387 : Catatan Perjalanan - Melaka Bandaraya Bersejarah (Hari Kedua)

3 Julai 2011

Hari kedua kami di Bandaraya Melaya, tiada aktiviti yang dirancang. Kami telah turun bersarapan di Mahkota Cafe, bufet style, makan seberapa banyak yang anda mampu. Macam2 jenis sarapan yang dihidangkan dari sarapan ala tempatan hingga lah ke western style. Tetapi kurang menariklah sarapan yang disediakan. Walau bagaimanapun aku mampu membelasah sehingga tiga pinggan sarapan.. hahaha..

Selepas memenuhkan perut dengan sarapan yang dihidangkan, kami lepak di tepi kolam sambil memerhatikan orang mandi manda. Tetapi tak dapat menjamu mata pon, sebab semuanya kurang menjamukan.. hahaha...

Kami kemudiannya naik semula ke bilik kami di tingkat 10, Blok Lotus. Berehat sebentar kemudian kami decided untuk check-out awal dan meronda2 sekitar bandaraya sebelum balik. Tujuan utama nak pekene cendol Jam Besar dekat bangunan Stedhuys.


Cendol Jam Besar, Melaka

Kami check-out dalam pukul 11.00 pagi dan terus menuju ke kawasan pakir kenderaan di hadapan Menara Taming Sari. Pakir kat sini senang sket kerana berhampiran dengan kebanyakkan tourist attractions kat bandar Melaka ni. Bayaran pakir kenderaan kat Melaka ni laen sket, Kite kene dapatkan Kad Pakir (ala2 kad gores dan menang) samada kat pondok pakir atau pon di kedai2 serbaneka macam 7 eleven. Kalau kat pondok pakir, harga kad pakir adalah sebanyak RM6 untuk 10 kad pakir bertempoh 1 jam setiap satu atau RM5 untuk tempoh 1 hari dan boleh digunakan seantero Melaka.

Kemudian kami singgah dahulu di Mahkota Walk berhadapan kawasan pakir itu. Mahkota Walk merupakan bazar yang menjual produk2 tempatan seperti cenderahati, t-shirt dan barang2 makanan. Tak tau lah kalau harga di sini lebih murah atau tidak. Terdapat sebuah lagi bazar yang menjual produk tempatan yang aku tahu iaitu di hadapan Muzium Samudera. Kat sana lebih luas dan lebih banyak kedai2 yang menjual barangan2 mereka. Anda bolehlah menbuat perbandingan harga sendiri. Di Mahkota Walk aku hanya membeli satu fridge magnet untuk dijadikan cenderahati.

Kemudian kami menapak ke kedai Cendol Jam Besar berhampiran bangunan Stedhuys. Ramai plak customer diaorang tengahari itu, makanya terpaksalah kami menunggu sehingga ade meja yang kosong. Alhamdulillah, tak perlu menunggu lama. Dapat juga kami menikmati cendol yang sedap tatkala hari sedang terik. Nikmat sungguh rasanya. Nyam3...


Sedang menikmati cendol.. nyam3

Selepas menikmati cendol yang sedap itu, kami berjalan2 sekitar kedai2 menjual cenderahati di kawasan Stedhuys itu, sekadar melihat2 sahaja tiada yang berkenan di hati. Kami meninggalkan Bandar Melaka lebih kurang pukul 1.00 petang....


~Salam Sayang~

You Might Also Like

13 comments

  1. Aslkm

    Seronoknya bergembira, bersiar2.
    Teringin pulak nak pekena cendol.Kat KL kat mana cendol yg sedap?
    Pegi KAT a fAMOSA TAK?

    ReplyDelete
  2. : kalau kat jalan ipoh menuju ke selayang tu banyak la mamak jual rojak ngan cendol guna lori tu, tapi tak tau yg maner jual cendol yg tersedap.

    tak pi A-Famosa tu, sebab dah pernah pergi akhir tahun lepas..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum bro...

    perfghhh..terserlah kemachoan hang sedang menikmati cendol tue....cayalah...cair anak dara yg baca entri nie :-)

    melaka mmg best..pusat sejarah negara

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam sahrom : kontrol macho tu pasai ade sekumpulan aweks kat depan tuh... hahahah

    ReplyDelete
  5. salam abg afeez

    bestnya jalan2.. cenderahati untuku mna?? hehhehe

    ReplyDelete
  6. Afeezzzzzz....bila nak lawat Paris bandaraya cahaya plak :-)en

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam azie : nak cenderahati ke? apasal tak habaq awai2, dah balik baru nak habaq, mmg le takde beli.. huhu

    bonjour abg im : kalau ade yang berani nak sponser, bile2 pon bole melawat paris bandaraya bercahaya.. huhu

    ReplyDelete
  8. Salam dekk afezz

    best arr jalan2 tgok barang2 ngan singgah pekena cendol.

    pssst cendol jalan ipoh ke selayang tu bukan ker masuk rancangan 360 tv3 hari tu..

    ReplyDelete
  9. waalaikumsalam kak shami : uishh.. apasal masuk 360?? cecite.. cecite..

    ReplyDelete
  10. Salam, dekk afezz

    cube cari maklumat berita tu dalam internet..

    ReplyDelete
  11. waalaikumsalam kak shami : huhu.. kene cari sendiri ker? igtkan nak dgr kak shami cite...

    ReplyDelete
  12. salam

    hihihih,,,begitu terhibur daku meembaca karanganmu tetang melaka,,,

    ReplyDelete
  13. waalaikumsalam CM : seronok dengar CM terhibur baca karangan sy yg tak seberapa ni... muahh pada CM... hehehe

    ReplyDelete