaitu CikLie akan kembali ke Mekah setelah sekian lama bercuti di tanah air, maka kami bersetuju untuk menghantar beliau di KLIA. Segan rasanya nak berjumpa dengan CikLie tu sebenarnya, tak sedarjat, kerdil rasanya saya. Walau bagaimanapun, beliau memang seperti aper yg diceritakan oleh orang laen. Di KLIA itu juga, untuk pertama kalinya aku bertemu muka dengan Mama Shidah. Lembut orang dan tutur katanya. Ada ciri2 mama pujaan ramai ni (hahah... sorry mama, sekadar memuji jer). Dan di KLIA tu juga lah buat pertama kalinya aku mengenai kekandaku Cikgu Mas. Funny orangnya tapi lembut tutur katanya. Nampaknya memang ada rahmat disebalik perjumpaan kecil kita di Pasar Tani Shah Alam tuh. Perjumpaan ringkas yang membawa kepada perkenalan aku dengan manusia2 bernama CikLie, Mama Shidah dan Cikgu Mas (tak bestlah panggil cikgu, nak panggil Kak Mas).


KLIA

Setelah CikLie masuk ke balai berlepas, kami pon beredar ke haluan masing2. Sebaliknya kami akan meneruskan perjalanan kami ke Cyberjaya untuk makan tengahari pula bersama Kak Mas dan anak2nya dan Kak Mas akan membawa kami ke sebuah tempat yang special (bukan speSial). Kami follow MAS7552 ke Cyberjaya. Berhenti sebentar di R&R Dengkil untuk solat Zuhur sebelum meneruskan perjalanan. Pemimpin perjalanan bersilih ganti dari MAS7552 ke WTG996 kemudian dari WTG996 ke MAS7552 beberapa kali sebelum kami tiba ke destinasi yang dituju.


Cyberjaya. GPRS takleh cari signal setelit kat sini.
Intelligent ke city ni?

Kami telah menjamu selera di sebuah restoran arab, Al-Barakah yang menghidangkan menu2 negara2 Arab. Ini adalah kali pertama aku menjamu selera di sebuah restoran arab dan makanan dia pon bole tahan sedap nye. Antara menu yang menjadi pilihan kami adalah Chicken Kabshah, Chicken Mandy, Boneless Chicken dan Chicken aper ntah namanya yg anak Kak Mas makan tuh. Boleh tahan walaupon harganya agak mahal. Ape2 pun Kak Mas ngan Hanis yang belanja... Hahaha... Terima kasih Kak Mas dan Hanis.

Perjalanan kami berakhir di situ. Kami pulang membawa ke haluan masing.


Salam Sayang ...

You Might Also Like

20 comments

  1. Salam Zzeefa Laffa (berbelit nyebut hikhik)

    Sbg seorang cikgu BM, sy bagi markah 80% dgn karangan anda hikhik

    Sbg seorang cikgu memandu, sy bagi markah 85% kerana memandu secara berhemah sehinggakan terjadinya perkara2 yang tak diingini di Tol Gate Parking Kereta KLIA hihi

    Sbg seorang kawan, thumbs up sebab dengan rela hati menerima untuk disusahkan oleh sy & hanis hehe..

    ReplyDelete
  2. wsalam cik syima : eh... jgnlah guna zzeefa laffa tu kat sini, tu untuk FB jer... hahahah

    kejadian kat parking lot KLIA tu tak disengajakan. sib baek tak menyebabkan kesesakan.. hahah

    takpe syima, next time, kite menyusahkan orang laen plak...

    ReplyDelete
  3. salam

    tak mahallah dik makan kat situ...

    aaahlah shima,bagus betul karangan dia,plot teratur,takda ayat tergantung...


    masa kt parking KLIA tu k.mas berdebar gak,ingat coin dah hilang!!betul afeez memandu berhemah sungguh..

    ReplyDelete
  4. salam adikku Afeezz...

    "Zzeefa Laffa" hanya boleh digunakan FB je ka?? alahai akak tak dibenarkan join FB , tau naper ??? he he he alamat pc ni jadi hak milik mutlak akak sorang ler . seb baik dpt gak berblog , tp akak duduk dpn pc berpada2 la .

    seronok kan dpt antar CL smpai ke balai berlepas , akak tak bpeluang ksana smalam coz cik abg keje.

    apa citer 'terjadinya perkara2 yang tak diingini di Tol Gate Parking Kereta KLIA ' Hanis n kak sidah tak citer pun .

    wooooo dah antar sahabat balik ke arab jadi kena makan kat restoran arab gak ler ek .
    betul ke makanan kat restoran arab tu sedap sangat , akak baru dgr juga dr jiran , anak dia belajar kat Cyberjaya .

    ReplyDelete
  5. wsalam kak mas : sy maen ikut rasa jer menulis karangan tu, bukan bombastik pon ayat2nya... semuanya dari hati.. hahaha. Kak mas dah tau ke cite kat parking lot KLIA tu? klu dah tau takyah cite lah... hahaha...

    wsalam kanda ummi : kak... takde aper yg terjadi kat parking lot tuh. cume, coin parking tu terjatuh pastu terus masuk bawah kerusi. terpaksa berenti sebelah, jolok punye jolok tak dapat gak, sib baek ade member yg tangan kecik, bole masuk bawah kerusi tuh..

    ReplyDelete
  6. salam,

    auuuuuuu...malunye i....ade orang kate tangan i kecik....hahaha.. kak ummi...hanis rasakan coin tu terjatuh ke bawah kerusi sbb hatinya berderau bila terpandang mata org di sit belakang dok pandang sambil tersenyum ke dia...waaaa... pandai lak chek meneka naaa...sorrrryyyy cik abang....

    anyway thanks sbb sudi menjadi drive kami tuk semlm...jgn serik keluar ngan kami lg naaa...

    ReplyDelete
  7. wsalam anis : amboi2 cerito ekau. den sebonarnyo terkojut pasal driver kereto bolakang tu maen2 lampu.. terganggu sekojap den maso tuh, tu pasai lor terjatoh koin den bawah kerusi..

    ReplyDelete
  8. dalam kepeningan, akak nak komen jegak....alhamdulillah kalau pertemuan dan perjalanan membuahkan hasil yang diimpi-impikan..hmmmm....

    Orang tua-tua kata, kalau nak berkenalan dengan akrab, memang kena bawak berjalan, baru faham hati budi...kira ke KLIA tu ada juga 60Km...hampir juga 2 marhalah kalau dikira dari selayang....so...kira lulus lah tu...(sambil pegang dagu...)

    ReplyDelete
  9. oooo...baru akak tahu siapa gadis ayu berpurdah tu...boleh kenen kat noor untuk jadik the next DIL (read as: SIL)...

    ReplyDelete
  10. salam kanda nija : aper yg lulus tuh (smbl menggaru kepala yg tak gatal)

    wah3.. akak dah kenal ker gadis tu? sy sendiri pon tak kenal lagi.. hahah

    ReplyDelete
  11. salam afeez..

    Jutaan terimaksih kerna sudi datang ke KLIA semaalam..moga allah swt memberkati dan merahmati adik jua doa dari CL

    waslam

    ReplyDelete
  12. Salam Afeez,

    semoga berpanjangan adanya. AZ tumpang gumbira

    ReplyDelete
  13. Anakanda...

    Baguslah..moga persahabatan terus terjalin.Wah minggu depan ni nak cubalah nasi Arab kat situ...!

    ReplyDelete
  14. wsalam kanda CL : terima kasih pada hanis pasal ajak sy semalam, klu tak mungkin tak berjumpa lagi kite.

    wsalam ayahanda zain : aper yg panjang tu AZ? ehem3...

    salam mama : kite nak pekene nasi arab kat maner? jum2...

    ReplyDelete
  15. Salam Afeezz...

    Ingatkan hang yang belanja... ropenya kak mas... bila lak hang nak belanja nie?

    ReplyDelete
  16. wsalam cik tikah : bile sy nak belanja? tunggu sy offer dulu... hahah

    ReplyDelete
  17. Salam Afeez,

    Baru pertama kali jumpa dah macam lama kan ..tu la dia istimewanya perkenalan diPDKM ni, merapatkan silaturahim..puji mama yer afeez..tk

    Meh ajak hanis, shima, CM makan kat ampang pulak

    ReplyDelete
  18. wsalam mama shidah : hanis, shima, kak mas... mama ajak makan tu, jom3... kite pow mama...

    ReplyDelete
  19. Afeezz...kkdg dlm hidup kita tidak pernah merancang sesuatu tapi ianya dtg dgn tak di duga. Namun, jika kita amati segalanya sedalam-dalamnya, semua adalah dlm perancanganNya. Saya teruja baca n3 ni...mcm n3 khas, saya setuju dgn Syima dan CM...kalau saya jd cikgu, saya bagi 90%

    Suddenly i'm seeing a new u Zzeefa.

    ReplyDelete
  20. salam bro imram : apalah erti hidup klu semuanya telah dirancang dan semuanya mesti ikut perancangan yg dibuat untuk kite?

    sy masa SPM dulu BM dapat 4 jer...

    ReplyDelete