22 April 2012

485 : Perjuangan Telah Selesai Di Arena Catur Campuran

Sabtu lepas sekali lagi aku turun untuk Pesta Sukan Staf Universiti Malaya 2012 dalam acara Catur Campuran. Pada tahun ini aku telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan Catur Campuran untuk Zon 6. Aku turun sebagai pemain dan juga pengurus pada hari semalam tetapi aku telah serahkan semua perlawanan kepada pesarta2 lain. Bagi peluang mereka bertanding untuk pertandingan ini.

Pasukan Catur Zon 6 telah menurunkan 4 orang peserta daripada 5 orang yang diperlukan dan hanya 3 orang sahaja diperlukan untuk pertandingan yang terdiri daripada 2 orang peserta lelaki untuk board pertama dan kedua dan seorang peserta wanita untuk board ketiga.

Untuk Pusingan Pertama, Zon 6 telah berjumpa dengan Zon 7. Tetapi peserta2 Zon 7 telah tiba lewat dan telah memberikan 3 mata penuh kepada Zon 6. Maknanya kami menang tanpa bertanding untuk Pusingan Pertama ni. Pusingan Kedua pula kami telah menentang Zon 2 di mana kami hanya mendapat 1 kemenangan sahaja dan 2 kekalahan. Pusingan Ketiga pula kami menentang Zon 3 dan keputusannya kami mendapat 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah. Pada kala ini, mengikutkan pungutan mata, kami berkongsi mata dengan Zon 3 di tempat kedua.

Di Pusingan Keempat kami menentang Zon 5 dan keputusannya kami hanya menang 1 dan 2 kekalahan. Kedudukan pungutan mata telah berubah dan kami sekarang menduduki tangga ketiga. Pertandingan diteruskan dan di Pusingan Terakhir kami telah menentang Zon 1. Kami memerlukan 3 kemenangan di pusingan ini untuk sekurang2nya menjamin tempat ketiga dan jika bernasib baik berada di tempat kedua. Zon di tangga pertama telah selesa di tangga pertama walaupon mereka kalah ketiga2 perlawanan di pusingan ini.

Kami telah menang bergaya di pusingan terakhir ini dengan 3 kemenangan. Tempat ketiga pasti dalam tangan cume perlu lihat keputusan perlawanan pusingan Zon yang sedang menduduki tempat kedua. Keputusan dikeluarkan dan Zon 6 telah berkongsi mata dengan Zon 3 untuk tempat kedua. Penganjur berbincangan untuk menentukan keputusan untuk tempat kedua dan ketiga. Dan keputusannya, tempat kedua jatuh kepada Zon 3 dan Zon 6 di tempat ke tiga.

Ape2 pon, syukur kepada Allah kerana kami berjaya berada di tempat ketiga. Tahniah kepada semua pemain, Encik Khairul, Encik Mazlan dan Cik Ellyna. Good job. Next year kite juara pulak... Tahniah !!!


~Salam Sayang~

2 comments:

  1. assalamualaikum bro..

    boleh la ajar aku main catur..aku tak brp reti la main catur hehehehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam sahrom : bole jer kalau ko berminat...

    ReplyDelete