945 : Cenderahati

Bukan senang orang nak bagi kita cenderahati sekarang ni. Kalau dapat rasa gembiranya tidak terhingga. Terima kasih banyak-banyak.

gambar dari facebook UM

Sempena Universiti Malaya dinobatkan sebagai universiti ke 59 terbaik di dunia menurut QS World University Ranking 2021 sekaligus menjadi universiti ke 9 terbaik di Asia dan yang terbaik di Malaysia menurut ranking yang sama, pihak UM telah berbesar hati untuk memberikan cenderahati kepada semua staf universiti sebagai tanda penghargaan atas kerjasama semua menjadikan UM tergolong di dalam Top 60 universiti terbaik di dunia. Disamping cenderahati ini, UM juga telah mengisytiharkan Cuti Peristiwa selama 1 hari kepada semua staf pada 30 Julai 2020 untuk meraikan kejayaan ini.

Inilah cenderahati yang akan diterima oleh semua staf.
Cantik beg nye

Berupa set lunch box

Datang bersama beg tahan panas, botol air, bekas makanan siap 
dengan set sudu dan garpu

Semoga UM terus maju dan mencapai ranking yang lebih baik di dunia dan Asia dan mengekalkan tradisi kecemerlangannya di Malaya. InsyaAllah

You Might Also Like

6 comments

  1. Tahniah kpd semua kakitangan akademik n bukan akademik, pelajar n alumni UM. Bangganya abe kie sbb buat TESL di sana.

    ReplyDelete
  2. gratis betul hadiahnya tu afeezz, cantik dan exclusive sangat!

    ReplyDelete
  3. bestlaaa boleh bawak bekal lunch hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dpt xkan nak wat perhiasan je kan, kene lah guna

      Delete