640 : Syawal ke 10 dan Syawal ke 11
Kita masih lagi di dalam bulan Syawal. Bulan yang penuh dengan jemputan ke majlis-majlis rumah terbuka, pesta makan di sana sini, alhamdulillah kenyang perut makan free. Terima kasih kepada mereka yang menganjur dan menjemput. Tahun depan jemputlah lagi.
10 Syawal lepas aku telah dijemput ke rumah sahabat di Bandar Baru Selayang. Ada kenduri katanya, tapi aku dijemput bukan sahaja untuk makan kenduri, tetapi untuk membantu ape-ape yang patut. Tapi takde bende pon yang aku bantu, datang makan jer. Hahaha... Kenduri majlis merisik dan bertunang adik kepada sahabat aku tuh. Pukul 9.30 pagi aku bergegas ke rumahnya, walau pon takde la jauh maner pon dari rumah aku. Lebih kurang pukul 10.30 pagi tetamu pun tiba dan perbincangan diadakan sesama ketua keluarga. Pada masa itu aku sibuk di dapur (hahaha... sibuk makan, bukan wat aper pon). Bila aku sertai, perbincangan itu telah diperingkat akhir. Makanya aku tak tahu berapa lama masa pertunangan, bila majlis pernikahan dan yang penting berapa RM hantarannya. Hehehe.. Selepas itu tetamu dijamu dengan hidangan makan tengahari. Tuan rumah bermurah hati menghidangkan nasi tomato, ayam masak merah, kurma daging, jelatah dan pemanis-pemanis mulut. Dalam lebih kurang pukul 12.00 tengahari majlis telah selesai. Tahniah kepada yang bertunang.
Petang itu pula, kami plan untuk memonton wayang bersama-sama. Kami telah menonton filem terbaru di pawagam iaitu The Smurf 2 di Wangsa Walk. Ok, nak wat sinopsis sket mengenai filem The Smurf 2 ni. The Smurf 2 mengisahkan bagaimana ahli sihir Gargamel telah menjadi terkenal di dunia dengan aksi silap matanya. Dalam masa yang sama Gargamel telah mencipta dua orang smurf bernama Vexy dan Hackus. Oleh kerana Vexy dan Hackus tidak berwarna biru maka Gargamel tidak dapat menggunakan pati tubuh mereka untuk tujuan sihirnya. Oleh yang demikian, Gargamel telah menghantar Vexy ke perkampungan Smurf untuk mencolek Smurfette. Setelah berjaya mencolek Smurfette, Gargamel mencuba pelbagai cara agar Smurfette memberitahu cara untuk mengekalkan warna biru di badan Smurf. Papa Smurf dengan beberapa orang Smurf lain telah kembali ke bumi dan berjumpa Tuan Winslow untuk bantuan menyelamatkan Smurfette. Berjayakan Gargamel dengan niat jahatnya dan bagaimanakan Papa Smurf dapat menyelamatkan Smurfette? Saksikan di pawagam berhampiran anda. Juga terdapat dalam versi Bahasa Melayu.
Bagi aku The Smurf 2 sesuai ditonton oleh semua. Jalan ceritanya tidak berat dan penuh dengan adegan-adegan komedi dan tidak membosankan. Aku beri rating 3.5/5 bintang untuk filem ini.
Tanpa dirancang, selepas selesai menonton The Smurf 2, kami masuk pula ke pusat karaoke berhampiran. Ada orang belanja nampaknye. Terima kasih kepada yang sudi belanja kami.
11 Syawal, ramai pulak tetamu yang berkunjung ke rumah aku. Alhamdulillah, tetamu datang membawa rezeki. Disebabkan tiada siapa di rumah melainkan aku dan ayah, aku lah nampaknya yang terpaksa menghidangkan makanan dan minuman. Lebih kurang pukul 11.00 pagi, ada orang memberi salam dihadapan rumah. Aku menjenguk, kelihatan Pak Ngah belah ayah aku datang bersama keluarganya. Oleh kerana datang mengejut, hanya kuih-kuih raya dan air saje mampu aku hidangkan. Sejurus kemudian, 3 orang sahabat aku pula datang. Aku memang menunggu kehadiran mereka kerana mereka nak ambil semula kereta mereka yang aku pinjam bawak balik rumah semalam. Aku jamu mereka dengan roti canai yang ayah aku beli lebih pagi itu. Ayah menjangkakan mereka tidor di rumah aku semalam, memandangkan ada kereta di luar, sebab tu lah ayah beli sarapan lebih. Hehehe... Lebih kurang pukul 1.30 petang, 2 orang sahabat aku di zaman belajar kat Perlis, Zam dan Mior datang bertandang dengan keluarga masing-masing. Dah beranak-pinak korang, aku gak yang masih tak laku-laku. Huhu. Panjang juga kami berbual sebab rasanya dah bertahun tak berjumpa. Memandangkan mereka beritahu sebelum datang, sempat jugak aku menyediakan bihun goreng untuk mereka. Alhamdulillah...
~Salam Sayang~
6 comments
As salam afeez,
ReplyDeleteayah zain sedang menunggu nunggu bila pulak agaknya sang teruna itewww pergi merisik pulak
waalaikumsalam AZ
ReplyDeleteermm.. siapa lah yg si teruna tu nak risik?
SALAM,
ReplyDeletePandai masak bihun rupanya!tulah hebat!
mamaju.
waalaikumsalam mama
ReplyDeleteeh... sy tak cakap pon sy yg masak. saya tulis saya sediakan jer... huhu...
Salam...
ReplyDeleteTamu yang datang patut diraikan bukan hidangan sedap2 jadi tujuan cuma ikatan ukhwah diharap berpanjangan.
waalaikumsalam JunAina
ReplyDeletepasni tetamu datang, tak perlulah hidang ape2 kan... save sket duit