648 : Catatan Perjalanan - Bandung, Indonesia : Sedih Untuk Meninggalkanmu (Hari Terakhir)

... sambungan

Hari kelima kami di sini merupakan hari terakhir. Flight kami telah dijadualkan pada pukul 3.45 petang. Kami check-out dari hotel lebih kurang pukul 9.00 pagi. Rp2,080,000 untuk penginapan 5 hari 4 malam di hotel tersebut bertukar tangan. Tergamam aku seketika bila sampul untuk wang bayaran hotel yang telah diasingkan hanya tertulis Rp1,080,000. 'Mati aku kalau aku salah kira, mana nak cari duit?', detik hati. Tapi Alhamdulillah, aku hanya tersalah tulis, jumlah di dalamnya adalah betul. Ada balance Rp20,000 lagi.

Untuk sisa-sisa masa yang ada ini kami sekali lagi ke Pasar Baru. Ada pesanan kawan di Malaya yang perlu aku cari, T-Shirt Hard Rock Cafe Bandung. Hari rabu tempoh hari telah cuba cari, tapi tak jumpa apa yang seperti dia nak, i mean tiada warna dan saiz yang dikehendaki. Setelah berbincang, carilah apa yang ada katanya. Alhamdulillah, dapat juga aku memenuhi permintaan dia. Disamping itu kami mencari lagi kain ela , selendang, dan kerepek untuk di bawa pulang.

Saat-saat terakhir membeli belah di Pasar Baru

Lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami telah dapat semua yang kami cari, Alhamdulillah. Senang hati. Kemudian kami nampak ramai orang berjalan membawa sejadah ke tingkat paling atas Pasar Baru itu. Kami dimaklumkan oleh supir kami, ada masjid di tingkat atas untuk solat Jumaat. Kami bercadang untuk solat dahulu sebelum berangkat ke airport.

Selesai solat, kami terus ke Bandara Hussein Sastranegara. Kami mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada supir dan dan dia terus berlalu meninggalkan kami. Sebelum check-in flight, kami makan tengahari dahulu di sebuah rumah makan di hadapan airport. Memandangkan baki wang yang ada cuma Rp100,000 kami terpaksa berkira-kira dahulu untuk makan tengahari itu. Kami bertanya harga dahulu sebelum membuat pesanan. Nasi putih 3, ayam 3 ketul, sedikit kuah gulai dan ulam serta sambal, air mineral. Semuanya dalam Rp113,000. Korek beg punya korek, adalah semua Rp110,000, kurang Rp3,000. Cari lagi, tapi tak ada. Alternatif, kene kurangkan apa yang telah diorder. Tetapi akhirnya, kasir kedai tu kata, 'tidak mengapalah.. Rp110,000 sahaja'. 'Wah... terima kasih banyak-banyak', hanya itu yang mampu aku balas. Masih ada lagi orang yang sudi membantu.. Alhamdulillah..

Makan tengahari kami di hari terakhir, terima kasih kepada kasir Rumah Makan Singgalan Jaya kerana belanja kami Rp3,000.

 Permandangan hadapan Badara Hussein Sastranegara

Flight terbang meninggalkan Kota Bandung tepat pada masanya meninggalkan seribu kenangan suka duka manis pahit lawak jenaka kami di sana. InsyaAllah, ada masa ada rezeki kita akan ketemu lagi. Kami tiba di Malaya lebih kurang pukul 7.00 malam.

Telah berada di dalam flight. 

Permandangan terakhir Kota Bandung. Selamat tinggal sehingga kita bertemu lagi


... Salam Sayang

You Might Also Like

6 comments

  1. aLHAMDULILLAH, INI X KEDUA KE BANDUNGKAN? HEHE mcm jatuh cinta kat sana...
    Apa pun suka dgn cerita Bandung. tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. mama, ni kali pertama lah sy ke bandung. yg lepas tu ke medan. biasa la, klu kite ke tempat yg kite lawat, sure kita akan rindu nak ke sana semula kan

      Delete
  2. Ni yang tak sabar nak ke sana ni. Tapi hujung tahun ni dah plan ke vietnam la pulak...alahai, sana sini dalam masa terdekat mana mau cari ongkos...
    masuk sebulan sekali, keluar hari-hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... sy tahun ni dah habis plan berjalan2. ngah plan utk thn depan plak...

      Delete
  3. Assalamualaikum Afeezz

    berapa beg bawa balik... ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk

      tak banyak... extra 2 beg jer. itu pon share 3 orang. hehehe

      Delete