69th ENTRY

Bebrapa perkara terjadi sepanjang minggu lepas.

Hari rabu hari tuh, 18/3 aku masuk opis lewat, 9.30 pagi baru aku clock-in. The reason is, pagi tu hujan. Standard le bg aku, klu hujan pagi2 hari bekerja ni, aku akan sambung tido balik sampai le hujan reda. Best betul tido klu hari2 hujan macam ni. Sampai termimpi2 aku pagi tu.

Ntah aper le mabuk aku pagi tu, aku pegi kene tak bawak wallet. So pagi tu aku pi keje tak bawak duit, ic, lesen dan sebagainya yang ade dalam wallet tu. Klu nasib tak baik, kene tahan polis, mau tidor lokap aku hari tu. Disebabkan aku takde duit dan duit yg ade dalam laci aku cume RM2 jer, maner cukup nak beli nasik, aku pon dengan muka tak malu membuat announcement, "hari ni ade sesiapa nak belanja saya lunch tak?". Org opis aku pelik, "nak buat aper belanja ko?". "saya tak bawak wallet lah hari ni".

Then ade sorang kakak ni sudi pinjamkan aku RM5, dapat lah aku beli nasi dengan air sekali. Terima kasih kepada kakak itu...

Hari khamis plak, rezeki aku murah. Pagi tu ade orang belanja roti telor pastu tengahari orang yang sama belanja aku mcD. Alhamdulillah.... orang tu dengarnya baru dapat claim, ratus2 plak tu. Tu pasal le belanja, harap2 murah lagi rezeki ko yer. And as for supper petang tu, ade orang bagi aku apple pie mcD, pasal aku bg pinjam moto. Hihihi... terima kasih kepada semua yang membelanja aku.

Semalam plak, kene masuk meeting kat Sumber, pasal Perancangan Sumber Manusia 2009 - 2011. Yang tensinya, kata pukul 10 pagi, tunggu punya tunggu, kol 11 pagi baru masuk. Biasa le kan. Pastu kami dimaklumkan yang permohonan kami untuk jawatan bagi tahun 2008 ngan 2009 tidak diluluskan oleh pihak2 tertentu dengan alasan takde bajet disebabkan kemelesetan ekonomi. Tambah tensen kepada tensen yang sedia ada, kami kene wat permohonan baru untuk tahun 2009. Dah le kene wat laen, pastu kene hantar hari isnin. WTF!!! Rasa macam bodoh jer kene wat lagi sekali pastu nak urgent. Pantang betul aku. Ape2 pon, kertas kerja permohonan tu aku dah berjaya siapkan petang tu jugak, tinggal 2 carta jer yang perlu aku buat isnin nanti. Aku akan hantar petang isnin. Wah... cekap ke aper ni... haha...

You Might Also Like

0 comments