Posting No. 157 : Selamat Hari Raya
Aidilfitri Pertama
Seawal pukul 7.30 pagi, aku dah bangkit tido. Bersiap2 untuk pergi solat sunat Aidilfitri. Aku mengenakan baju melayu berwarna ungu digandingkan dengan sampin songket jalur ungu dan kuning. Tidak lupa songkok di kepala. Aku berjalan kaki ke surau berhampiran, dari jauh kedengaran orang bertakbir. Madrasah Al-Hidayah, Kampung Selayang Indah yang hanya boleh memuatkan lebih kurang 500 orang jemaah, melimpah ruah dengan jemaah sehingga khemah didirikan di jalan bagi menampung kesemua jemaah. Masih ramai lagi penduduk kampung ini yang menyambut hari raya di sini. Meriah rasanya melihat semua jemaah, pelbagai bangsa bukan sahaja melayu, bahkan Indon dan juga masyarakat Bangla yang mencari rezki di sini. Solat Sunat Aidilfitri didirikan diikuti dengan khutbah Aidilfitri.
Selesai bersolat, kami berkumpul sekeluarga, menikmati sarapan pagi bersama-sama. Meriah rasa raya tahun ni memandangkan kakak dan adik sekeluarga berhari raya di rumah. Keluarga abang pulak akan tiba kemudian. Kemudian ade sesi fotografi, bergambar sempena hari raya tahun ni. Tema raya keluarga kami tahun ni adalah Warna Warni, kami pakai pelbagai warna baju, ade biru, ade kuning, coklat, ungu, pink dan sebagainya. Hihihi...
Selesai sesi fotografi ade plak sesi bermaaf2an dan sesi memberi duit raya kepada sesiapa yang berkelayakan menerimanya. Lawak gak sesi ni, semua macam malu2 plak nak cium tangan ngan peluk mak bapak sendiri, hahha...
Tahun tak ramai plak budak2 yang datang, tak macam tahun2 lepas. Ade le dalam 3-4 kumpulan jer. Apa2 pun, dapat berkumpul satu keluarga itu yang lebih penting...
Aidilfitri Kedua
Raya kedua kami akan berhari raya di rumah kakak di Puchong. Pagi2 lagi aku dah menolong kakak aku prepare juadah untuk berhari raya kat umah dia. Entah kenapa agaknyer aku terrajin plak nak turun membantu di dapur. Macam biasa aku membantu menggoreng ayam jer untuk dibuat ayam masak merah. Kakak aku plak sibuk menyediakan rempah2nya dan bersedia untuk menyediakan nasi minyak.
Pukul 3 petang, aku dah bertolak ke rumah kakak aku. Smpi kat sane, aku sekali lagi membantu apa2 yg patut sebelum tetamu datang. Dalam pukul 6 tetamu datang, takde le ramai sangat, sekadar dua bijik kereta jer...
Salam Aidilfitri...
2 comments
salam apiz,
ReplyDeleteselamat ari raya...laaa hang dah start keje? awat awal sangat...cheq nie kalau boleh nak dok umah sampai ari anad nie laa...tp apekan daya...opis ku dok memangil2 ku dr ari jumaat lepas lg...huhuhuu
waaa sekarang ni dah rajin turun ke dapur...suatu perkembangan bagus...p beraya umah cikgu CH raya ke brape?
salam hanis.. dah start keje dah hari ni. aku bukannye balik kg pon, lgpon dok umah lama2 pon boring, baek pi keje... tak tau lah kenapa, terajin plak thn ni nak membantu di dapur, siap belajar wat nasi minyak lagi tuh.. hahha.... raya rumah cikgu CH? bukan rumah cikgu CM ker?
ReplyDelete