208 : Pejabatku
Pejabat ku, rumah ku... eh.. tidak2... pejabat adalah pejabat dan rumah adalah rumah. Aku tak membawa kerja pejabat balik ke rumah dan aku tidak membawa masalah rumah ke pejabat. Aku hanya membawa makanan saja dari rumah ke pejabat. Aku rasa tugas2 pejabat perlu dihabiskan di pejabat dan bukan di rumah. Kalau tak dapat disiapkan di pejabat, kite boleh sambung esok. Ada orang berkata, kerja2 di pejabat tidak akan habis. Aku setuju bebenor dengan pendapat ni, oleh itu, cukup time, balik jer dan sambunglah kerja itu esok.
Gambar sumbangan Ceriakan Hari-Harimu
Ni meja kerja aku. Aku menghabiskan masa selama 9 jam sehari di sini bermula pukul 8.30 pagi hingga ke pukul 5.30 petang. Kalau tak silap aku, sudah 5 tahun meja ini menjadi teman setia aku di pejabat. Pelbagai suka dan duka kehidupan telah kami lalui bersama, dan meja ini tetap bersama aku.
Kemas kan meja aku.. Aku tak suka meja yang bersepah2, serabut kepala dan hotak aku klu meja aku bersepah2. Tapi kalau ade kerja yang sedang aku lakukan, off koz lah meja ini akan bersepah2 dengan fail, kertas dan sebagainya. Walau bagaimanapun aku akan menyusun sekemas yang mungkin sebelum tamat waktu pejabat, supaya bila aku datang semua keesokan harinya, aku akan senang hati melihat keadaan yang kemas itu.
Aku tak suka kalau ade orang letak benda2 yang tak sepatutnya di meja aku. Kalau ada, aku akan terus buang benda tu ke dalam bakul sampah. Pedulik aper aku sama ada benda tu penting atau tidak. Bila aku tengok bukan milik aku, ke bakul sampah lah jawabnye.
Aku juga amat tak gemar klu ada orang mengambil barang aku dan tidak meletakkan kembali ke tempat asalnya. Klu ini berlaku selalunya aku akan sound terus "Wei... ko amik kat mana tadi?" Disertakan dengan muka marah dan jari menuding ke objek yang dipinjam tadi.
Bagi aku meja kerja mesti kemas dan teratur kerana kita akan duduk di situ selama 8 hingga 9 jam sehari. Tak sanggup aku nak duduk dalam keadaan yang serba kekalutan, lama2 aku pon bole jadi kalut.
Salam Sayang ...
14 comments
Salam En Afeezz,
ReplyDeleteBetul, sy pun tak suka workstation sy bersepah2 tp time keje mmg le semak sket dgn fail dsbnya.
Bila nak balik sy pastikan ianya tersusun semula..bg sy walau kerja or dokumen byk macamana sekalipun, kekemasan mmg sy utamakan.
Dulu di opis sblmnya, ada org fikir sy takde keje padahal punyalah melambak, sbb diorang tgk meja sy clear hehe.
Tp kalo ada org tinggal brg dimeja sy, sy tanya dulu siapa punya tak terus buang..hehe
salam
ReplyDeleteafeez pinjam gunting!!!!
fuuuh ingat kalau tak letak tempat dia balik afeez mengamuk,weiii takut yer..
Afeez deretan tupperware berwarna warni tu,hang beli dgn shima yer.?
salam Afeez,
ReplyDeleteBersih,kemas... memerlukan displin diri! Afeez seorang yg berdisiplin tinggi! Bravo...,mama kagum arr.
Salam..
ReplyDeleteMacam mana muka grang hang ya?
wsalam cik syima : meja sy pon sentiasa clear, mesti org igt sy takde keje. Tp mmg betul pon sy takde keje. tugas saya ni bermusim, kenkadang teramatlah bz smpi semua org sy tak tegor. kenkadang terlalu tidak bz smpi terpikir nak belajar mengait, ade gak aktiviti klu time takde keje ni. ade sekali tu, staf sy cakap kat sy, 'memula dulu sy igt en apiz ni takde keje pasal sy tgk asik maen internet jer, tp sekarang sy dah tau, aper tugas en. apiz sebenarnya'
ReplyDeletewsalam mummy mas : klu pinjam gunting tak letak tempat dia balik, saya gunting2 tudung org tu nnt, klu laki, sy gunting2 baju depa.... kak mas, tupperware tu mmg berjenama tupperware tau, sy beli dr sorang staf kat sini... 50% diskaun
wsalam mama zainab : mungkin dah ada dalam diri, mungkin dah dididik dari kecil... tak suka tgk bende bersepah2. klu belum mahu nak mengemas lagi, letak lah bende2 kat satu tempat, asalkan jgn bersepah...
ReplyDeletewsalam cik tikah : muka garang macam dalam gambar nak makan kek tu... garang tak?
Salam anakanda afeez,
ReplyDeletemeja hang memang bersih lah berkat guna 5S kan?
Orang tak berani letak barang depa kat meja hang takut nak ke tong sampah. Bagus tuh.
Tapi kesihan la kalau betul2 member tu terlupa, kesihan juga tuh
Salam anakanda,
ReplyDeleteKira lelaki idaman Malayalah tu..
wsalam ayahanda zain : eh... yg mengamalkan 5S tu si syima, tp kan 5S tu boleh gak dipraktikkan di mana2, bende yg baek boleh diikuti... AZ.. buang jer.. No Mercy!!! wakakaka!!!!
ReplyDeletewsalam mama ju : nama jer Jejaka Idaman Malaya... tp takde saper nak kat kite... :(
"Aku juga amat tak gemar klu ada orang mengambil barang aku dan tidak meletakkan kembali ke tempat asalnya"
ReplyDeleteYng ni mmg sama dgn aku..
pantang sungguh aku..
salam che pit : hahaha... same plak kite... tp ko ade buang tak bende2 yg ditinggalkan kat meja ko?
ReplyDeleteSalam Afeezz,,,
ReplyDeletekalau garang cam muka makan kek tu.. cheq tak takut... tak nmpak garang sgt pun... hehehe
salam afeezz,
ReplyDeleteopsss.. penoreh getah tak ada meja arr.. cam ner?? he he
psstt.. sedang mengajar afezz yang kat umah nie cara2 mengemas.. besar nanti bleh ikut mcm afeezz encem.. 'jejaka idaman malaya' sehh
wsalam cik tikah : macam tu lah muka garang cheq... takleh dah nak buat lagi garang... hahaha
ReplyDeletewsalam kanda noor : kak noor jgn risau, meja makan rumah kak noor kan ade... jadi lah tu, meja gak... psssttttt.. kat umah kak noor ade apez gak ker?