673 : Hampir Satu Tahun Sudah
Hampir setahun sudah permohonan aku untuk bertukar jabatan dihantar, sehingga kini masih lagi belum mendapat jawapan. Kalau genap setahun, bermakna permohonan aku tu tak berjaya. Tak yah tunggu genap setahun, sekarang pon dah bole agak mesti tak berjaya. Kalau tidak, takkan le diaorg nak peram borang aku tu sampai setahun. Cukup setahun nanti, aku akan buat permohonan baru, dan kali ni aku nak mintak surat sokongan dari bos. Tak larat dah keje kat sini. Semangat kerja dah lama tiada, datang pon kerana terpaksa. Badan je ade, tapi fikiran ke tempat lain.
Isnin lepas ade berbincang dengan bos pasal markah KPI aku yang cume dapat 58% saje (hebat tak?). Bos kate markah tersebut adalah mengikut sistem permakahan terbaru yang diamalkan di UM. 58% tu lebih kurang maknanya, KPI yang ditetapkan adalah tercapai tetapi ada bahagian yang perlu diperbaiki bla... bla... bla... bla... Malas aku nak layan since hati aku dah tak hingin lagi ada di sini. Bila bos tanya, 'u setuju tak dengan markah ni'? Aku cume diam jer. Last-last aku cakap, 'saya setuju jer, sebab saya sedar yang prestasi saya memang menurun sejak pindah kat sini'. Honest answer from me. Kemudian, bos ade tanya, kamu nak keje lama ke kat sini. Aku terus menggeleng kepala, dan aku bagitau dia yang aku dah pon wat permohonan untuk tukar jabatan, tetapi masih belum berjaya. Bos kata dia akan tolong pasal tu, sebab bos pon nampak kelebihan aku di mana dan katanya aku tidak boleh kembangkan kelebihan aku kalau aku lama di sini. Bos juga nampak aku lebih sesuwai untuk bekerja di peringkat fakulti atau unit-unit lain di bawah Canseleri. Terima kasih bos. Itu saya sangat setuju dengan bos.
Kalau permohonan kali kedua ni tak berjaya juga, i have to think about resigning. Buat benda lain plak, bisnes ke.. wat kerja-kerja kampung bercucuk tanam ke bela kambing ke.
#SalamSayang
8 comments
Sabarlah banyak2, ujian yang Allah datangkan pd kita dalam pelbagai cara,
ReplyDeletejuga kalau Allah nak datangkan rezeki juga dalam pelbagai cara yang kadangkala langsung kita tak sangka.
dah lama bersabar ni. itulah, rezeki saya masih di sini. tak tahu berapa lama lagi..
DeleteAs salam dek afezz
ReplyDeleteMenarik idea lepas resigning tu...hehhe bercucuk tanam bela kambin.....aper pon semoga apa yang dihajati tercapai, sama ada bekerja di jabatan lain atau sebagainya.
waalaikumsalam kak shami
Deletekalau sy bela kambing, bole kak shami amik bekalan kat tmpt sy plak kan... hehehe
SALAM.. lama dah tak berkunjung ke blog apiz ni.. comel dah jadinya.. heee.... anyway, semoga berjaya dan diberkati ngan apa jua yg apiz lakukan ...
ReplyDeletewaalaikumsalam manjer. bizi sgt awak skrg smpi nak melawat pon takde masa kan.. aper2 pon happy sentiasa k...
DeleteCm doakan apapun yg afeez buat make u happy..inshallah
ReplyDeletethanks CM... muah...
Delete