903 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 16) - Apam Gula Hangus dan Apam Pisang
Bila duduk seorang diri, kawan pon takde memang buntu kepala hotak. Bosan tak terhingga adanya. Nak layan cerita-cerita di TV dan Astro pon dan tak selera, nak layan filem-filem di Netflix pon macam nak termuntah dah. Nak mengemas rumah, malas la pulak. Jadinya, dari pagi sampai ke petang aku bermalas-malasan. Baring-baring di lantai, bila dah sakit pinggang baring di lantai, baring pulak atas sofa. Bila dan panas sofa tu, baring pulak atas katil, tapi sampai ke sudah tak terlelap pon. Jadi makin lesu badan.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk buat Apam Gula Hangus. Resepi dari IG dah lama aku saved. Tak terbuat-buat sampai la. Aku tukar baju dan capai kunci kereta dan terus ke sebuah kedai di kawasan Neo Cyber untuk mencari bekas apam yang kecik-kecik kaler merah tu. Alhamdulullah ada, RM1.80 untuk 12 bijik, oklah tuh.
Cara nak buat dia senang giler, anda mampu melakukannya. Aku pakai blender jer seperti yang disarankan di IG tersebut. Tricky part dia bila nak hanguskan gula tu jer, first time buat macam tak berapa nak hangus, maksudnya, kaler nyer tak hitam seperti yang diharapkan. Bila gula tu dan cair dan berubah warna, campurkan air dan margerin. Tapi aku guna butter sebab tu jer yang ada. Sama je kan...
Kemudian kite blenderkan telur kemudian masukkan susu pekat, minyak masak dan esen vanilla. Blenderkan bahan-bahan tersebut. Kemudian masukkan pula gula yang telah dihanguskan itu bersama-sama tepung dan soda bikarbonat. Blenderkan sehingga sebati.
Bila dah sebati itu, masukkan dalam bekas, aku guna bekas kecik-kecik kaler merah tu, tapi korang bole la gunakan bekas yang lain juga, mengikut citarasa masing-masing. Sesudah itu, boleh kukuskan selama 20 minit atau sehingga masak. Aku kukus pakai periuk nasi kecik aku jer, sekali masuk bole masuk 6 bekas jer, makanya, berjanggut jugaklah nak menghabiskan satu adunan tu. Bole dapat dalam 30 - 40 bijik.
(21 Disember 2019) Ni lah bekas kecik-kecik kaler merah yang aku katakan itu.
Isi separuh hingga ke 3/4 penuh ye, pasal bila masak dia akan kembang.
(21 Disember 2019) Hasil cubaan pertama Apam Gula Hangus.
Tak berapa nak cantik kejadiannya tetapi sedap rasanya.
Oleh kerana Apam Gula Hangus aku tu sedap sangat, sahabat siap suruh aku buat lagi sebab dia nak bawak pi opis dia dan jamu kawan-kawan dia.
(5 Januari 2020) Apam yang diorder oleh kawan. Takde caj ape-ape pon, aku sedekah jer.
Kemudian, pada masa dan ketika yang lain, oleh kerana ada pisang-pisang yang hampir expired, aku try buat Apam Pisang pula. Caranya sama sahaja, cuma tukarkan adunan gula hangus itu kepada pisang yang telah dilenyek sehingga lumat atau mengikut texture kesukaan korang. Dan aku adun secara manual ye, tak guna blender. Owh yer, letak lah sedikit gula mengikut tahap kemanisan yang korang suke dan sedikit baking powder. Masukkan ke dalam bekas merah kecik-kecik tu dan kukuskan lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
(11 Januari 2020) Apam Pisang. Kalau pisang lagi banyak mesti lagi sedap
Bila telah masak boleh dihidangkan bersama teh-o kurang manis dan di makan untuk minum petang. Sesuai dimakan bersama keluarga, girlfriend, boyfriend dan mak mertua tersayang.
6 comments
pandainya affeezz buat apam. nak gi beli la. pasti sedap..
ReplyDeletehahaha... ikut resepi kat IG jer. senang jer nak buat...
Deleteterhibur saya baca coretan. haha ^_^
ReplyDeletehehehe... ye ker terhibur, malu plak rasanya saya...
DeleteApam gula hangus yang 5 Januari tu menjadi ya sebab nampak sarang-sarangnya tu.
ReplyDeletePengalaman pertama kali Mrs. A buat kek gula hangus bila tanya kawan nak tahu jadi ke tak tengok sarang dia banyak ke tak? kalau banyak tu jadi la hahhaaa...
kek gula hangus pon pernah saya buat. alhamdulillah menjadi, banyak semutnya...
Delete