413 : Catatan Perjalanan - Pulau Langkawi (Hari Kedua)

sambungan ....

17 September 2011

Hari kedua kami di Langkawi. Seawal 8.00 pagi aku ngan kawan aku telah menunggu di bawah hotel. Singgah gerai di sebelah hotel dan tapau sarapan pagi untuk di bawa ke sana. Agak mahal harga sarapan pagi di sini, dua orang makan pon dah lebih RM10, itu pon biasa2 jer sarapan dia, nasi lemak biasa, mee goreng ngan milo ais. Kat KL lagi murah.

Masih awal lagi tatkala kami sampai di tempat yang dijanjikan. Lori brother tu pon belum bukak lagi, tetapi dah ade orang yang dok mandi manda kat pantai. Kami makan aper yang kami beli tadi. Sedap pulak rasanya bila makan kat tepi pantai dengan cuaca yang mendung dan berangin.


Permandangan pagi di Pantai Cenang

Kami dibawa menaiki van buruk ke suatu tempat yang aku terlupa pulak nama dia dan di sinilah kebanyakan bot2 untuk Island Hopping akan berlepas dan mendarat. Ramai jugak pelancong di sini pagi itu. Kami telah menaiki bot seramai 12 orang dan pulau pertama yang kami tujui adalah ke Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting. Kami menghabiskan masa selama satu jam di sini. Sebelum sampai ke Tasik Dayang Bunting, kami terpaksa melalui denai hutan dengan menaiki dan menuruni tangga. Kat sini banyak monyet, jadi berhati2, kalau kite tak kacau dia, dia tak kacau kite kecualikan kalau kite bawa makanan. Dia akan cube untuk mendapatkan makanan itu. Moral of the story, jangan bawak ape2 makanan dan beg plastik kerana mereka ini cekap meragut.


Permandangan Tasik Dayang Bunting

Kemudian kami di bawa pula ke Pulau Singa Besar untuk aktiviti Eagles Feeding. Layan permandangan udara yang dipenuhi burung helang yang terbang bebas dan menyaksikan kecekapan burung2 ini meragut umpan yang dilemparkan ke dalam laut.


Permandangan aktiviti Eagles Feeding di Pulau Singa Besar

Selepas itu kami di bawa ke Pulau Beras Basah. Kat sini pantainya lebih cantik dan bersih dari pantai2 di pulau lain. Aktiviti kat sini adalah mandi manda (dan aktiviti skodeng). Kami hanya duduk di bawah pepohonan hijau sambil menikmati permandangan indah (dan tak indah) pantai yang memutih dan laut yang membiru. Lebih kurang pukul 1.00 petang kami berangkat pulang.


Permandangan pantai indah Pulau Beras Basah

Puas hati dan seronok dengan program Island Hopping ni. Pakcik bot pon kelakar orangnya. Antara kata2 pakcik tu yg aku ingat, 'Helang kat sini besar2, tapi burung helang yang paling besar ade kat Langkawi' dan 'Lepas Pulau Beras Basah ni ade lagi satu pulau yg kite akan lawat'. Paham tak aper yg pakcik ni maksudkan? Hehehe...

Kami pulang semula ke hotel penginapan kami, berehat sekejap dan keluar semula dalam pukul 3.00 petang untuk makan tengahari. Destinasi kami selepas itu adalah Langkawi Cable Car. Perjalanan dari pekan Kuah ke Langkawi Cable Car terasa amat jauh. Member2 yang laen semua sedap dok tidoq, aku sorang jer yg terpaksa bersengkang mata kerana aku driver. Perjalanan selesa sahaja dan kami tiba di tempat yang dituju tanpa sebarang kesesatan, thanks to mr. driver yang begitu cekap navigation skill nyer. Malangnya, berlaku kesesakan di Langkawi Cable Car menyebabkan kami terpaksa menunggu lebih kurang 2 jam untuk naik ke atas. Oleh yang demikian, kami decided untuk datang semula esok pagi dengan harapan tidaklah sesesak itu.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Coco Valley berdekatan Langkawi Underwater World. Dengarnya coklat2 di sini lebih murah. Tetapi hanya indah khabar dari rupa, Coco Valley yang disangkakan besar itu rupenye kecik jer, besar lagi Haji Ismail Group kat Pekan Kuah sana dan harga yang ditawarkan pon agak mahal berbanding kedai2 di Pekan Kuah. Makanya kami pulang sahaja dengan niat untuk bershopping coklat di Pekan Kuah saje. Kami terus pulang ke hotel penginapan untuk rehat dan aktiviti kami bersambung malam nanti.

Lebih kurang pukul 8.30 malam kami menuju ke Dataran Lang. Malangnya, burung helang terbesar di Langkawi itu sedang menjalani proses renovasi, jadi tak dapat lah kami nak bergambar berlatarkan burung tersebut. Balik dari Dataran Lang, aku ngan kawan aku telah singgah di pasar malam Pekan Kuah untuk mencari sedikit makanan....


Malam di Dataran Lang (Sang Helang sedang direnovasi)


bersambung ...

You Might Also Like

7 comments

  1. assalamualaikum afeezz..

    pantai cenang tue tempat cuci mata kan??banyak mat dengan minah salleh lepak citu huhuhuh...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam sahrom : betul tuh, kat saner sekarang mmg dah jadi tourist port. dah tak macam dulu....

    ReplyDelete
  3. Assalamu Alaikum, Mungkin ini pertama kalinya aku mampir disini, salam kenal yah dari seorang blogger Indonesia

    ReplyDelete
  4. As salam Afeezz,

    Ole2 langkawi satu? hehe

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam f4dLy : jemput mampir lagi ya...

    waalaikumsalam Miss Sinomosa : owh... ole2 langkawi semua dah jatuh dalam laut lah...

    ReplyDelete
  6. akak dah sampai sana tapi tak pernah dapat ke Pulau Dayang Bunting.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak Yan : hehhe... pasai akak asik nak shopping je kan...

    ReplyDelete