1029 : Catatan Perjalanan - Krabi, Thailand (Episod 3) : Emerald Pool, Blue Pool Dan Kawasan Yang Sewaktu Dengannya
... episod sebelumnya (Episod 2)
Hari ketiga dan kami masih lagi di sini, Krabi, Thailand. Tujuan hari ini kami akan melakukan akitiviti air sekali lagi tetapi kali ini ke kawasan Emerald Pool dan kawasan sekitarnya. Seperti biasa kami bersarapan dahulu di hotel kediaman. Sarapan pagi simple sahaja di sini, yang penting perut terisi untuk menjalankan aktiviti sepanjang hari ini.
Van yang ditempah tiba seperti yang dijanjikan. Sebuah van yang agak besar dan cuma kami berlima menjadi penumpang van itu. Pemandu kami hari ini bernama Amin. Ehhh... sama pulak nama dia macam guide islands hoping kami semalam. Perjalanan kami dari hotel penginapan ke kawasan Emerald Pool memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit bergantung kepada keadaan jalan raya hari itu. Perjalanan jauh tak terasa kerana kami dihidangkan dengan permandangan kawasan kampung dan pekan-pekan di daerah selatan Thailand itu. Kalau dilihatkan, memang berbeza sedikit dengan permandangan kampung dan pekan-pekan di Tanah Melayu kita.
Kami tiba di destinasi pertama kami lebih kurang pukul 10.30 pagi. Matahari agak terik pagi itu. dan destinasi kami adalah sebuah kawasan kolam dan sungai air panas atau dalam bahasa Inggerisnya Hot Stream. Tak tahu pulak apa nama kawasan ni dalam bahasa tempatan, kalau tahu pon mesti dah lupa. Terlalu gumbira hari itu sampai lupa nak ambil gambar nama kawasan tersebut. Bayaran masuk dikenakan di sini yang aku tak tahu berapa jumlahnya, kerana bendahari kumpulan yang menguruskan tiket masuk itu. Di kawasan tarikan pelancong ni dapat aku lihat terdapat beberapa kolam air panas yang disediakan. Tetapi kami lebih berminat untuk lepak di kawasan sungai air panas. Sekadar bermain-main air dan merendan kaki untuk menghilangkan daki dan cagu di kaki. Air sungai itu terasa hangatnya dan rasa selesa sahaja merendamkan kaki. Ada juga dikalangan pengunjung yang berendam bak badak berendam di sungai tersebut. Kami nak mandi tapi tak bawa persalinan pulak.
Sesudah itu kami menuju pula ke kawasan Emerald Pool yang terletak 5 hingga 10 minit berkenderaan dari kawasan Hot Stream. Emerald Pool adalah sebuah kawasan tarikan pelancong di mana terdapat sebuah kolam yang airnya berwarna hijau kebiru-biruan. Bayaran masuk juga dikenakan di sini dan seperti tadi, bendahari kumpulan yang menguruskan urusan tiket masuk dan cukai pelancongan yang dikenakan. Makanan tidak dibenarkan masuk untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut. Makanan yang dibawa perlu ditinggalkan di tempat yang disediakan dan diambil semua semasa keluar, itupon kalau makanan tu masih ada di situ, hahaha. Cuma air dibenarkan dibawa masuk.
Melepasi pintu masuk itu, kita perlu untuk berjalan kaki untuk menuju ke kawasan Emerald Pool. Terdapat dua laluan yang disediakan, satu laluan denai alam berbatuan sejauh 800 meter dan sebuah lagi lauan pejalan kaki yang disediakan sejauh 1000 meter. Kami menggunakan laluan denai alam berbatuan itu kerana lebih singkat perjalanannya walaupon agak penat kerana jalannya yang berbatu-batu, tidak rata dan sedikit mendaki.

Kami berehat sebentar di Emerald Pool sebelum meneruskan perjalan sejauh 800 meter lagi melalui laluan hutan untuk ke Blue Pool. Terasa sangat penat berjalan dengan cuaca yang terik pada hari itu. Peluh membasahi baju yang dipakai. Blue Pool adalah sebuah kolam kecil yang nampak kebiru-biruan warnanya. Terletak ditengah-tengah hutan dan permandangan di sini sangat mendamaikan. Tidak dibenarkan mandi atau mendekati Blue Pool ini, hanya dibenarkan melihat dari tempat-tempat yang disediakan. Kami meluangkan sedikit masa di sini sebelum menapak balik semula ke Emerald Pool untuk berehat.
Kami bergerak meninggalkan kawasan Emerald Pool lebih kurang pukul 2.30 petang. Kami meminta Amin untuk membawa kami ke mana-mana kedai makan untuk makan tengahari memandangkan kami tak makan apa pon sejak pagi tadi. Amin mencadangkan untuk makan di sebuah restoran di tepian sungai di bandar Krabi. Kami hanya bersetuju kerana malas nak pikir-pikir lagi. Ikut saja ke mana Amin akan bawa.
Tidur jaga tidur jaga masih tak sampai lagi nampaknya tempat yang di bawa oleh Amin. Perut mula memainkan musik tradisional Siam di zaman silam. Akhirnya, van membelok masuk ke sebuah restoran, Restoran Paknam Krabi Seafood. Restorannya nampak mewah. Kami order saja makan yang biasa untuk makan berlima. Kami jemput juga si Amin, tapi dia menolak, katanya dah makan masa kami di Emerald Pool. Untuk makan tengahari cum minum petang hari itu kami telah order Tom Yum, Telur Dadar, Sotong Goreng Tepung, sejenis lauk ayam (lupa tajuk dia) dan sayur campur dan juga minuman. Boleh tahan sedap makan di sini dan harganya untuk makan berlima hanya THB1,300. Selesai makan kami meneruskan perjalanan pulang ke hotel kediaman dan berehat.
Di malam hari setelah selesai makan malam, kami berjalan kaki di kawasan sekitar Ao Nang sekadar memenuhi masa yang terluang malam itu. Sempat juga kami mampir untuk melakukan aktiviti masaj yang agak popular di kawasan ini. Sekadar masaj-masaj kaki sahaja setelah penat dan lenguh berjalan. Sebelum pulang ke hotel kediaman, kami singgah sekali lagi di gerai di hadapan Masjid Ao Nang Al Munawaarah untuk segelas Iced Ovaltine dan Roti Canai Pisang Nutella....
8 comments
Alamak! Roti canai pisang ke murtabak pisang tu Afeezz?
ReplyDeleteTiba-tiba teringat makan murtabak pisang di Bangkok. Sampai sekarang tak pernah jumpa lagi. Sedapnya teringat-ingat sampai hari ini. Bestnya jalan-jalan ke Siam. Makanannya sedap-sedap!
Teringin juga hendak masaj kaki di sana, tapi belum ada keberanian hihihii.
Takpe lah kak, roti canai ke murtabak ke, janji dia makanan yang sama..
Deletenak masaj kaki je kak, takkan perlukan keberanian plak. ni mesti takut geli... hehehe
Uncle baru nak baca dan percaya... hahahaha
ReplyDeletebab tu baca boleh, percaya jangan ye...
Deletenampaknya abe kie kena buat border pass utk ke Thai nanti...
ReplyDeleteBuat jgn X buat abam... Nak masuk nnt jgn lupe ajak saya...
DeleteEhh.. boleh pulak nama Amin juga. Kira popular nama Amin ni di sana ek. Jauh juga tu nak berjalan tapi puas hatilah dapat ke tempat cantik begini. Jernih sungguh airnya dan memang jelas warna kebiruan kehijauan tu, kenalah dengan namanya tu. Tak tahulah nak percaya ke tidak. Macam ye, macam tak.
ReplyDeleteWalaupon jauh berjalan tapi tak terasa sebab seronok sekali sekala dapat berjalan dalam hutan ke tempat yang kite tak pernah pergi. Blue Pool tu memang cantik tapi kawasannya kecik sangat, setakat ada satu kolam tu jer. Walau bagaimanapon, kawasan tu elok terjaga
Delete