Posting No. 178 : Peperiksaan

Setelah membaca entry kekanda Mas yang ku sayangi itu, timbul plak idea aku nak menceritakan cerita2 berkisar peperiksaan yang pernah aku tempuhi. Aku ni tidak boleh lah nak dianggap sebagai seorang pelajar yang cerdik pandai, cume di tahap sederhana sahaja. Tapi aku bersyukur, aku berpeluang menikmati alam persekolahan dari darjah satu hingga ke menara gading. Aku malas, cukup malas kalau nak disuruh mengulangkaji pelajaran. Aku akui perkara itu. Sehingga semasa keputusan SRP keluar, mak dan ayah aku langsung tak menaruh harapan tinggi kepada aku. Bila aku suruh mereka teka aku dapat berapa untuk SRP, dengan confident nyer mereka menjawab, 'FAIL'. Kecik hati aku... Tapi aku memberi tamparan hebat pada mereka (bukan berlaku derhaka tau), aku memperolehi 13 aggreget. Cukup untuk mengembangkan hidung ku. Dan pada malam itu jugalah, mak ngan ayah aku keluar membelikan baju sekolah aku. Hik..hik..hik..

Aku tak mendapat keputusan yang baik untuk SPM, tapi aku bersyukur aku lulus semua kertas yang aku duduki. Aku mendapat 29 aggreget dan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara Cawangan Perlis dan bidang pengajian Diploma Pengajian Bank.

Berada di ITM satu kehidupan baru pada aku. Bagi kali pertamanya aku berpisah dan tinggal berjauhan dari keluarga. Alhamdulillah, aku dapat menyesuaikan diri tanpa mengalami sebarang kejutan budaya atau chronic home sick. Aku berjaya menamatkan pengajian aku dalam tempoh yang ditetapkan dengan memperolehi CGPA 3.05.

Ada beberapa pengalaman yang tak dapat aku lupakan semasa masa2 peperiksaan ini. Masa di semester 2, tatkala semua orang dah balik kampung masing2, kami yang masih ada 2 paper yg perlu diambil. Kolej sudah kosong, tinggal kami yang masih tekun duduk di meja memerah otak. Sunyi jer rasa masa tuh.

Akan tetapi pengalaman yang tak dapat aku lupakan adalah semasa peperiksaan semester 4. Aku masih ada 3 paper, yang akan diambil dalam masa 2 hari. Aku cukup tak gemar kalau ade 2 paper dalam masa satu hari. First paper tuh, Malaysia Economy, aku dah mula kesejukan, badan dah mula menggigil, tapi aku gagahkan jua menjawab soalan2 yang diberikan pasal aku dah prepare untuk paper ni. Aku duduk sehingga tamat masa. Balik ke bilik aku dah tak boleh buat ape2. Petang nanti ade lagi satu paper. Pukul 2 aku pergi untuk exam paper Investment Management. Bukak jer kertas soalan, aku jadi blank. Berpinar2 mata aku melihat soalan2 yang seolah2 menari di depan aku. Aku takleh buat aper2 dah. Aku cume jawab soalan2 teori jer, soalan pengiraan semua aku terkandas di tengah jalan. Aku hint member aku sebelah kiri, dia kasi aku tengok paper dia, tapi aku tak paham aper yg dia tulis. Aku hint plak member aku belah kanan, dia tunjuk aku formula. Tiba2 keadaan menjadi cemas... salah seorang penjaga peperiksaan tu ternampak kami sedang berhubung. Aku menjadi kalut. Penjaga itu berjalan ke arah kami. Aku semakin cemas. dan akhirnya... penjaga itu berdiri dibelakang kami, hanya berdiri. Fuhh... aku berasa lega, kalau kantoi, mau aku kene buang dari ITM. Aku rasa dia memang nampak aper yg kami buat, tapi untuk mengelakkan perkara itu berlanjutan, dia hanya berdiri di belakang kami. Terima kasih kepada penjaga tu kerana tidak mengambil ape2 tindakan ke atas kami. Petang itu aku hanya menghabiskan masa menongkat dagu dan menekup muka ke meja. Aku memang tak boleh buat... Malam itu aku tidur, tanpa mengulangkaji untuk paper esok pagi. Roomate aku yg bersimpati dengan aku meminjamkan aku selimut dia dan dia juga telah membelikan aku air teh panas, kuih pau dan panandol. Lega sikit aku malam tu, tapi nak study memang tak larat. Esok paginya aku menduduki paper Fundamental of Insurance, subjek yang aku sepatah haram pon tak paham aper yg lecturer tu ajar. Jawab pon maen belasah jer. Tapi, syukur alhamdulillah, ketiga2 paper tu aku lulus walaupon dengan tidak jayanya. Untuk paper Malaysia Economy aku dapat 'B', Investment Management dan Fundamental of Insurance kedua2 mendapat 'C+'. Untuk semester tu, GPA aku 3.03.

Semasa semester 6, selalunya kalau diikutkan semester2 sebelumnya, killer paper DIB, Financial Analysis (FA) merupakan paper pertama, tapi masa time aku, killer paper tu last paper plak. Mmg le kene struggle lebih sebab taknak kene extend semester. Yang best nyer, ni semester terakhir, lepas habis jer paper FA tu, ados.. bebas sebebas bebasnya. Dan macam biasa kami akan mengikut tradisi budak2 DIB sebelum ni, stay kat ITM smpi hari terakhir. Masa zaman aku, kami hanya stay selama 4 hari, kemudian kami beramai2 balik ke kampung. Sedey masa tu nak meninggalkan ITM Di Hatiku. Untuk semester akhir tu, aku mendapat GPA 3.19. Killer paper tu aku dapat 'C+'.

Itu lah pengalaman aku masa peperiksaan dan keputusan2 yang aku dapat. Dah tak malu nak bagitau semua orang, bende ni dah lama berlalu, hanya nak berkongsi pengalaman jer, bukan nak eksyen kite ni pandai (dapat C+ tu pandai ker? hihih...).


Salam Sayang ...

You Might Also Like

13 comments

  1. Tahniah jugak berjaya grad dlm ms ditetapkan..
    Semua tue laa benda yg 'best' nak ingatkan..hehe
    Sy pun takde laa scorer mana dulu..
    Selalunya paper yg sy tak minat laa..
    Tp alhamdulillah..
    Kalau dapat A je suma tak lawo plak slip tue ngeh3 sekali sekala nak gak B ke C+ ke hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam dek afeez..

    Jujur berceriter adek akak ni...tahniah..
    Ilmu penting untuk suatu kehidupan
    Kehidupan juga mematangkan fikiran
    Fikiran juga membuat kita kenal erti tindakan.... kesabaran
    Kebenaran dan juga kesilapan
    Fikiran adalah anugerah akal pemberian istimewa dari Tuhan...
    Insyallah dek..moga berjaya dalam kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  3. Tang ni akak paling sukak kt ko dik..ko lelaki jujur,best betul baca cerita ni,langsung langsung tak de unsur mem bangga diri,ko menulis ikut apa ko rasa dan otak ko,

    semua yg adinda afeez lalui tu realiti,ada masa kita mmg blank dan blur...paper yg kita rasa kantoi mantaoi sebenarnya yg bagus,,,

    ReplyDelete
  4. salam sahabatku sinomosa : sy pon bukan scorer pon, tp alhamdulillah tak pernah pon kantoi paper. sepanjang sy belajar tu, tak pernah pon dapat A+, paling tinggi pon A jer, pastu paling corot C- (sib baek tak fail)

    Salam kekanda shami2 : betul kak, ape pon ilmu yang paling penting. semoga kite sama2 berjaya dalam aper jua yang kita lakukan

    Salam kekanda mas : nak bangga aper nyer kak, org laen ade yg lagi pandai dan bagus dari kite. tu cerita saya, cerita org laen mesti berlainan, tak sama ngan cerita kita. lupe plak nak cerita, yg saya pernah tulis surat cinta pd lecturer kat kertas jawapan exam pasal takleh wat paper tu. hihih... paper tu dpt C (C- kalu, kantoi.. kene repeat)

    ReplyDelete
  5. Salam dek...

    Ko ni memang ler mengeluarkan nostalgia akak lar..
    Ader ko tulis surat cinta ...pulak kat lecturer tuh..

    Tapi dek..akak pun ada pengalaman gak...paper law...kan ker cara jawap dia..kena masukkan kes contoh..akak terlupa sesangat..masa tu mengandung ler katakan..lecturer ala2 mat belia lembut gitu..akak tulis nota kat bawah minta maaf sya terlupa contoh kes ...hehe dpt A- alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. salam kekanda shami2 : hahaha... sy pon ade amik paper law gak. mmg sakit lah nak kene igt macam2. tp lecturer sy ok gak.. dia kata kalau tak igt fakta kes, tulis nama kes jer dia bole bg markah. tp masa final exam... rasa macam nak tercabut tangan menulis, bayangkan ler.. 3 jam menulis jawapan... kebas habis jari kelengkeng...

    ReplyDelete
  7. SAlam Apeezzz...

    Cheq pun pernah alaminya... totally blank masa exam... gara2 study last minit paper nie coz tak berapa minat ngan subjek tu... sem akhir pulak tu.... hanya menjawab soalan dalam masa setengah jam jer... pas tu kuar dewan... abis exam, jumpa pensyarah... apa lagi merayu ler... nasib baik projek paper dpt markah tinggi... dpt ler membantu... tp markahnya tak ler secantik A dan B... He... he...

    ReplyDelete
  8. salam sahabatku tikah : dulu sanggup wat aper sajer nak dapat lulus exam.. takmo lah repeat2 ni kan..

    ReplyDelete
  9. Salam Afeez,

    ayahanda ketinggalan. hari ini bz giler la, x sempat nak masuk blog.

    satu pengalam az ialah semasa spm, semasa kertas sains, az memnag tak retilah bab sains ini kalau signature itu no hal. perkara sebiji berlaku ngan afeez tu,......... malu la pulak nak citer. akhirnya az dapat F9 dalam sains. tapi dapat gak masuk form six then masuk u.

    ReplyDelete
  10. salam,
    aku tak nak share sbb nanti CM kata aku riak takbur sombong dgn bongkak lak, hahaha..

    Law? uiks, feveret aku tu.. so no wonder lah skrg aku pun keje kat pusat undang2 walaupun aku budak bisnes, haha..

    ReplyDelete
  11. salam sahabatku che pit : klu budak2 scorer cam ko tu mmg le org anggap macam riak, pasal markah ko asik2 A, tak pon A+. aku ni laen ler... melambak dpt C jer.. hahaha.. tp itu semua kisah lame le che pit, dah bertahun2 kite tinggalkan. budak2 skrg lagi pandai...

    wow che pit.. minat law ker? law susah ler, byk sgt fakta kene igt.. kes2 lagi... carlille vs. carbollic smokeball <-- ade igt kes ni?

    ReplyDelete
  12. mesti le ingat.. dulu masa kat u, geng2 junior aku buat band nama carbolic smokeball untuk masuk pertandingan glitters kat u aku.. diorg menang, haha.. bangga aku..

    ReplyDelete
  13. salam sahabatku che pit : wah3.. hebat betul penangan carbolic smokeball tu, smpi jd nama band. tp aku tak igt fakta kes dia...

    ReplyDelete