674 : Jom Jogging
Semalam sempat pergi ke Taman Metropolitan Kepong untuk bersantai dan berjogging. Sebenarnya kakak ngan husband dan anak-anak dia jer yang jogging. Aku hanya membesarkan perut saja sambil duduk-duduk melayan perasaan jiwang. Hahaha. Takde mood nak berjogging atau beriadah pagi itu, sebab baru jer melantak sarapan pagi dengan banyak nyer.
Taman Metropolitan Kepong ni tak berapa jauh dari rumah aku, kalau drive dalam 10-15 minit jer bergantung pada kadar kesesakan lalu lintas. Kebiasaannya pada waktu petang hujung minggu, taman ni memang padat dengan pengunjung, sampai nak masuk ke kawasan pakir pon jem. Macam-macam aktiviti bole dilakukan dan yang paling popular bermain layang-layang sampai taman ini dikenali juga dengan Taman Layang-Layang. Aku pernah juga berjogging di sini, sekali jer kot. Penat giler kalau pusing satu taman. Tapi aku berjaya juga membuat satu pusingan itu. Hak.. hak..
#SalamSayang
6 comments
Kalau ส่าหรีสี joging dgn anak2 sedara selalunya kalah le,
ReplyDeletediaorang macam tak pernah abis stamina...hihihi
saya pon sebenarnya tak larat nak jogging. kalau nak pon, cume berjalan jer.. cukup la kan... hehehe
DeleteKalau anak Manjer jogging ngan bapak dia.. dah abis satu pusingan suami dah pancit.. anak ajak pusing lagi.. Tahniah la piz berjaya gak pusing satu pusingan.. hee..
ReplyDeletehahaha... yg berjaya buat satu pusingan tu bukan jogging pon.. jalan jer smpi ke sudah... atleast kuar peluh gak
DeleteAssalamualaikum Afeezz
ReplyDeletesaya selalu lau saja...tak pernah singgah
waalaikumsalam atuk
Deletesinggah la sekali sekala... main layang-layang ke...