29 September 2013

652 : Langkah Pertama - Berangan (Episod 3)

Aku ni memang suka berangan. Tapi bagi aku disebalik berangan itu sebenarnya aku sedang merancang sesuatu. Tengahari aku tadi aku dengan beberapa orang sahabat pergi melihat rumah contoh di Selayang Mutiara. Dah lama sebenarnya aku nampak pembangunan kawasan perumahan baru tu, tapi baru semalam aku dan sahabat berniat untuk pergi tengok. Besar kawasannya, aku ingatkan di Bandar Baru Selayang sahaja, tetapi kawasannya seluas dari Bandar Baru Selayang hingga ke Kampung Nakhoda Batu Caves. Meliputi kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Botak. Dahulunya kawasan ni adalah kawasan kejiranan setinggan yang agak popular yang terdiri dari Kampung Lembah Mutiara, Kampung Seri Cendana, Kampung Bukit Perwira dan Kampung Kok Doh. 


Sebenarnya hanya mampu berangan jer untuk memilikinya. Harga pasaran katanya RM300,000.00++ untuk sebuah rumah dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Tetapi bagi aku harga itu agak murah kerana ia rumah atas tanah dan ada halaman lagi. Mana nak cari rumah macam ni sekarang kat KL? Banyak yang kene aku hitung sebelum aku membuat keputusan memilikinya. 


~Salam Sayang~

10 comments:

  1. Angan-angan bagus sebab itu sebagai pencetus kepada kenyataan.
    Kalau tak de angan-angan, kita tak kan berusaha ke arah itu.
    300 ++ dengan situasi sekarang memang sangat berpatutan.
    Kat sini pun memang sudah seharga itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau banyak berangan pon tak elok, especially berangan yang bukan2... hehehe
      bg saya rm300k++ tu berpatutan la ngan rumah tuh.. cume ongkos nya tak cukup pulak

      Delete
  2. Salam.
    Semi D ke tu, cantik.
    Kat kawasan sini, appt biasa jenis studio harga mula 200k
    Rumah kg yg ada tanah besar sikit adik cuba tanya (kg dekat2 dengkil - 2.5 juta!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama

      ye.. rumah tu semi D. nampak mcm best kejiranan tu.
      kalau 300k pon agak2 kurang mampu camne la plak nak beli yg 2.5 juta kan
      heheheh

      Delete
  3. Salam afeez, mungkin sy x mengenali awak dan munkin sy kenal sbb sy mmg stay area selayang. Actually rumah yg awk maksudkan tu ayah dan abg saya mmh dpt rumah tu sbb kami stay di bukit botak sebelum pembangunan dinaikkan selama lebih 10tahun. Dengan harga 300k++ tu mmg murah. Tp actually rumah tu tidak dijual pada org luar unless owner sndri nk jual but agak ssh sebenarnya nk tukar nama. Abg saya (arwah) rumah dia ayah sy yg take orver tp disbbkn ayah sy x mampu nk bayar dia terpaksa jual tp agak ssh, iya mmg rmi buyer beratur pnjng ingin beli siap dh ready cash nk beli tp itulah x semua kerja snng dlm dunia ni. Kesimpulannya skrg rumah tu mmg ssh nk dpt dimana2 tmpt dgn harga yg ditawarkan. Tp sy sgt bersyukur dpt rumah tu. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Tabita Skincare Original Malaysia

      untung lah dpt rumah tu. susah skrg ni nak dpt rumah atas tanah kat kl ni. sy berminat gak tapi kewangan tak mengizinkan plak... terkilan sgt

      Delete
  4. Salam afeez, mungkin sy x mengenali awak dan munkin sy kenal sbb sy mmg stay area selayang. Actually rumah yg awk maksudkan tu ayah dan abg saya mmh dpt rumah tu sbb kami stay di bukit botak sebelum pembangunan dinaikkan selama lebih 10tahun. Dengan harga 300k++ tu mmg murah. Tp actually rumah tu tidak dijual pada org luar unless owner sndri nk jual but agak ssh sebenarnya nk tukar nama. Abg saya (arwah) rumah dia ayah sy yg take orver tp disbbkn ayah sy x mampu nk bayar dia terpaksa jual tp agak ssh, iya mmg rmi buyer beratur pnjng ingin beli siap dh ready cash nk beli tp itulah x semua kerja snng dlm dunia ni. Kesimpulannya skrg rumah tu mmg ssh nk dpt dimana2 tmpt dgn harga yg ditawarkan. Tp sy sgt bersyukur dpt rumah tu. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Tabita Skincare Original Malaysia

      betul lah cakap awak tu. memang saya dengar macam tu jugak, owner yg kene jual sendiri kalau nak jual pasal tak bukak pada org luar. tp sy dengar ade gak bukak pada orang luar dengan booking price rm5000 cash....

      Delete
  5. sorry nak share sikit pasal pembangunan bukit botak ni sebenarnya PKNS jual rumah ni kepada pembeli yang telah mendaftar dengan mereka sebelum pembinaan dijalankan. Harga jualan kepada nama nama yang diseranaipilih adalah hanya RM80ribu - Rm130ribu sahaja.. dimana pembangunan semula bukit botak ini atau dinamakan sebagai selayang mutiara sebenarnya dikhaskan kepada penempatan semula setinggan yang tinggal disini. Tapi kuota dibuka kepada pembeli luar yang disenaraipilih beharga rm100k - rm150k sahaja. Non bumi berpusu2 sanggup nak offer pada bumi yang nak jual sebab dia tahu boleh buat duit, so ada juga yang dah jual kepada non bumi secara subsale. Namun jika rumah ini kita nak duduk dalam tempoh yang lama bagi saya entahlah terpulang pada masing2... tapi bila tinggal dengan penempatan setinggan dahulu aduh saya tak sanggup.. sebab sy pernah mengalaminya apabila dahulu menyewa di apartment yg konsepnya jualannya sama mcm disini.. sikap setinggan terbawa bawa hingga kerumah baru...

    ReplyDelete