419 : Kami Bukan Orang Ke ?

Kes Pertama :

Seorang sahabat masuk ke dalam pejabat lantas bertanya, "maner semua orang?'

Dengan selambanya aku menjawab, "kami ni bukan orang ke?"

Fakta kes : Pejabat aku cume ade 5 orang staf, yang takde cume seorang sahaja pada masa itu. Boleh pulak si sahabat tu bertanya, "mane SEMUA orang?" Yang 4 lagi tu bukan orang ke? Atau mungkin yang 4 lagi tu tak di panggil orang tetapi orang-orang (Kata Majmuk).

Sepatutnya si sahabat tu boleh bertanya seperti ini, "Mana si pulan?" atau, "Mana yang lain?".


Kes Kedua (Kes seorang sahabat) :

Mamat (bukan nama sebenar) masuk ke sebuah bilik dan berkata, "aik.. takde orang?"

Lantas si sahabat aku ni menjawab, "kami 10 orang ni bukan orang ke?"

Mamat menjawab lagi, "selalunya ramai, hari ni kurang pulak".

Fakta kes : Maafkan lah Mamat, dia buta. Masa dia masuk ke dalam bilik itu, 10 orang yang berada di situ sedang tidor. Mamat tidak mendengar ape2, sebab itu lah dia berkata kepada dirinya sendiri, "aik... takde orang?"


~Salam Sayang~

You Might Also Like

5 comments

  1. Salam dekk afezz

    Itulah bila bercakap ayat tu kena jelaskan ...sebab yg bercakap dan mendengar lain2 kefahamannya hehehe

    Jalan terbaik dalam situasi macam tu dengar, diam dan senyum heheheh

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam kak shami : itu lah pasal.. org kite ni dah biasa dengan pertanyaan2 macam ni sampai kadang2 tak perasan yang soalan tu salah dari pelbagai segi. tambah teruk lagi bole merosakkan bahasa kite sendiri

    ReplyDelete
  3. kes kedua tu, macam pernah ku alami. tetapi di mana yer

    ReplyDelete
  4. salam..


    kalau ai kan,,ai tanya cenggini.."".aiiikkk nape senyap jer ni?..ai tak guna perkataan orang sbb nanti en afeez marah,,,hihihiui

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum AZ : kes kedua tu rasa2nya berlaku kat Pontian saner...

    waalaikumsalam CM : hehehe... nak tanya saya kene gunakan perkataan dan ayat yang betul.. kalau tak nnt sy salah paham ke laen plak.. hehehe

    ReplyDelete