620 : Jalan - Jalan Hujung Minggu - Melaka Bandaraya Bersejarah (Episod Akhir)
... sambungan
Hari kedua kami di bumi Melaka. Cuaca hari ini tidak begitu baik. Dari pagi nampaknya jerebu telah melanda Bandar Melaka. Matahari terik tetapi suasana semacam kelam. Pagi ini dua orang dari sahabat aku telah check-out awal, nak ke A-Farmosa Theme Park katanya. Pergh.. pergi berdua-duaan jer, takmo ajak kami pon. Takmo kawan korang lagi. Makanya kami yang tinggal ni pon bersarapan di sebuah kedai mamak berhampiran.
Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami check-out dan terus menuju ke sebuah restoran berhampiran untuk makan tengahari. Memang sudah target untuk makan tengahari di restoran ni, Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Macam biasa, restoran ni sudah penuh dengan pelanggan. Nasib baek kami dapat meja tanpa perlu menunggu lama. Menu kami tengahari ini, ketam masak lemak, udang galah masak lemak, sotong dan kerabu mangga. Memang sudah lama mengidap mau makan ketam masak lemak di restoran ni. Bole tahan sedap juga makanan kat sini, alhamdulillah kenyang perut suka hari. Harga agak mahal jugak lah, total semua RM107.00 sahaja, hehehe. Sekali sekala takpe, lagi pon makan empat orang.
Menu makan tengahari kami di Restoran Asam Pedas Selera Kampung
Selepas selesai bersantap, kami meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke KL. Dalam perjalanan kami singgah di Klebang, katanya ada minuman Kelapa Goncang yang sangat sedap dan femes di sini. Tak susah mencari kedainya, jika anda drive menuju Pantai Klebang, tiba-tiba anda terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, itu bermakna, anda sudah hampir dengan kedai itu. Mau membelinya pula, kalau nasib tak baik, kene lah beratur. Kami terpaksa beratur lebih kurang 1/2 jam sebelum dapat menikmati Original Klebang Coconut Shake ini.
Suasana di gerai Klebang Original Coconut Shake
Kami tapau sahaja Coconut Shake kami dan meneruskan perjalanan ke persinggahan seterusnya, Tanjung Bidara. Pantai Tanjung Bidara taklah berapa cantik dan taklah berapa bersih. Tapi kalau nak mandi boleh saja. Ramai gak pengunjung petang itu. Kami just lepak-lepak di deretan kedai berhampiran dan menikmati ABC dan air kelapa serta pisang goreng dan keropok yang tak berapa nak sedap.
Pantai Tanjung Bidara
Selepas puas berehat dan membuang apa-apa yang patut kami bergerak pulang ke KL. Dalam perjalanan kami berhenti di satu kawasan di Simpang Ampat, tujuan utama nak buang air di stesen minyak tetapi kami terbeli lagi keropok dan pisang goreng dan nangka untuk di makan di dalam kenderaan. Ermm....
~Salam Sayang~
6 comments
assalamualaikum,
ReplyDeletesalam ukhuwah dari bunda..
waalaikumsalam Bunda
DeleteHehe salam ukwah juga dr mama. Wah mama2/ bonda di sinilah..
ReplyDeleteMama dah rasa coconut shake tu, tapi mama tak beratur pun , lepas mama org beratur panjang.Rasa dia bolehlah, tapi anak mama cakap sedap!
beruntung saya ade mama ngan bunda di sini... hehehe
Deletesaya kene beratur dalam 1/2 jam gak la nak dptkan coconut shake tu. rasa dia sedap, berbaloi gak la beratur. tp klu smpi lagi next time, mintak org laen beraturkan lah... huhu
seronok turun melaka yer. Alahmdulillah
ReplyDeleteseronok la... lagi2 kalau dapat berjimba2 ngan kawan2...
Delete