649 : Jumaat Di Bandung, Serupa Tapi Berbeza

Nak cerita lagi pasal percutian aku di Bandung. Sepanjang aku di sana, aku perasan juga, takda masjid yang besar pon di sini. Yang aku nampak cume masjid-masjid kecil di celah-celah kawasan perumahan, yang pada pandangan aku amat tidak sesuai lokasi itu. Kalau time solat jumaat, sure orang akan pakir kereta tepi jalan dan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Dah ler jalan raya kat sana kecil-kecil belaka. 

Jumaat merupakan hari terakhir aku di Tanah Jawa. Terfikir jugak kat mana aku nak solat Jumaat nanti. Tapi syaitan di dalam hati cakap, 'tak payah lah solat jumaat, ko kan sedang bermusafir'. Huh... Alhamdulillah, hidayah dan petunjuk Allah datang di mana-mana pada hambaNya yang sedang digoda hebat. Disaat-saat sang syaitan hendak berjaya, aku terpandang sekumpulan hamba Allah ni, berbondong-bondong bergerak menuju puncak ke tingkat paling atas Pasar Baru sambil membawa sejadah. Hati berkata-kata, 'pegi semayang jumaat ke?' Pak Supir memberitahu, di tingkat atas ada masjid dan ada solat jumaat. Makanya, kami berhajat untuk menunaikan solat jumaat terlebih dahulu sebelum bergerak ke airport.

Masjid Kantor Pengelola Pasar Baru (begitulah namanya), tidaklah begitu besar. Di saat kami tiba, ruang solat dalam sudah pun dipenuhi dan kami terpaksa bersolat di bahagian luar, bersejadahkan kain pelikat yang aku bawa. Aku lihat ramai juga jemaah yang bersejadahkan surat khabar atau kotak. Nampaknya bukan perkara pelik di sini. (Ada ke shopping kompleks di Malaysia ni yang ada masjid di dalamnya yang menganjurkan solat jumaat?...)

Khutbah dalam Bahasa Indonesia dibacakan. Boleh juga aku memahaminya. Tatkala mendengar khutbah, aku turut mendengar sayup-sayup khutbah dibaca dari masjid berhampiran. Bezanya di sini, khutbah diakhiri dengan salam, tiada doa untuk ketua negara, tiada doa untuk kesejahteraan negara, tiada doa untuk rakyat jelata dan tiada doa untuk whatsoever. Selepas salam dari khatib, terus solat jumaat. 

Assalamualaikum warahmatullah... Assalamualaikum warahmatullah... Selesai sudah solat Jumaat. Tiada wirid, tiada doa. 

Begitulah kisahnya. Aku tak cakap mereka salah, cuma berbeza dari kita di Malaysia.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

4 comments

  1. Assalamualaikum,

    Banyak hal yang serupa tapi tak sama dengan kita.
    sekadar nak kongsi sikit pengalaman pernah merantau sana dulu, solat raya mereka akan buat di padang yang luas, masing2 bawa sejadah atau apa saja yg boleh alas utk solat. Subuh mereka tak bc doa qunut. Hal solat mereka sgt penting, hinggakan malam minggu, kalau nak ke disko atau tempat2 yang sewaktu dgnnya, mereka akan solat isyak dulu. Tapi...bila balik huyung-hayang, mabuk. Konsep kebanyakan mereka: Minyak dan air tak bercampur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain padang lain belalang... pasal mabuk2 tu tak tau nak cakap camne...

      Delete
  2. Oh macam tu.
    Selalu baca tulisan org prm ke Bandung, lainlah ceritanyakan.
    Terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain orang lain ceritanya. itu yg best kalau baca pengalaman org kat tmpt orang lain.

      Delete