636 : Dugaan Ku Di Bulan Ramadhan

Berat juga aku rasa dugaan yang datang kepada aku pada bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah, aku masih mampu menempuhnya dengan senyuman. Mungkin ada insan di luar sana yang lebih berat dugaannya. Ape-ape pon semua dugaan itu dari Allah, dan tiada yang tidak baik datang dariNya kecuali bala yang diturunkan kepada mereka yang kufur. 

18 Julai 2013. Lebih kurang pukul 4.00 petang, aku dikejarkan ke Jabatan Trauma & Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rawatan kecemasan dilakukan dan aku diletakkan di bawah pemerhatian. Darah diambil, ECG dan x-ray dilakukan. Tidak banyak yang dilakukan oleh kakitangan di sana kepada aku mungkin kerana aku diletakkan di dalam pemerhatian sahaja. Pukul 7.00 petang aku dibenarkan pulang. Sebelum pulang, sempat juga aku berbuka dengan makanan hospital. Selesai berbuka, aku pon melangkah pergi.

24 Julai 2013. Aku ke RUKA, PPUM berjumpa doktor untuk follow-up tahap kesihatan aku dahulu. Tetapi, belum sempat aku berjumpa doktor, aku telah dirujuk kembali ke Jabatan Trauma & Kecemasan. Aku redhakan sahaja. Kakitangan di Trauma bingung kenapa aku dirujuk kembali ke sana. Sepatutnya, RUKA bole memberi rawatan yang sepatutnya berbekalkan Surat Rujukan yang telah diberikan. Aku dibawa berjumpa dengan seorang doktor di Trauma & Kecemasan. Doktor kemudiannya memberi bekalan ubat dan beberapa nasihat yang nampaknya terpaksa aku ikuti sekarang. Tak boleh dah nak senang-senang. 

27 Julai 2013. Aku ke Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Selayang. Seawal pukul 10.00 pagi, ayah mengejut aku dari tidor. Katanya dia tidak sihat. Aku membawa ayah ke klinik swasta berhampiran dan doktor yang merawat memberitahu bahawa ayah terpaksa dirujuk di Hospital Selayang. Aku terus membawa ayah ke Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Selayang. Pendaftaran pukul 12.30 tengahari, pukul 2.00 petang baru nombor dipanggil untuk berjumpa doktor. ECG dilakukan ke atas ayah, darah diambil dan kemudian x-ray dilakukan. Menunggu lagi untuk keputusan semua ujian. Tidak cukup dengan itu, doktor telah mengarahkan agar ujian MRI dilakukan pula. Akhirnya, pada pukul 7.00 petang, ayah dibenarkan pulang tanpa perlu dimasukkan ke wad. Doktor membekalkan ubat dan nasihat yang perlu diikuti. 

29 Julai 2013. Aku membawa ayah ke Klinik Kesihatan Selayang untuk follow-up kesihatan ayah. Tiada apa yang dilakukan oleh doktor hanya menyambung ubat yang telah dibekalkan dan appointment ayah sebelum ini perlu diteruskan.

5 Ogos 2013. Aku ke RUKA, PPUM untuk follow-up tahap kesihatan aku. Alhamdulillah, dapat juga berjumpa doktor. Kesihatan aku nampaknya stabil. Doktor mengarahkan agar ujian darah dan urin dilakukan pada bulan September nanti. Bekalan ubat disambung dengan dos yang tinggi sedikit dari yang dahulunya. Semuanya terserah kepada Allah. InsyaAllah


~Salam Sayang~

You Might Also Like

4 comments

  1. Salam Ramadhan Afeezz

    saya doakan agar Afeezz dan ayah cepat sembuh, dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam atuk

    terima kasih, insyaAllah dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  3. As salam dekk afezz

    Moga cepat sembuh, ermm sakit apa tu boleh tahu tak.

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam kak shami

    sakit biasa2 jer. insyaAllah, boleh dikawal

    ReplyDelete