911 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia - Pulau Pangkor, Perak (Episod 3) : Dari Pulau Pangkor Ke Cameron Highlands


Hari ketiga kami di Pulau Pangkor (1 Mac 2020). Cuaca pagi itu juga sangat baik seperti hari-hari sebelumnya. Sebelum memulakan perjalanan kami hari ini, seperti biasa kami bersarapan pagi dulu di hotel kediaman. Menu sarapan pagi yang dihidangkan juga agak sedap seperti semalam, nasi lemak dan bihun goreng, dua jenis manisan, roti bakar dan cereal. Selesai makan, kami bersiap-siap dan terus check-out dari hotel berkenaan. Sengaja check-out awal kerana perjalanan kami masih jauh lagi. Hari ini kami ke Cameron Highlands, kalau mengikut applikasi waze, masa perjalanan adalah tiga jam setengah. 

Kami meninggalkan hotel kediaman itu lebih kurang pukul 9.30 pagi dan terus sahaja ke Jeti Pulau Pangkor. Motor yang disewa ditinggalkan sahaja di tempat pakir motor berhadapan dengan jeti itu tempat di mana kami mengambil motor-motor itu. Tiket feri yang dibeli semasa datang hari itu boleh digunakan untuk perjalanan pulang. Cuma perlu di cop masa perjalanan terlebih dahulu di kaunter tiket sebelum dibenarkan masuk ke kawasan berlepas. Feri bergerak on-time lebih kurang pukul 10.30 pagi dan kami meninggalkan Pulau Pangkor untuk seketika dan berazam untuk datang kembali suatu hari nanti.

Salah satu permandangan yang mendamaikan di Pulau Pangkor - Telok Dalam

Sesampai sahaja di Jeti Lumut, kami window shopping dahulu di kawasan perjualan di sekitar situ yang akhirnya kami terbeli juga beberapa barangan produk hasil laut keluaran tempatan. Rugi jugaklah beberapan puluh RM di situ. Dari pengamatan kami, harga ikan bilis mata biru di sini adalah lebih murah berbanding dengan di pulau. Harga ikan bilis mata biru di Jeti Lumut dijual pada harga RM8/100g manakala di pulau pula berharga RM9/100g. Di kedai Pak Su pula harganya adalah RM10/100g. Tapi kualiti tu tak pasti pulak yang mana adalah yang terbaik, sebab aku bukan pakar ikan bilis. Korang bolehlah buat perbandingan sendiri nanti ye. 

Kami mengambil kenderaan kami yang ditinggalkan di bangunan pakir kenderaan bertingkat itu. Harga pakir untuk dua hari adalah RM30.00 sahaja. Kenderaan juga dalam keadaan selamat, alhamdulillah. Sebelum meninggalkan Lumut, kene isi petrol dan beli jajan sedikit dan kami meneruskan perjalanan kami ke Cameron Highland berpandukan applikasi waze. Perjalanan mengambil masa lebih kurang tiga setengah jam melalui jalan biasa ke Simpang Pulai. 

Pada mulanya, percutian ke Cameron Highlands ni tidak termasuk di dalam itinerary kami. Entah macam mana, tiba-tiba teringin pulak nak ke Cameron Highlands setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sama. Sahabat lain pon bersetuju dan masing-masing terus menambah satu hari lagi cuti tahunan masing.masing. Alang-alang dan bercuti, kita all-out semuanya. Janji berbaloi-baloi.

Kami tiba di daerah Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai lebih kurang pukul 3.00 petang. Oleh kerana telah penat memandu dan perjalanan ke rumah penginapan masih jauh, kami singgah dahulu di Al-Mashoor Strawberries. Sahabat kata ada ais krim strawberry kat kat situ.

Al-Mashoor Strawberries Cameron Highlands (gambar Google)

Ais krim strawberry di Al-Mashoor Strawberries

Ladang strawberry di Al-Mashoor Strawberries 

Selepas menikmati ais krim strawberry di situ, kami meneruskan perjalanan kami ke rumah penginapan kami di Cameron Highlands, di Rumah Peranginan Persekutuan Premier dan Eksekutif Cameron Highlands. Rumah ini last minit aku booking, nasib baik ada kekosongan. Harga semalam sangat murah iaitu sebanyak RM100.00 semalam untuk apartment dua bilik dan kene bayar deposit juga sebanyak RM50.00 yang akan dikembalikan kemudian (tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi, katanya dalam tempoh empat bulan, gila lambat, nasib baik RM50.00 sahaja). Kami check-in lebih kurang pukul 3.30 petang. Upon checked-in dia akan berikan kunci rumah, remote astro (yang tak boleh guna) dan sebuah kettle. 

Apartment dua bilik yang kami dapat sangat besar untuk menempatkan kami bertiga. Kalau ikutlah rasanya dalam 20 orang boleh masuk dan tidor dengan selesa. Di dalam apartment itu terdapat dua bilik tidor (satu bilik ada satu katil queen dan satu katil single dan satu bilik lagi ada dua katil single), dua bilik air (bilik air aku water heater dia rosak, terpaksalah aku mandi air sejuk), dapur dan ruang tamu. Tapi tidak dibenarkan memasak ye di dalam rumah ini.

Bilik-bilik tidor di Rumah Peranginan Persekutuan 
Primier dan Eksekutif  Cameron Highland 

Ruang dapur dan ruang tamu 

Permandangan dari balkoni

Kami berehat sebentar dan selepas asar kami keluar semula untuk mencari makan tengahari. Sedari tengahari kami tak makan apa-apa, perut pon sudah lama memainkan lagu-lagu irama keroncong. Kami menuju ke 200 Seeds Cafe atau lebih dikenali sebagai Abang Strawberries. Menu makan tengahari aku cum makan malam aku hari itu adalah Nasi Lemak Strawberry Bersama Rendang Daging dan Strawberry Coklat. Agak sedap jugaklah makanan kat situ bagi aku. Kalau nak rasa, bolehlah ke sana ye.

Nasi Lemak Strawberry bersama rendang ayam. Memula makan dengan 
sambal strawberry tu memang sedikit perlik rasanya.

Abang Strawberry

Sesudah itu kami menuju pula ke Kea Farm untuk shopping apa-apa yang patut. Masa kami sampai, dah nak lewat petang makanya ada kedai yang telah ditutup tetapi pelanggan masih lagi ramai. Seperti biasa kalau ke Kea Farm ni, mesti beli strawberry, jagung ngan sayur-sayuran. Makanya kami pon tak mahu ketinggalan. Habis lah juga beberapa puluh RM di situ.

You Might Also Like

4 comments

  1. Di cameron Higlands ke juadah tu..wah menarik juga ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi lemak strawberry ngan ais krim strawberri tu di cameron highlands...

      Delete
  2. macam mana nak booking bilik tu ye Encik? saya ada plannak bwk mak ayah masa awl tahun hari tu, dlm bulan feb, tapi tk jadi sebb virus covid dah ada, ingt postpone before puasa, tpi pkp..haha belum rezeki, tapi kalau encik boleh shae how to book bilik tu, really nice, btw done follow #106

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak sewa rumah peranginan tu bole buat secara online saje kat www.bph.gov.my. kene register dahulu kemudian tgk availability dia. kalau bernasib baik, dapat lah... selamat mencuba

      Delete