70th ENTRY

Dah 2 hari tersebar cerita orang kene kacau kat opis aku. Bukan kene kacau dengan orang, tapi kene kacau dengan benda yang bukan orang. Hihi... seram gak dengar. Alhamdulillah, so far memang aku tak pernah kene lagi, di sini mahupon di mana2 sahaja.

Dua2 story terjadi pada orang yang sama. Memandangkan dia kene bertugas malam, dia dah mintak izin boss untuk tidor kat opis jer memandangkan rumah dia kat Sepang, jauh utk balik malam dan esok pagi dah kene datang opis semula. Kisah pertama terjadi pada hari Isnin, dia tidor sorang2 kat Bilik Kawalan (Observation Room). Ntah macam mana, pagi tu dia bangun, ade kesan darah macam kene cakar kat cadar tilam tu. Dia check badan dia, tapi takde ape2 pon yang luka atau berdarah. Dia cakap dengan nurse, apasal cadar ade darah tu tak tukar. Nurse bagitau, semalam mana ade patient kat bilik tu. Jeng.. jeng.. jeng..

Semalam pon dia bertugas malam dan sekali lagi dia tidor kat opis. Malam semalam dia tidor kat Bilik Rawatan pulak, sorang2. Masa dia tengah tidor tu, ada orang atau ada sesuatu yang membisik kat telinga dia, suruh bukak pintu pasal ade tetamu datang. Yang best nyer, dia ni pi bangun dan bukak pintu tu. Bukak jer pintu, dia nampak ade satu lembaga ala2 pocong tengah berdiri mengadap pintu tandas. Berderau darah dia, terus dia packing dan keluar dari opis. Katanya, dia terus pi Masjid Ar-Rahman, tidor kat sana.

Actually, ni bukan kali pertama orang kene kacau kat opis aku, malah boss sendiri pon pernah kena. Boss memang suka stay-back, tak tau ler dia buat aper. Pada malam dia stay-back tu, dia dengar ada orang bercakap2 kat ruang menunggu, pastu dengar kerusi ditolak2. Dia keluar dari bilik dia, dan dia nampak ada 2 orang (atau bukan orang) tengah duduk berbual dalam gelap. Aku tak tau dia buat aper lepas tu, tp yang sure, aku rasa mesti dia terus balik rumah.

Adalah lagi 2-3 cerita lagi pasal orang kene kacau ni. So, far aku tak pernah kene lagi, dan aku pon takde le nak dok opis sampai malam2. Tapi kat opis aku ni, klu malam mmg scary. By the way, masa tempat ni masih dalam pembinaan, ade kes orang mati kene bunuh. Indon kontrak yang kene kat sini mati keje bunuh.


Huhuh.....

You Might Also Like

0 comments