1028 : Catatan Perjalanan - Krabi, Thailand (Episod 2) - Islands Hoping di Perairan Krabi
... episod sebelumnya (Episod 1)
Hari kedua kami di Thailand. Pagi itu kami bersarapan di hotel kediaman. Penginapan di hotel ini datang bersama sarapan pagi. Sarapan pagi yang simple sahaja, tidak semewah yang diharapkan, kene lah dengan caj bayaran penginapan yang dikenakan. Janji perut terisi untuk menjalankan aktiviti hari ini.
Hari ini kami akan menyertai aktiviti Island Hoping. Di dalam pakej yang kami ambil, kami akan di bawa ke beberapa tempat menarik sekitar perairan Krabi seperti Phi Phi Island, Maya Bay, Pileh Lagoon dan beberapa tempat yang lain. Seperti yang dijanjikan, staf syarikat yang bertugas telah menjemput kami menaiki lori ala-ala trak askar untuk ke tempat berkumpul. Sebelum itu, trak akan berhenti di beberapa hotel dan penginapan lain untuk mengambil peserta-peserta lain. Terdapat lebih kurang 15 orang peserta lain yang menyertai kami yang terdiri dari beberapa orang putih dan orang arab.
Kami di bawa ke tempat berkumpul dan sedikit taklimat diberikan oleh ketua rombongan yang bernama Amin itu. Disamping mahir barbahasa Thai dan Inggeris, Amin juga boleh berbahasa Melayu. Seronok dia bila kami ada bersama rombongannya, sebab dia boleh berborak dengan kami. Selesai taklimat kami dibawa menaiki speedboat untuk memulakan aktiviti kami hari itu. Bot yang disediakan adalah jenis speedbot yang laju tetapi selesa untuk kami semua. Minuman free flow di dalam bot juga disediakan berupa air oren dan air mineral. Boleh ambil sebanyak mana yang suka.
Destinasi pertama kami adalah ke Bamboo Island. Tak sure kenapa dinamakan Bamboo Island kerana tak nampak pon walau sebatang pohon bamboo di pulau itu. Mungkin ade disebalik bukit sana, agaknya lah. Cuaca amat baik dengan matahari terik memancar. Ditambah pula dengan pasir putih pantai, ada seorang sahabat yang tidak tahan dengan silau pagi itu. Sahabat itu hanya mampu duduk di bawah pokok berlindung dari terik cahaya mentari sementara kami berempat bermandi manda di pantai yang bersih itu. Pengunjung agak ramai tapi pulau itu tidak sesak, agak selesa untuk melakukan aktiviti masing-masing.
Masa diperuntukkan di pulau ini adalah dalam 1 jam sahaja kemudian kami berkumpul semula untuk ke destinasi seterusnya. Bot meluncur laju membelah lautan menuju ke sebuah lagun, aku rasa nama lagun itu adalah Pileh Lagoon (lupe sebenarnya, dah lama sangat baru nak tulis cerita). Terdapat banyak bot di sini, bot besar, bot kecil, kapal persiaran, bot tradisional dan bermacam jenis bot lagi. Agak sesak di sini dengan bot. Bot kami bergerak perlahan menuju ke satu tempat yang kurang sesak. Di sini, pengunjung dibenarkan terjun ke dalam laut untuk berenang dan snorkling. Air sangat jernih dan bersih. Beberapa kali si Amin menyuruh aku turun, tapi aku menolak. Tiba-tiba rasa macam fobia pulak nak turun, biasanya aku ok je turun ke laut, bukan nye tak pernah. Tapi kali ni lain sikit rasanya. Akhirnya aku turun sekejap, dah sampai kan, rugi lah kalau tak ambil peluang ni, entah bila akan dapat sampai lagi. Aku turun sekejap dengan was-was dan berpaut pada tali kapal. Tak berani rasanya aku nak melepaskan pegangan aku. Selepas itu aku naik terus. Cukuplah tu.
Kami berkumpul semula di dalam bot. Tahniah kepada semua peserta kerana mentaati masa, tidak perlu menunggu bagai. Bot meluncur laju keluar dari lagun itu menuju pula ke Maya Bay. Maya Bay ni agak terkenal setelah filem Hollywood, The Beach lakonan pelakon hebat Leonardo Di Caprio melakukan penggambarannya di sini. Maya Bay memang cantik sayangnya terlalu ramai pengunjung sehingga bersesak-sesak. Tidak dibenarkan menjalankan aktiviti air di sini, katanya untuk menjaga hidupan air yang telah terganggu kerana kesesakan pengunjung. Tidak lama kami di Maya Bay. Nak meninggalkan Maya Bay pon terpaksa beratur macam nak naik kapalterbang.
Setelah berjaya menaiki bot semula, kami terus ke destinasi seterusnya di Phi Phi Don Island untuk makan tengahari. Kami makan tengahari di sebuah restoran milik masyarakat tempatan di pulau itu. Di restoran ini pon penuh sesak dengan pengunjung, mungkin banyak pakej pelancongan yang booking makan tengahari di restoran ini. Makan yang disediakan biasa-biasa sahaja, yang penting perut terisi. Usai menjamu selera kami menghabiskan masa dengan menjelajah sedikit kawasan itu.
Setelah semuanya berkumpul semula, kami terus meuju ke destinasi berikutnya iaitu ke snorkling place yang aku tak ingat namanya. Di sini sekali lagi pengunjung boleh menjalankan aktiviti snorkling sambil melihat ikan dan batu-batu karang di dasar laut. Seperti tadi, aku tidak turun kerana terasa seperti fobia.
Aktiviti island hopping kami pada hari itu tamat dalam pukul 4.00 petang kami kami dihantar pulang ke kediaman masing-masing menggunakan lori. Satu pengalaman yang indah dan berbaloi. Kami berehat di bilik masing-masing selepas itu.
Selepas maghrib kami keluar untuk mencari makan malam, Kami singgah di sebuah restoran bernama Lobster Restaurant. Kami order makanan mengikut selera masing-masing. Memandangkan yang tukang amik order tu tidak fasih berbahasa Inggeris dan Melayu hatta bahasa Indonesia sekali pon, maka kami order makanan dengan cara tunjuk-tunjuk sahaja di buku menu. Nak tanya pon dia tak paham, tunjuk je lah. In the end, ada makanan yang diorder tak dapat dan terpaksa buat order yang baru. Porsi makanan kat sini besar-besar juga, kalau dia kata untuk makan sorang tu jangan la fikir untuk makan seorang seperti di Malaysia. Porsi makan sorang dia bole makan satu keluarga. Yang best nya, kalau kita minta yang pedas, contohnya macam nasi goreng pedas, dia akan taburkan dengan cili api. Bukan sikit, bole cirit birit dibuatnya. Oleh itu, berhati-hati lah kalau mengorder makanan di sini.. hahaha.
Semasa sedang menunggu makanan kami tiba, seorang rakan memberi tahu kami bahawa di meja belakang adalah Safee Sali. Aku menoleh ke belakang, tengok-tengok, tak nampak pon Safee Sali. Aku pon confius masa tu, mungkin dia dah balik kot. Akhirnya, baru aku tau, rupanya aku yang salah orang. Yang rakan cakap tu adalah Safee Sali, pemain bole sepak Malaysia yang masa itu bermain di Liga Super Indonesia, yang aku cari adalah Safiey Illias, si dot dot dot yang banyak kontroversi tu. Macam mana la aku bole salah orang, jauh perbezaannya.
Setelah selesai makan dan membayar harga makanan yang kami rasa bukan harga sebenar, kami menyusur kawasan perbelanjaan di sekitar pekan Ao Nang itu. Banyak kedai yang menjual perbagai jenis benda dari cenderahati, pakaian, makanan dan lain-lain lagi. Aku sekadar membeli beberapa cenderahati untuk diri sendiri sahaja...
... bersambung (episod 3)
16 comments
hahaha yang last tu..
ReplyDeletemcm mana la bole salah orang, sib baek tak pergi tegur
DeleteMak ai! Panjangnya beratur! Takpe... pemandangan yg berbaloi!
ReplyDeletepermandangan mane tu uncle? permandangan orang beratur ke?
DeleteYe ye... beratur panjang untuk naik bot tu....
Deleteada permandangan orang beratur yg lebih berbaloi.. tp saya pilih gambar yg ni jer...
DeleteTergelak saya baca pasal meja belakang tu. 😭
ReplyDeletetak dpt nak bayangkan safiey illias maen bola...
DeleteApesal rasa bukan bayar dengan harga sebenar?
ReplyDeleteHehehe… sebab masa minta bil tu lambat sgt dia mengira, pastu mcm berbincang2 pula, itu yg menimbulkan syak wasangka…
Deletedasar penjual yg curang! Disembelihnya pelancong asing dgn harga makanan yg tinggi.
ReplyDeleteRasanya lah, sebab kawasan pelancongan kan, mesti ade je yg buat mcm ni…
Deletemakk aiiiii punyalah ramaiiiiii umat manusia!
ReplyDeleteso byk ke beza harga bot tradisional dgn bot moden?
Ye… mmg ramai, mungkin sebab masa tu cuti krismas, tu yg makin ramai pelancong luar.
DeleteBot moden tu laju la dr bot tradisional
Selalunya makanan di Thailand sedap kan Afeezz. Mungkin disediakan ikut pakej penginapan.
ReplyDeleteCantik-cantik pemandangannya. Patutlah kawan-kawan Kak Amie ada yang dua kali datang sini.
makanan ikut tekak masing2, ade yg sedap ade gak yg tak ok..
Deletepermandangan sana memang cantik2 especailly pantai dan pulau2 dia. saya pon dah 2 kali smpi krabi