1047 : Throwback Thursday (Episod 5) : Julai 2026

 


Dikesempatan berkunjung ke Georgia tahun lepas, sempat juga kami mengikuti perjalanan sehari ke negara jiran Armenia. Kami menggunakan agen pelancongan tempatan yang menyediakan sebuah kenderaan MPV, seorang pemandu pelancong dan seorang pemandu. Kami dibawa ke beberapa tempat tumpuan pelancong di kawasan Lori Region, bahagian utara Armenia yang bersempadan dengan Georgia.

Gambar di atas diambil di Haghpat Monastery Complex (Հաղպատավանք) yang terletak di kawasan Haghpat menghadap Sungai Debed. Struktur terbesar di dalam kompleks ini adalah Cathedral of Surb Nshan yang dikatakan dibina pada tahun 967 - 976 oleh Queen Khosrovanuysh dan siap pada tahun 991. Terdapat juga struktur-struktur lain seperti Church of Sourb Grigor (Saint Gregory) dan Chapel of South Astvatsatsin. 

Di kawasan monasery ini kami telah dibawa ke sebuah kawasan penghasilan wine secara tradisional di mana wine-wine ini diperam di dalam lubang-lubang di bawah tanah di kawasan khas di monastery tersebut. Dan jangan pula terkejut jika kita akan memijak kubur-kubur lama yang ada di kawasan monastery itu untuk memasuki gereja-gereja di sana. Dikatakan, itu adalah satu penghormatan kepada si mati.


You Might Also Like

8 comments

  1. Menarik ceritanya di kawasan monasery. Rupanya begitu cara tradisional buat wine. First time juga dengar kena pihak kubur lama sebelum memasuki gereja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, lain tempat, lain caranya. bile dapat travel banyak kite dapat belajar benda yang baharu

      Delete
  2. Hai Afeezz. Maaf lama tak singgah sini. Terima kasih masih sudi singgah blog saya.
    MashaAllah..Cantik sungguh permandangannya. Suasananya tenang. Gambar cantik boleh buat wallpaper. Macam takut takut juga nak pijak tu kalau tapak kubur-kubur lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak pizah. terima kasih sudi singgah. saya pon dah jarang2 blogwalking..

      kawasan2 monastery di sana memang cantik permandangannya. mostly atas bukit. pertama kali tu mmg was-was dan takut nak lalu atas kubur tu. bila lihat orang tempatan selamba je buat, kite pon join sekali la pijak... hahaha

      Delete
  3. seramnya kena pijak kubur2 lama. Takut kena badi nanti. matilanak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, takde yang mengikut balik...

      Delete
  4. Pulak... pijak tu kira menghormati?

    ReplyDelete