487 : Program Beronok-Ronok Di Paka Terengganu Dan Kuantan Pahang 2012 - Hari Pertama

Program beronok-ronok geng buaya telah lama dirancang dan ditunda. Akhirnya berjaya juga dilaksanakan dari 4 hingga 6 April yang lepas. Tidak seperti yang dijanjikan, kami meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Lebuhraya Karak lebih kurang pukul 8.30 pagi. Perjalanan dengan dua buah kenderaan santai sahaja dan kami telah berhenti Hentian Sebelah Lancang untuk bersarapan pagi bihun goreng hasil air tangan Lina. Sedap dan penak bihun goreng Lina, dimakan pula dengan keropok. Kenyang kami pagi tu. Perjalanan diteruskan selepas itu.

Destinasi pertama kami untuk Program Beronok-Ronok ini adalah Bukit Gambang Water Park. First time aku sampai di sini, sebelum ni dengar2 orang cerita sahaja. Bayaran masuk untuk seorang adalah RM20++. Bukit Gambang Water Park adalah money free zone di mana takde duit yang digunakan untuk menyewa kemudahan yang ade. Kite kene beli macam topup la untuk menyewa atau membeli makanan di dalam. Kemudahan asas di dalam seperti tandas dan bilik mandi semuanya ok dan bersih serta selesa. Kemudahan locker juga bole disewa disamping pelampung, jacket keselamatan, gazebo dan sebagainya. Terpulang lah pada kehendak masing2. Wang topup yang tidak digunakan, bole dituntut semula.


Ceria sungguh kami petang itu

Kami mencuba semua slide yang ada, walaupon aku tak larat nak mendaki tangga naek ke atas. Kami berendam di kolam besar, Coco Beach kot namanya, siap dengan ombak2 rindu lagi di kolam itu. Puas bermain air dan berendam, kami meninggalkan Bukit Gambang Water Park lebih kurang pukul 3 petang.

Kami menuju ke bandar Kuantan. Pusing2 mencari tempat makan. Tak tahu maner tempat yang best untuk makan2 di bandar Kuantan ni. Perut sudah lama lapar, jam pun sudah hampir pukul 5 petang. Satu yang membosankan di bandar Kuantan ni adalah traffik lightnya. Setiap simpang mesti ade traffik light, pastu kalau berenti paling kurang 5 minit, siap bole tido lah wa cakap lu. Itu satu, kalau 10 traffik light cam ne? Perjalanan yang dekat pon jadi lama dan membosankan. Tak masuk traffik jem nye lagi. Ape2 pon, sabar je lah. Akhirnya kami berenti di sebuah restoran untuk makan tengahari pada pukul 5 itu.

Selesai makan, perjalanan diteruskan menuju Terengganu menuju ke rumah sahabat Siti di Felda Kerteh, Paka, Dungun Terengganu. Mengikut perancangannya, kami akan bermalam di rumah Siti. Kami tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 9.00 malam. Aman damai kejiranan di sini, walaupon rumah dekat2 tapi terasa sunyi dan indah saja malam tu.

Malam itu kami telah dijamu oleh tuan rumah dengan nasi dagang hasil air tangan ibu sahabat kami tuh. Berselera sungguh aku, bukan senang nak dpt nasi dagang yang lazat dan penak seperti ini. Bertambah gak lah... hehehe. Takde ape2 aktiviti yg dilakukan malam itu, tidor awal.. keletihan mungkin...



bersambung....

You Might Also Like

4 comments

  1. Assalamualaikum Afeezz

    saya suka makan nasi dagang...

    waaaa...Siti dapat durian runtuh...he he

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam atuk : saya pon suka nasi dagang, tp kat kl ni susah nak dpt yang sedap...

    tu lah, rezeki orang Felda. pasni naek la saham org felda.. hahaha

    ReplyDelete
  3. TiM TiM a.k.a SitiMay 9, 2012 at 5:15 PM

    Salam…boleh tak nak tumpang lalu jap…
    1)Tarikh silap lah - bukan 4 hingga 6 April tapi 4 hingga 6 Mei…
    2)Bukit Gambang Water Park - sampai terbatuk-batuk saya main air…tapi menyesal tak beli tshirt kat situ…huhuhu
    3)Bandar Kuantan - sama dengan Bandar Melaka, banyak traffic light..ermmmm
    4)Homestay Siti (Felda Kerteh 6):
    a)Nasi Dagang - heaven yer korang makan…
    b)Aman damai kejiranan di sini, walaupon rumah dekat2 tapi terasa sunyi dan indah saja malam tu - hehehe…puitis nyer ayat tuh…patutlah lena jer tido malam tuh…
    c)Untuk atuk (kawan apis) - Siti dapat durian runtuh..ermmm itu mak saya punya, saya punya tak ada..sedih kan…

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam tim tim a.k.a Siti : maaf atas kesilapan tarikh tersebut, tersalah tgk kalender.. hehehe. terima kasih kepada Siti kerana sponser penginapan dan makan di Paka.. best sgt... ape2 pon, percutian yang seronok kan...

    ReplyDelete