Posting No. 156 : Menjelang Hari Raya 6
Rendang daging mak, menunggu kering sedikit lagi
Ayam goreng untuk dijadikan kurma ayam..
aku yang goreng ni....
Menjelang lewat petang, semuanya telah selesai. Petang tu aku keluar dangan kakak aku untuk membeli sedikit kuih-muih untuk berbuka puasa. Sebelum itu kami telah singgah ke klinik. Tiba2 semalam aku tak sihat plak, hari ni makin menjadi2, so.. terpaksa lah pergi klinik, takut plak aku tak dpt pi semayang raya esok. Semuanya ok, kene satu suntikan kat montot pastu dapat beberapa jenis ubat.
Malam tu kami berbuka puasa dengan juadah hari raya yang telah kami sediakan. Memang dah macam tradisi plak, makan juadah raya menjelang hari raya..
Malam plak, kami menyediakan ape2 yang patut untuk menerima kunjungan ahli surau untuk bertakbir. Dah menjadi adat kat Kampung Selayang Indah ni, menjelang Aidilfitri dan Aidiladha, mesti ade aktiviti bertakbir dari rumah ke rumah oleh ahli2 jemaah surau kariah ini. Ini lah kemeriahan berhari raya di sini. Seperti yg aku dengar, tak banyak tempat yang menjalankan aktiviti macam ni. Jadi aku bersyukur, aktiviti ini masih dapat dirasakan di kampung aku ni, walaupon kampung aku ni boleh dianggap berada di kawasan bandar. Semasa menunggu jemaah surau tu, sempat gak le aku melayan anak2 buah maen bunga api dan sempat gak aku menggegarkan kampung dengan letupan mercun bola aku... hahha..
Jemaah surau tak ramai yang datang, ade lah dalam 10 orang, yg meramaikan hanyalah kanak2. Tapi masih terasa kemeriahannya. Mereka tak lama dalam 15 minit sahaja memandangkan masih ada rumah lain yang akan dikunjungi. Seperti tahun2 lalu, selepas takbir, jiran2 terdekat plak datang bertandang, dan selepas itu kami plak bertandang ke rumah mereka. Aku hanya tumpang sekaki, bukan makan pon, hanya suka2 nak berkujung jer.. hahah...
Dalam pukul 1 kami semua dah ade kat umah semua, ramai gak lah yg tidor kat umah ayah malam ni...
Salam Aidilfitri...
4 comments
salam aidilfitri piz,
ReplyDeletehang tak sihat ke piz?? kene cucuk kat montot???huhuhu so, semalam terbatal laaa puasa hang??? huhuhuuh..jgn lupa ganti pose tauuu...
waaa meriahhhh...umah hanis semlm pon ade jemaah surau mai bertakbik dr umah ke rumah...ada laa dalam 20 ke 30 org juga (termasuk kanak2)...tp depa mmg tak termakan laa...dah banyak umah kan depa p...tp tu laa keseronokan malam raya nie kan...
salam aidilfitri anis...
ReplyDeleteeh.. cucuk momtot maner batal pose, tak batal lah.. so tak perlu lah ganti...
kg anis pon ade yer takbir.. meriah lah klu camtu.. tmpt saya tak ramai, pasal mereka dah bahagi2kan.. satu team pi area saner team laen pi area sini. tu yg tak berapa ramai...
salam afezz
ReplyDeleteaduh rindu yer kt afeez,mkn ketupat pun tercekik sbb tak pi umah afeez lagi (ye ker afezz caya tak)
aduuh afezz adik lelaki ku ada 4 org sorang pun tak menolong di dapur,tapi ko pizz rajin menolong,mak dan kak,syabas beti!!!aduh bertambah up saham si pemilik renungan syahdu ni,,,
P/s: cepatlah aweks kt luar,pinang si afezz ni,rugi ko orang..
hihi.. kak mas, jgn risau, sy tak ke mana pon, ade jer kat umah ni... maner lg sy nak pegi..
ReplyDeletekak mas, tak tau lah, tahun ni terajin plak nak menolong kat dapor.. hihi..