67th ENTRY

Pagi ni nyaris kantoi ngan VC (Vice Chancellor). Nasib baek aku cekap dan pantas untuk meloloskan diri. Hahah...

Entah aper ke mimpi VC pagi ni datang kat opis aku. Khabar nya nak amik ubat, uish... takkan VC pon nak amik ubat kat tempat aku? Chokia betol.. dah le tak bayar RM2 untuk pendaftaran... Pagi tu tengah aku syok2 makan sarapan pagi yang tak berapa syok tu, ade plak sorang mamat ni call aku. Ape ntah mimpi dia hari ni nak call aku, tak pernah2 dibuatnya. Pastu dan2 plak dia mengutuk aku, cis... katenya suara aku kecik, tak padan dengan badan aku yg gagah perkasa ni.. ahaks.. ah... takpe2, pagi ni pagi dia.. nnt aku akan balas.. hahah .. siaplah dia.

Nak dijadikan cerita, aku nak sikit privasi, aku masuk ke Secondary Office, tak sempat nak tutup pintu Secondary Office, aku ternampak VC ade kat bilik sebelah. Alahai... kantoi plak nnt kalau dia lalu kat sini. So.. aku pon keluar, pi bergayut kat belakang van jabatan. Beberapa orang staf aku nampak, pastu gelak2, ngutuk le tu, diaorang kata aku nak nyorok daripada VC, takut kantoi.

Sedang syok2 aku bergayut, aku ternampak plak VC lalu kat depan, cis!!! Aku dengan segera bergerak dengan pantas ke satu arah yang lain dengan harapan dia tak nampak. Aku jalan slowly tanpa menoleh kebelakang ala2 tak bersalah gitu. Tak tau le dia nampak ke tak. Rasanya kalau dia nampak dan syak sesuatu, sure dia dah panggil, ni takde... sib baek aku.. hahah...

Moral of the story, klu big boss datang, duduklah kat tempat masing2. Buat2 busy walaupon tak busy maner pon. Tapi bagi kes aku ni, sekali-sekala orang nak tipon, takkan taknak layan. Wrong timing kot, tapi saper yg wrong timing, mamat yg tipon aku semasa kehadiran VC atau VC yg wrong timing datang semasa aku tengah on the phone?? Lu pikirlah sendiri...

You Might Also Like

0 comments